Langkau ke kandungan utama

RAMADAN ISTIMEWA UNTUK ROH.

RAMADAN ISTIMEWA
UNTUK ROH MANUSIA.
(Cucu-cucu Abuya bertadarus di Bangi 2019).

Bulan Ramadhan istimewa untuk umat Islam. Bulan yang penuh dengan pengisian rohani.Program solat terawih,
tadarus Al-Quran, bersahur
dan sebagainya.Ribuan umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia, kini berada di Arab Saudi bagi merebut peluang beribadah pada bulan Ramadan.Ibarat lautan manusia, mereka memenuhi segenap ruang di Masjid Nabawi di sini dan juga Masjidil Haram di Makkah untuk menunaikan ibadah termasuk melakukan umrah atau ziarah di rumah Allah.

Gerakan dakwah di Malaysia berjaya melahir kan "Makanan dan hiburan roh". Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat.

Melalui Tarbiah oleh badan-badan dakwah yang berlaku di Malaysia, atau program di surau dan masjid dapat membantu pembinaan insan masyarakat.Orang disekeliling kita boleh membantu kita dan pada masa sama, kita dapat melengkapkan diri untuk menjadi Muslim yang sentiasa menjaga iman serta bertaqwa kepada Allah SWT.

Mengimbau nikmat rohani yang Tuhan anugerahkan kepada kita pada bulan Ramadan ini. Disini penulis bawa perkongsian dari tokoh ulama rohani iaitu Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi.  Beliau bentangkan ada empat elemen penting sebagai panduan menjadi umat Islam yang baik. Empat elemen itu ialah pengawasan, mujahadah, muhasabah dan hukuman yang mana jika diterapkan dalam
diri, menjadikan seseorang itu
penuh sifat ihsan serta sifat mahmudah seperti mana dituntut oleh ajaran Islam.

Elemen pengawasan mainkan peranan penting untuk bantu kita supaya tidak tersasar daripada melakukan kejahatan atau yang membawa kepada perkara maksiat. Setiap manusia mesti menanam keyakinan dalam diri bahawa kehidupan ini di awasi oleh
Allah SWT.Setiap manusia lebih mengenal dirinya berbanding orang lain.

Oleh itu, jangan membiarkan diri dikawal oleh undang-undang ciptaan manusia dan takut kepada hukuman manusia tetapi tidak mengambil endah larangan daripada Allah SWT. Jangan jadi seperti kucing yang tidak akan menyentuh sepinggan ikan kerana manusia di sebelahnya, tetapi apabila tidak ada manusia, habis sepinggan ikan dimakannya.

Begitu juga perangai manusia yang tidak takut kepada Allah SWT. Sebaliknya, sebagai manusia yang selalu memiliki sikap (muraqabah: مراقبه) pengawasan dalam diri, sama ada secara bersendiri atau di khalayak sekalipun, kita tetap patuh perintah Allah SWT dan hanya takut kepada hukuman-Nya. Kedua, bermujahadah iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah SWT.

Bulan Ramadan adalah bulan istimewa, kerana syaitan dibelenggu. Hanya kita berdepan dengan nafsu sahaja. Berkat Ramadhan kita hanya berdepan satu musuh sahaja. Namun kita tetap berlawan iaitu nafsu yang ada pada diri kita sendiri.

Perkara ini sukar kerana nafsu selalu berlawanan dengan fitrah manusia yang menyukai perkara baik, sebaliknya nafsu sukakan perkara dilarang.Mujahadah mengelak kita supaya tidak terpedaya dengan nafsu yang selalu mengajak kepada perkara mungkar. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan Segala bentuk kesusahan, pengorbanan dan keperitan dalam menegakkan suruhan Allah SWT di dunia akan dibayar oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Allah SWT akan membalas dengan kemanisan dan ketenangan hati walaupun zahirnya seseorang yang bermujahadah terlihat perit serta sengsara.Berapa ramai barisan sahabat yang mati syahid kerana Islam, mereka sanggup berkorban menahan makan dan minum, malah ketika meninggal dunia tiada kain yang cukup untuk menutup jenazah. Zahirnya nampak susah, namun mereka bahagia kerana yakin tidak ada perkara yang membahagiakan melainkan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

Seseorang yang selalu lakukan mujahadah kerana ketaatan kepada Allah SWT ia akan mendapat pembalasan syurga tertinggi di sisi Allah SWT. Sesungguhnya segala pengorbanan dan keperitan menghindari dosa akan dibalas dengan syurga dan keredaan-Nya di dunia serta akhirat. Ketiga, bermuhasabah terhadap kekhilafan diri untuk membentuk jiwa menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri sentiasa mencela segala kejahatan pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan salah dan dosa, tetapi bagi seseorang Muslim yang berhati bersih sudah pastinya akan selalu menghitung perbuatan dirinya kerana takut akan azab Allah SWT. Amat rugi bagi mereka yang tidak suka mengaku kesilapan diri dan tidak sedar akan kesalahan diri sendiri.

