Langkau ke kandungan utama

HURAIAN ABUYA, SURAH ALI IMRAN 3:181.


(Abuya bersama dengan tokoh-tokoh Sunni).

Ali Imran,  181 asbabul nuzulnya 
kerana ucapan Fanhas, si Yahudi yang mencabar Allah. Adakalanya perangai seperti Fanhas itu kita juga buat walaupun tanpa sedar.  Misalnya,
1. Jika kita dapat kekayaan atau lain-lain kejayaan, kita rasa itu hasil usaha kita, tak terlintas bahawa itu  pemberian Allah samata, betapalah nak bersyukur kepada-Nya. Walaupun kita tak kata,  Allah miskin, kami lebih kaya,  seperti cakap Fanhas,  namun tanpa sedar kita telah memperkecilkan Allah. Seolah-olah kita boleh kaya atau berjaya tanpa Allah. 

Sebab itu bila kita baca ayat ini sekaligus mengingatkan kita untuk sentiasa merasa bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah dengan kuasa Allah.  Tiada kekuatan melainkan dari Allah.  Tiada gerakan walaupun sekerdipan mata melainkan digerakkan oleh Allah. 
«لا حول ولا قوه الا بالله العلی العظیم»
2. Jika kita melihat Islam ini lemah,  seperti  yatim piatu,  tiada pembela,  tiada pembantu tapi kita buat tak tahu sahaja.  Tidak terpanggil untuk berjuang dan berkorban habis-habisan. Lebih-lebih lagi jika ada panggilan jihad tapi kita buat tak peduli sahaja. Maka sebenarnya kita juga ada perangai seperti Fanhas.  Walaupun kita tak kata,  kenapa Allah nak pengorbanan aku untuk selamatkan Islam,  tapi sikap kita itu hakikatnya menggambarkan begitu.

3. Jika kita sebagai umat Islam nampak miskin,  papa kedana,  meminta-minta hingga menjadi bahan ejekan orang, maka hakikatnya secara tidak langsung kita sedang menghinakan Allah, walaupun tanpa niat dan tanpa sedar.
Kemiskinan kita itu menyebabkan mereka berfikir atau mengutuk, Tuhan orang Islam ini miskin kah?  Tuhan Islam tak boleh bagi kekayaan kah kepada umatnya?
Kalau kita sedar hakikat ini,  sepatutnya jiwa kita akan hidup,  tauhid kita jadi kuat untuk membuktikan bahawa Allah itu Maha Kaya.

HIKMAH AYAT
Hikmah ayat ini kepada orang mukmin,  lebih-lebih lagi yang mengamalkannya sebagai wirid ialah:
1. Menguatkan jiwa,  menajamkan rasa tauhid bahawa Allah itu Cinta Agung.  Dia lah segala-galanya.  Yang Maha Kaya,  Maha Kuasa,  Maha Perkasa, Maha Kuat,  Maha Hebat dan Maha Segala-galanya.Tauhid inilah yang telah membina para Sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansor.  Pada awalnya, seluruh sistem kehidupan masyarakat Madinah dikuasai oleh Yahudi. Nadi kehidupan mereka iaitu sistem ekonomi juga dikuasai Yahudi.Dengan tauhid ini Muhajirin dan Ansar bekerjasama mengambil alih dan mengubah sistem  kehidupan Yahudi itu kepada Islam.  Bukan bermodalkan wang dan harta tapi dengan tauhid itu.

Ibarat sekarang, Yahudi telah menguasai mall-mall besar,  sedangkan Syd.  Abdur Rahman bin Auf, seorang muhajirin,  baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ketika kaum Ansar bertanya kepada beliau,"Apakah yang kami boleh bantu Tuan di sini?  Kami boleh serahkan rumah,  wang,  anak perempuan bahkan salah seorang isteri kami untuk Tuan"
Jawab Syd.  Abdur Rahman bin Auf:
"Tidak perlu semua itu.  Allah dan Rasul sudah cukup bagiku.  Aku hanya minta tolong kalian tunjukkan jalan ke pasar Yahudi".

Maka Syd.  Abdur Rahman mula berniaga di pasar itu.  Bermula dengan sebuah gerai kecil yang saiznya ibarat semut dibanding perniagaan Yahudi yang sebesar gajah. Dan dalam masa hanya 3 tahun,   Suq Ansar yang dibangunkan oleh para Sahabat telah berjaya menumbangkan ekonomi Yahudi sehingga mereka terpaksa gulung tikar bantal dan keluar dari Madinah.  Ekonomi kapitalis Yahudi yang penuh dengan riba,  rasuah,  penipuan,  dll kejahatan dan penindasan telah diganti oleh ekonomi Islam yang bersih dari semua itu,  penuh dg kasih sayang dan tolak ansur.  Maka berbondong-bondonglah masyarakat samada yang sudah Islam atau belum,  menjayakan ekonomi Islam itu. Ekonomi yang diasaskan dengan TAUHID ALLAH MAHA KAYA.

