Langkau ke kandungan utama

BERKAT BIMBINGAN MURSYID.



Guru mursyid mendidik keluarga dan anak-anak muridnya dengan iman dan taqwa. Bimbingan guru mursyid ada dalam bentuk ilmiah dan ada dalam bentuk tindakan atau lisanulhal. Iman dan taqwa dua perkara tersebut yang menjadi asas sumber keberkatan dalam kehidupan. Menyorot kaedah mencapai keberkatan iaitu iman dan takwa, guru mursyid memberi kan penjelasan iman sebagai sesuatu yang diikrarkan dengan lisan, diakui dengan hati kebenarannya dan dibuktikan dengan perbuatan.

Taqwa (Bahasa Arab: التقوى‎,
At-Taqwá) ialah memelihara hubungan yang baik dengan  Allah, memelihara diri jangan sampai kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T., memelihara segala perintahnya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi.
Dengan iman dan taqwa cukup menjadi ukuran kepada umat Islam. Dengan dua perkara tersebut boleh menjadi ukuran kepada seseorang. Baik ukurannya dengan Tuhan dan ukurannya dengan manusia.

Firman Allah SWT:

ومن يتق الله يجعل له مخرجا
ويرزقه من حيث لا يحتسب

Mafhumnya:
Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya ditunjukkan jalan keluar dan diberikan rezeki dari sumber yang tidak diduga.
(At Talaq 65:2-3).

Suatu hari satu lori beras berhenti di depan rumah Abuya.Pekerjanya menurunkan beberapa kampit beras 
dan diberi kepada rumah Abuya.
Isteri Abuya menerimanya. Keesokan harinya Abuya pergi ke kedai tauke perabut Wah Bandar Country Homes yang memberikan beras tersebut kepada Abuya. Abuya bertanya kepadanya, betul ke tauke ada hantar beras ke rumah saya. Ye kata tauke itu. Saya tahu Abuya kena tahanan ISA. Saya sendiri ada pengalaman kena ISA. Semenjak kejadian tersebut hubungan baik terus berlaku.

Taqwa pula memberi makna berhati-hati dan berjaga-jaga dalam hidup agar sentiasa disusun mengikut peraturan daripada Allah SWT. Jelas kedua-dua iman dan takwa ini datangnya dari hati sebagaimana sabda Rasulullah
SAW: "Takwa itu letaknya di sini," sambil meletakkan tangan di dada dan di situ juga letaknya hati."
Panduan melunaskan pekerjaan dengan iman dan takwa dalam meraih keberkatan perlu dimulakan dengan niat yang lazimnya ditunjangi oleh tiga niat utama seseorang iaitu sebagai sumber rezeki bagi membiayai keluarga, untuk memberi kebaikan, menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. 

Niat itu cukup baik, tetapi persoalannya di manakah Allah SWT dalam ketiga-tiga niat tersebut?Bekerja bukan sekadar mencari rezeki, tetapi untuk mencari rezeki halal yang sangat dituntut oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya: "Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik(yang halal) yang telah Kami
berikan kepada kamu."
(Surah al-Baqarah 2: 172)

Pekerjaan bukan sekadar bagi memenuhi keperluan hidup semata-mata tetapi ia mestilah selari dengan syariat supaya rezeki yang diterima diberkati Allah SWT.

"Allah berfirman lagi: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka mereka (pintu rezeki) yang melimpah ruah keberkatannya, dari langit
dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Al-a'raaf, 7: 96)

Pekerjaan bukan sekadar memenuhi keperluan hidup, tetapi mempunyai kaitan dengan tujuan hidup iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menjadi khalifah yang memberi kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya kerja itu seharusnya bermula dari hati dan penuh hati-hati.
Rasulullah menegaskan juga dalam sabdanya: "Mencari yang halal adalah fardu (wajib) bagi setiap orang Islam." (Riwayat Dailami). Sesungguhnya, mencari rezeki yang halal berkait dengan Allah SWT.

Apabila kerja diniatkan untuk menyara dan membiayai keluarga bagi seorang lelaki dan suami hakikatnya ia adalah kewajipan. Wajib itu takrifan dalam syariat adalah sesuatu yang dibuat dapat pahala dan berdosa meninggalkannya
di sisi Allah SWT.Tetapkan niat sebelum mula kerja.Begitu juga pada niat kerja kerana ingin memberi kebaikan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Luaskan kefahamannya dengan mengambil sabda Rasulullah SAW mafhumnya: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain."

Melakukan tugasan dengan sesuatu yang didorong oleh Rasulullah dan seperti yang termaktub dalam al-Quran bahawa setiap tutur Rasulullah adalah dorongan daripada Allah SWT menerusi firman-Nya:
"Demi bintang ketika terbenam. (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
(Surah al-Najm, ayat 1 hingga 4).

Dari sudut takwa pula, penting bagi pekerja menghindar perkara haram seperti curi masa, curi tulang, mengumpat, tikam belakang, memfitnah, menindas, rasuah dan banyak lagi.Bagi yang bekerja atas batas takwa, perkara seumpama itu akan dihindar dan perkara wajib yang digalakkan oleh syariat akan dilakukan dengan penuh kesungguhan, efektif, efisien dan penuh etika sebagaimana sabda Rasulullah mafhumnya: "Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan, dilakukannya dengan penuh kesungguhan (itqan)." (Riwayat al-Baihaqi)

Berkat atau barakah dari segi bahasa bermaksud bertambah dan berkembang. Imam an Nawawi menggariskan
barakah sebagai suatu kebaikan yang melimpah-ruah secara berterusan.
Tatkala bekerja dengan iman yang mempengaruhi niat dan takwa yang terjelma dalam pelaksanaan kerja
akan menghasilkan barakah.
Kebaikan barakah ini akan terpancar kepada tempat, orang, benda, masa dan amalan. Sebagai contoh Allah SWT berfirman mafhum-Nya: "Maha Suci Allah SWT, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra', ayat 1)

Ini merujuk kepada keberkatan pada tempat. Selain itu, menerusi Surah Maryam merujuk keberkatan seorang nabi iaitu Nabi Isa yang akan menjadi 'berita gembira' buat umat Muhammad SAW membuktikan berkat yang terletak pada seseorang.

Pada benda pula Allah SWT menegaskan al-Quran itu ada keberkatan. Benda di sini merujuk kepada al-Quran. Satu pertiga malam juga adalah berkat yang merujuk kepada masa seperti keberkatan berdoa di antara dua khutbah. Berkat juga Allah SWT letak pada amalan seperti amalan bersahur dan duduk di dalam majlis ilmu.

Kelebihan berkat,
Hikmah Allah SWT meletakkan barakah pada makhluk sebagai pemangkin untuk manusia berfikir bahawa bukan makhluk yang memberi berkat tetapi Allah SWT meletakkan kebaikan untuk disebar dan dikembangkan kebaikannya kepada yang lain. Asbab kelebihan berkat yang ada pada makhluk seperti masa, tempat, benda dan sebagainya itu akan menghampirkan manusia kepada Allah SWT yang memberi berkat.

Berkat itu tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa, tidak diukur pada kuantiti harta tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan peroleh ketenangan dan kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya boleh dibahagi dan diberi. Melalui keberkatan, kerja yang dilakukan lebih puas daripada kemanisan beribadah. Semakin tinggi prestasi kerja semakin rendah hatinya. Teruskan kerja dengan mencari berkatnya yang merata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N