Sentiasa bermuhasabah menemukan kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Kesilapan daripada kejahilan atau kekurangan ilmu itulah dijadikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang mulia di sisi-Nya. Sesungguhnya orang yang selalu berusaha memperbaiki dirinya dan berusaha gigih mentaati suruhan Allah SWT akan mendapat pahala di sisi-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak." (Riwayat al-Tarmizi). Sesiapa yang selalu bermuhasabah terhadap dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk melakukan perkara batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan.

Cela jiwa atas setiap kesalahan

Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukan terhadap Allah SWT kerana takut azab Allah SWT. Dengan cara menghitung kekhilafan diri inilah menjadikan kita orang yang dapat selalu membina kebaikan.

Dalam kuliah Abuya ada menyatakan, daripada takut akan timbulnya muhasabah, daripada muhasabah timbulnya muraqabah, daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah SWT. Perkara keempat adalah hukuman terhadap dosa yang dilakukan. Tindakan menghukum kesalahan diri sendiri adalah satu bentuk talbiah supaya tidak mengulangi perbuatan lalu pada masa akan datang. Menghukum kesilapan diri dapat membantu menghindari perbuatan buruk dikutuk oleh Allah SWT.

Keempat-empat elemen yang disebutkan perlu dihidupkan dalam diri dan diamalkan bagi membentuk diri menjadi manusia yang mulia di sisi Allah SWT. Tanpa keempat-empat elemen yang disebutkan itu seorang muslim akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan maka tidak berusaha memperbaiki diri. Seperti pesan Saidina Umar al-Khattab, hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.

5.3 Modal Asas Kebangkitan Islam Hablumminallah minallah dan Hablumminallah.
         (حبل من الله و حبل من الناس).
Firman Allah SWT:
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab hubungan dengan Allah dan adanya sebab hubungan dengan manusia.
 (Ali Imran 3:112).

Mengadakan hubungan sesama manusia sama pentingnya dengan mengadakan hubungan Allah SWT, yang mana kiranya diabaikan, masyarakat akan ditimpakan kehinaan dan penderitaan. Kehinaan yang dimaksudkan ialah masyarakat atau bangsa itu serba miskin, serba tiada dan hidup menumpang dengan bangsa lain. Sehingga bangsa tersebut bebas melakukan apa saja terhadap bangsa yang menumpangnya. Seolah-olah bangsa itu tidak wujud lagi kerana tiadanya identiti dan kekuatan diri. Hal ini boleh dilihat umum pada umat Islam didunia kini. Akibat lemahnya Hablumminallah apalagi Hablumminannas, maka mereka kehilangan identiti sendiri kerana dicorakkan oleh
identiti musuh yang begitu rajin
berkhidmat pada umat Islam.
Dalam pada itu, masyarakatnya serba miskin, serba tiada; yang ada ialah sumbangan atau perkhidmatan yang diberi oleh musuh. Maka musuh-musuh
Islam menjadi tuan kepada umat Islam. Diperbuatlah apa saja mengikut selera mereka terhadap umat yang lemah itu.
Islam tinggal nama saja. Apa
tidak hina lagi kalau terjadi begitu?

Untuk kembali pada kemuliaan diri kekuatan serta kehebatan umat, kita selaku rakyat sama ada pejuang-pejuang Islam atau individu-individu yang kaya berserta kerajaan, mesti melakukan ibadah hablumminannas dalam bentuk khidmat masyarakat itu sebanyak-banyaknya, disamping
tidak mengabaikan khidmat bakti ke hadrat Allah SWT (Hablumminallah ).

Khidmat yang boleh dibuat itu berbagai bentuk seperti menyumbang ilmu pengetahuan,
wang ringgit, buah fikiran, tenaga, harta benda, pengaruh, nasihat dan lain-lain. Dengan khidmat ini, anggota masyarakat
secara individu atau secara berkelompok mendapat manfaatnya. Keperluan mereka tertampung dan masalah mereka selesai. Yang mana mereka akan jadi bangsa yang kaya raya dan aman makmur.

