Langkau ke kandungan utama

ISLAM DIPIJAK-PIJAK OLEH NAFSU.



Selama ini kita biarkan Islam dihina dan dipijak-pijak oleh hawa nafsu kita sendiri.Jika kita melihat Islam ini lemah,  seperti  yatim piatu,  tiada pembela,  tiada pembantu tapi kita buat tak tahu sahaja.  Tidak terpanggil untuk berjuang dan berkorban habis-habisan. Lebih-lebih lagi jika ada panggilan jihad tapi kita buat tak peduli sahaja. Maka sebenarnya kita juga ada perangai seperti Yahudi.  Walaupun kita tak kata,  kenapa Allah nak pengorbanan aku untuk selamatkan Islam,  tapi sikap kita itu hakikatnya menggambarkan begitu.

Kita sempurnakan sembahyang lima waktu bahkan secara berjemaah. Namun tanpa sedar kita telah memperkecilkan Allah.
Kita sudah rasa berpuas hati. Selepas sembahyang kita rasa puas dan lega. Seolah-olah kita boleh bersembahyang atau berjaya tanpa Allah. Sebab itu kita kena baca ayat istighfar setiap kali selepas memberikan salam tanda selesai sahaja sembahyang. Ini sekaligus mengingatkan kita untuk sentiasa merasa bahawa setiap apa yang kita lakukan adalah dengan hidayah Allah. Kalau Allah tidak beri hidayah kita tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dari Allah.  Tiada gerakan walaupun sekerdipan mata melainkan digerakkan oleh Allah.

Begitu juga kita mengharungi kehidupan diluar sembahyang,
buat kerja bukan sekadar untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata tetapi ia mestilah selari dengan syariat Islam. Supaya rezeki yang diterima diberkati Allah SWT. Begitulah yang kita dididik oleh Abuya selaku guru mursyid kita. Abuya
ada mengupas tajuk Islam Itu Indah dan setiap apa yang kita lakukan boleh jadi ibadah setelah menempuh syarat yang ditetapkan.

"Allah berfirman lagi: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka mereka (pintu rezeki) yang melimpah ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Al-A'raaf, 7:96)


Pekerjaan bukan sekadar memenuhi keperluan hidup, tetapi mempunyai kaitan dengan tujuan hidup iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menjadi khalifah yang memberi kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya kerja itu seharusnya bermula dari hati dan penuh hati-hati.

TUJUAN MANUSIA HIDUP.

Manusia yang tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri.

Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ini sesuai dengan wahyu, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, manusia mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat.

Hari ini kita sangat kurang memahami ajaran Islam, oleh kerana itu kita hidup dalam gelap gelita, dalam suasana yang tidak ada panduan. Dengan begitu bukan saja kita akan terjun ke neraka, tapi sejak di dunia lagi kita telah berada dalam neraka.

Suatu hal yang menjadi asas dalam ajaran Islam, iaitu mengapa manusia hidup? Ia merupakan satu pertanyaan yang memerlukan satu jawapan yang tepat. Kerana jika manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini tidak dapat memberi jawapan yang betul, manusia itu tak pandai hidup. Mereka sekadar pandai maju, pandai berkebudayaan tapi tak pandai hidup. Jika manusia gagal hidup di dunia, maka manusia akan gagal hidup di akhirat.

Kerana itu bagaimana kita memperoleh jawapan yang tepat? Ada orang mengatakan, kita tanya saja pendapat akal. Kalau kita lihat pertanyaan itu mudah tapi jawapannya berat. Bukan saja akal tidak mampu memberikan jawapan yang tepat. Bahkan bila beberapa orang memberikan jawapan menurut akal masing-masing, maka akan timbul perbezaan pendapat. Jadi kalau kita bertanya pada akal, maka akal tidak mampu, kerana akal kedudukannya lemah, tidak semua dapat difikirkan terutama yang berkait dengan hal-hal yang ghaib, Hari Akhirat, syurga neraka dll, walaupun manusia itu mempunyai akal yang pintar sekalipun.

Kita sebagai orang Islam memiliki panduan hidup yang diberikan Allah kepada kita, iaitu yang terdapat di dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Jadi supaya kita tidak meraba-raba, supaya tidak letih akal kita berfikir, supaya kita tidak mencari-cari, lebih baik kita bersandar dengan apa yang telah Allah beri kepada kita. Itulah jawapan yang tepat menurut Al Quran yang patut menjadi pegangan kita, yang menjadi keyakinan kita, serta amalan perjuangan kita, supaya kita mendapat keselamatan.

Dalam Al Quran disebutkan sesungguhnya yang benar itu datang dari Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْرًا لَكُمْ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا.

Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
 (An Nisaa’: 170).

Sebab itu kita terima sajalah jawapan dari Allah. Semoga dengan begitu kita dapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Allah telah memberikan jawapan kepada kita,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepadaKu” (Az-Zaariyaat: 56)

Dengan ayat Al Quran tersebut yang merupakan wahyu yang diturunkan kepada Rasul untuk umat yang paling akhir, disebutkan kita diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadah, ataupun untuk mengabdikan kepada Allah, dengan kata lain untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Dengan ayat tersebut, maka dalilnya kuat, hujahnya pun kuat. Tapi yang sebenarnya kalau kita bahas secara akal, secara mantiq atau secara psikologi, maka akal kita pun mengakui patut manusia menyembah Allah. Akal menyatakan setuju, bahkan hati kecil juga ikut setuju untuk menyembah Allah.

Secara akal, secara perasaan, secara mudah, dapat dibuktikan bahawa akal setuju dan hati pun setuju manusia menyembah Allah, selain dalil yang kuat dari Al Quran. Contohnya, bagaimana kalau ada orang yang memanggil kita, saudara adalah hamba Allah. Bagaimana perasaan kita, bagaimana rasa hati kita kalau orang panggil kita hamba Allah. Akal mahu menerima, hati kecil juga turut setuju, walaupun pada pelaksanaannya kita tidak pernah menyembah Allah. Walaupun kita tidak pernah membesarkan Allah, tak pernah patuh, tapi hati kita terhibur dengan sebutan hamba Allah.

Mengapa akal setuju, dan hati kecil dapat menerima, sebab kerana Allah jadikan kita memang untuk menjadi hambaNya. Jadi apa yang disetujui oleh Allah, juga disetujui oleh akal dan hati. Sebaliknya apa yang disetujui oleh akal dan hati, disetujui oleh Allah.

Tapi bagaimana kalau suatu ketika, orang memanggil kita, saudara adalah hamba kereta, hamba wanita, hamba rumah, hamba nafsu. Bagaimana pendapat akal kita, bagaimana rasa hati kita. Akal kita tak setuju, bahkan hati tak setuju. Bukan hanya tak setuju, tapi hati pun rasa sakit. Kalau orang tuduh kita hamba selain Allah, kalau selama ini sudah sakit, bahkan mungkin dapat meninggal dengan seketika.

Mengapa? Akal tidak setuju, hati tak setuju, kerana Allah tidak setuju apa yang tidak disetujui oleh akal dan hati. Dan sebaliknya apa yang tidak disetujui oleh akal dan hati, tidak disetujui oleh Allah.

Kerana itulah mahu tidak mahu, kita mesti menyembah Allah kerana Allah bersetuju, akal bersetuju dan hati bersetuju. Jadi kalau manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jabatannya tinggi dan hartanya banyak.

Buktinya banyak. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya kecewa.

Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mahu menyembah Allah. Mereka menentang dirinya sendiri sehingga tak dapat kebahagiaan. Kerana itulah kita mesti mengenal dan menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan akhirat.































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N