2. Hikmah lagi dari penghayatan ayat ini,  mukmin berlumba-lumpa mencipta kejayaan,  inovasi dan pelbagai kemajuan di luar kotak akal manusia di zamannya.  Allah adalah Yang Maha Mengetahui,  menjadi guru kepada sesiapa sahaja yang meyakini dan memintanya.  Dalam sirah Nabi diceritakan banyak strategi perang yang Rasulullah dan para Sahabat gunakan untuk mempertahankan diri dari musuh Islam adalah tajdid (baru)  di zaman itu.  Sehingga musuh Islam tidak dapat menjangka dan menumbangkannya.  Tentera Islam dengan mudah dapat mengalahkan musuh dg jumlah tentera dan persenjataan yg sedikit,    dan tidak mengorbankan ramai orang,  tetapi mendapat kemenangan yang gemilang.
Kisah lain,  misalnya kemenangan Muhammad Al Fateh menakluki Konstantinopel ialah dengan teknologi ilham dari Allah yang tidak pernah difikirkan oleh manusia di zamannya.  Menolak kapal laut ke atas bukit! Lalu menyerang dari arah yang tak pernah dijangka oleh musuhnya.
(Abu Al-Hassan Bin Ismail Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra).

TAUHID ITU PENTING!  Kenal,  cinta dan takut Allah itu adalah asset utama umat Islam untuk selamat dan berjaya di dunia dan di Akhirat.Jadi dalam kurun ketiga hijrah, iktiqad atau pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) ini mula disusun dan diatur oleh dua orang ulama besar ini. Iaitu Abu Hasan Al Ashaari dan Al Maturidi.Nama penuhnya ialah Abu Al-Hassan Bin Ismail Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra.Mereka telah menyusun iktiqad ini berpandukan ayat-ayat yang bersepah di dalam Al Quran itu serta memetiknya daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW, lengkap dengan dalil-dalil dan bukti yang kemudian mereka karang menjadi buku. Dengan itu mudahlah pegangan ini dibahas dan dipelajari.Imam Abu Mansur Al-Maturidi, atau nama sebenarnya Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi As-Samarqandi Al-Hanafi (bahasa Arab: أبو منصور محمد بن محمد بن محمود الماتريدي السمرقندي الحنفي) (meninggal dunia 333 H / 944 M) merupakan salah seorang ulama Ahli Sunnah wal Jama'ah dan imam aliran aqidah Maturidiyyah yang menganut sebahagian besar pengikut Mazhab Hanafi, serta seorang ahli ilmu kalam.

(Makam Imam Al Maturidi).

Imam Al-Maturidi dilahirkan di Maturid, sebuah mukim di kota Samarkand (kini termasuk dalam wilayah Uzbekistan) yang terletak di seberang sungai. 
Aliranya sangat terkenal dengan ajaran sifat 20. Salah seorang tokoh yang menelusuri aliran ini ialah Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam. Tauhid sifat 20 adalah ilmu tentang Tuhan. 

Tiga cara mengenal Allah SWT. Sebagai pengetahuan kita, mengenal Allah SWT ini ada tiga cara.Pertama, mengenal Allah tanpa huraian.Cara yang pertama ialah mengenal Allah SWT tanpa
huraian. Dia kenal Allah begitu sahaja tanpa mengenal sifat-sifat-Nya. Inilah pengenalan orang-orang kafir terhadap Allah SWT. Ini di firmankan Allah di dalam Quran:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
25. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
(Loqman 31:25).

Fahamlah kita bahawa orang-orang yang bukan Islam itu pun kenal Allah, dan mereka juga percaya. Allah lah yang jadikan langit dan bumi ini. Tetapi mereka kenal Allah bukan melalui sifat-sifat-Nya. Kalau kita katakan yang Allah itu wujud, qidam, baqa dan lain-lain
nya, mereka tidak akan dapat memahaminya. Kalau demikian,
sedikit sangat pengenalan mereka kepada Allah. Maka ia belum sampai kepada peringkat sah.

Kedua, mengenal Allah dengan akal.
Cara kedua mengenal Allah ialah melalui akal dan melalui ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini, kita kenal Allah dengan ilmu yang lengkap dengan dalil-dalil dan bukti sama ada dalil aqli atau naqli walaupun secara ijmali (secara rangkuman), melalui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah SWT. Dan mengenal Allah diperingkat ini, barulah sampai kepada peringkat mengenal Allah yang sah. Inilah yang dikatakan peringkat iman ilmu. Peringkat iman demikian belum mempunyai kekuatan dan ia tidak akan dapat mendorong seseorang untuk melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Ketiga, mengenal Allah dengan mata hati.


Cara yang ketiga ialah mengenal
Allah dengan mata hati atau roh.
Ini yang dikatakan mengenal Allah dengan mata hati dan ini jugalah yang dikatakan jiwa tauhid. Peringkat Iman ini dinamakan peringkat iman ayan.
Jadi bagi kita yang sudah dapat
mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dengan mata hati pula. Ertinya, hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan.
Dal hal ini kita perlu perbanyak kan mujahadah terhadap hawa nafsu (Mujahadatun nafsi).  nafsi). Kita juga perlu bermujahadah dengan syaitan. Disamping itu, kita juga mesti cuba melaksana kan semua ibadah yang wajib dan memperbanyakkan ibadah yang sunat, berdoa, berwirid dan berzikir dan berzikir serta lain-lainnya. Kita kerjakan ibadah-ibadah itu sampai ia memberi kesan kepada hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N