Khidmat masyarakat ada dua:
1. Khidmat secara langsung.
2. Khidmat secara tidak langsung.

Contoh khidmat secara langsung ialah memberi bantuan kewangan kepada fakir miskin, menghulur derma pada jihad fisabilillah, mengajar anggota masyarakat yang jahil, mengurus jenazah, menyediakan perkhidmatan perubatan percuma kepada yang tidak mampu dan lain-lain.

Contoh khidmat masyarakat secara tidak langsung ialah membangunkan sekolah Islam
agar umat Islam mendapat pendidikan Islam; membuka kilang-kilang kain, makanan, minuman dan lain-lain, untuk memenuhi keperluan asasi orang Islam dan bukan Islam;
mengeluarkan buku dan akhbar Islam; mendirikan klinik dan hospital Islam; serta mengendalikan perusahaan , pertanian, ternakan dan tangkapan ikan yang semuanya
untuk menampung keperluan umat. Termasuk juga khidmat
masyarakat secara tidak langsung itu membangunkan hotel-hotel Islam, rumah tumpangan, rumah tetamu dan rumah-rumah rehat untuk kemudahan perjalanan anggota
masyarakat, membina jalanraya
jambatan, masjid dan lain-lain lagi.

Kedua-dua bentuk khidmat masyarakat itu, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung, jika diusahakan atau diperjuangkan sungguh-sungguh
oleh umat Islam khususnya badan-badan Islam atau orang-orang kaya Islam, tentunya akan
mempercepatkan lagi pembangunan tamadun umat Islam di sesuatu negara itu.Masyarakat Islam akan jadi kaya dengan segala harta benda
kepunyaan bersama dan boleh berdiri sendiri, serta serba ada hingga tidak payah lagi meminta minta dengan pihak lain atau tidak lagi terpaksa menanggung
kesempitan hidup akibat keperluan yang tidak pernah mencukupi. Kita misalkan begini, katakanlah ada sebuah
kampung orang Islam yang disana tidak ada masjid, sedangkan orang-orang kampung memang memerlukan
sebuah masjid untuk beribadah. Tapi mereka semuanya miskin
-miskin, tidak mampu menyediakan wang untuk membinanya. Dalam keadaan itu sepatutnya setiap badan yang memperjuangkan Islam atau orang-orang kaya Islam tidak boleh berdiam diri. Mereka juga tidak perlu menunggu tindakan kerajaan. Sebagai pejuang, itulah masanya untuk mereka membuktikan bahawa
perjuangan mereka ialah membawa umat kepada kejayaan hidup di dunia dan di Akhirat. Yang mana selama ini, itulah yang mereka laung-laungkan dan janjikan.

Sebab itu dalam Islam, perjuangan itu tidak diistilahkan sebagai, "Bercakaplah, nanti orang lain akan menilai." Sebaliknya Allah berfirman:

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ.
Maksudnya:
Hendaklah kamu beramal kerana Allah akan menilai, Rasul akan menilai dan orang mukmin akan menilai." (At Taubah 9:105).

Beramal disini ialah bertindak
membanyakkan tertegaknya hukum hakam Allah dalam semua aspek hidup yang diperlukan oleh anggota masyarakat. Dengan kata lain menegakkan hukum fardhu kifayah atau hablumminannaas;
yakni mendirikan sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, sistem kesihatan, perhubungan dan lain-lain lagi secara Islam. Itulah dia perjuangan Islam. Perjuangan menegakkan kalimah Allah dalam kehidupan, yang ianya wajib dilakukan tanpa memerlukan kuasa politik kecuali untuk menjalankan hukum-hukum hudud yang memerlukan kuasa tersebut
untuk melaksanakannya. Perjuangan yang berjuang melalui khidmat masyarakat, sekali pun tidak lantang  suaranya, pasti mendapat tempat di hati masyarakat. Sebab khidmat masyarakat adalah bukti bahawa perjuangan
itu benar-benar membawa kepada kemajuan hidup dunia dan Akhirat. Manakala keinginan
pada kemajuan itu adalah tuntutan fitrah bagi segala lapisan dan jenis manusia, termasuklah orang-orang yang tidak memperjuangkannya atau yang kononnya anti kemajuan.
Tugas pejuang Islam adalah membina kemajuan melaui khidmat masyarakat menurut cara yang dikehendaki oleh syariat Islam.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…