Langkau ke kandungan utama

ABUYA XPDC KELILING DUNIA.


(Abuya XPDC menggunakan bas dua tingkat, keliling Malaysia). Thailand dan Singapura.

Abuya keliling dunia pada tahun
1985 berterusan dan turut berturut selama tujuh tahun. Abuya dia mengelilingi dunia bukan seorang diri. Beliau sering bersama dengan ahli rombongan. Setiap kali XPDC sekurang-kurangnya peserta lima orang selain Abuya dan isteri-isterinya. Peserta ahli XPDC yang bersama Abuya bertukar-tukar. Meluaskan pandangan.
Berkunjung ke negara-negara di Asia, negara-negara di Timur Tengah, negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat.


Mengenali watak-watak bangsa di dunia. Mematangkan diri dengan kesusahan di sepanjang pemusafiran. Menziarahi maqam maqam para Rasul, Nabi, Sahabat dan Aulia’ Allah. Mengambil keberkatan. Melihat kebesaran ciptaan Allah.Melihat bukit, gunung, padang pasir yang luas. Kesan-kesan sejarah keruntuhan bangsa terdahulu.
Penulis direzekikan XPDC bersama Abuya dalam tempoh 7 tahun tersebut. 

(Ketua Badui Sy. Sidi Syammar dan Abu Mus'ab).

Kunjungi Abuya dipenuhi dengan pertemuan dengan tokoh-tokoh tempatan. Mereka terdiri dikalangan pelajar, pensyarah, korporat, ahli politik dan dikalangan pihak berkuasa tempatan. Setiap tetamu yang berpeluang bertemu Abuya masing-masing merasa dapat kepuasan rohani.Setiap orang mendapat ilmu.Masing-masing dapat panduan.
Semasa di Asia Barat Abuya bertemu dengan tokoh-tokoh agama seperti menteri agama negara Jordan iaitu Abu Anas dan isterinya menjadi anak murid Abuya. 


Ketua Badui padang pasir Jordan iaitu Syeikh Sidi Abu Kalid dan beliau juga mewakili Badui Iraq. Orang kanannya iaitu seorang engineers lepasan Jerman sering bertemu Abuya dan memberikan sokongan kepada keluarga Abuya hingga ke hari ini. Kekayaan yang Abuya miliki
dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Andainya harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya kerana ketidak kesempatannya melakukan kebaikkan.


Profesor Dr. Hisyam Sultan pensyarah di universiti Amman Jordan. Beliau berasal dari Syria. Hubungan kekal hingga ke hari ini dan di teruskan dengan anak Abuya iaitu Fakhrur Razi bin Ashaari Muhammad At Timimi. Disini saya kongsikan pandangannya terhadap Abuya. Saya mengenal Ustaz Ashaari Muhammad di akhir tahun 80-an di Amman, Jordan.Pada masa itu beliau mulai mengembang kan dakwah dan perjuangannya melalui jemaahnya secara intensif di luar Malaysia. 


Termasuk Jordan, Mesir, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.
Mula-mula saya sangat terkesan dengan peribadi dan akhlak beliau yang seperti saya juga keturunan At Tamimi. Akhlaknya begitu lembut, penyayang, pemurah, sabar, berkarisma, gigih dan lain-lain. Setelah berbicara dengannya yang menceritakan pandangannya tentang Islam dan perjuangannya, fikiran dan hati saya semakin terbuka.


Perjuangan beliau ternyata amat besar. Beliau membangunkan model Islam yang kaafah dalam seluruh aspek kehidupan manusia, mulai dari diri, keluarga, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, perdagangan, penerangan dan lain-lain.
Minda-minda beliau tentang Islam begitu global, indah, cantik dan sangat praktikal. Yang lebih berkesan lagi,
beliau tidak hanya mengatakan atau menuliskan minda-mindanya, tetapi ia amalkan dan perjuangkannya.


Bahkan menjadi hidup matinya.
Beliau mengajarkan kepada pengikutnya untuk menjadikan seluruh kegiatan mereka sehari-hari sebagai ibadah
kepada Allah. Beliau tidak membataskan ibadah itu hanya dengan mengerjakan solat, membayar zakat, puasa dan haji, tapi beliau perluaskan. Menurutnya, dengan berekonomi, melaksanakan aktiviti pendidikan, kebudayaan, pertanian, bina insan, perdagangan dan lain-lain yang sangat diperlukan oleh umat Islam dapat menjadi ibadah fardhu kifayah atau ibadah secara umum dan  perjuangan mengajak diri dan manusia menuju Allah SWT.


Maka tertanam lah semangat yang besar, kegigihan yang tinggi dalam diri setiap pengikut beliau untuk berjuang dan bekerja sungguh-sungguh membangunkan model Islam.
Aktiviti jemaah remaja di Amman Jordan, [dalam bahasa Arab, sarikata Bahasa Melayu]Tidak hairan dalam masa yang singkat, bantuan Tuhan turun mencurah-curah, sehingga projek-projek beliau bertebaran tidak hanya di Malaysia atau Asia Tenggara, bahkan di seluruh dunia. 

Semuanya dibuat untuk mencari
 redha dan kasih sayang Tuhan.
Sungguh aneh mendengar minda-minda beliau tentang Islam yang begitu global, indah dan cantik. Pandangan ini keluar dari seorang ajam yang tidak berpendidikan tinggi, kurang fasih berbahasa Arab, bukan keluar dari ucapan atau tulisan para ulama, Professor atau doktor di Jordan, Mesir atau negara timur tengah lainnya.


Pandangan beliau tentang berbagai hal dalam Islam kadangkala sangat berbeza dengan pandangan ulama-ulama lain baik di zaman ini atau di zaman-zaman sebelum ini.Tetapi kalau kita memahami peribadi beliau yang sangat bertaqwa, tidaklah hairan mengapa ilmu minda beliau demikian hebat, kerana dalam Al Quran disebutkan bahawa Allah akan mengajar dan memberi ilmu kepada orang-orang yang bertaqwa.


Beliau mendapat ilmu dari Allah.
Kalaulah kepada lebah saja Allah ilhamkan, tentulah ilmu yang beliau peroleh juga merupakan ilham dari Tuhan.Ketika mendengar ujian yang Allah berikan kepada beliau dan jemaahnya melalui kerajaan Malaysia yang mengharamkan, membubarkan, menyita seluruh aset, menyesatkan serta dan memenjarakannya, saya semakin yakin bahawa yang beliau perjuangkan adalah kebenaran. 


Kerana hal ini merupakan sunnah pejuang kebenaran dan ia telah berlaku kepada para nabi, rasul dan pejuang-pejuang kebenaran lainnya.
Allah berfirman dalam Al Qur’an:
“Beginilah yang kami jadikan kepada setiap Nabi, musuh dari syaitan dari jin dan manusia yang membisikkan kepada sebahagian mereka dengan kata-kata yang indah untuk menipu mereka”.
Begitu juga dengan para Wali yang mengikut jalan Nabi juga didatangkan musuh yang sama. Tapi saya yakin Insya Allah selepas ini beliau akan Allah hadiahkan kemajuan dan kemenangan yang besar.


Selain itu , Insya Allah saya akan kekal bersama beliau dan akan membantu beliau seperti Nabi Harun membantu Nabi Musa. Saya akan bersama beliau dalam semua perkara.Saya yakin beliau diberi ujian yang berat oleh Allah, kerana beliau seorang wali Allah. Hadis ada berkata; “Orang yang paling berat diuji adalah para rasul, nabi dan wali-wali Allah kemudian mengikut taraf iman masing masing “. Bila iman besar, maka ia akan diuji dengan ujian yang besar. Kekuatan iman beliau besar, sebab itu ujian yang Allah berikan kepadanya juga besar.


Kalau ada peluang saya akan menyarankan kepada beliau untuk membuka asas universiti Islam sebagai asas untuk menjadi universiti Islam antarabangsa. Saya bersedia menyiapkan tenaga pengajar dari seluruh dunia dalam semua bidang. Saya pernah mengata kan hal ini pada beliau ketika di Thailand dulu (1994). Sebab universiti itu akan menjadi pusat penyebaran minda beliau ke seluruh dunia.


Minda ini sangat diperlukan oleh seluruh manusia, tidak kira apa bangsa dan agama, sebab ia merupakan panduan dari Tuhan untuk kehidupan manusia.

Minda ini untuk mendidik manusia secara hak iaitu mengenalkan Tuhan sehingga manusia akan cinta dan takut kepada Tuhan. Kita sudah lihat hasil didikan beliau Iaitu lahirnya insan-insan yang tangan dan fikirannya sibuk membangunkan dunia tetapi hatinya senantiasa takut kepada Tuhan. Beliaulah tokoh pendidik di abad ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N