Langkau ke kandungan utama

TIMUR REBUTAN
ANTARA DAJJAL DENGAN IMAM MAHDI.

Malaysia tapak kebangkitan Islam di timur. Ia menjadi medan pertarungan antara Dajjal dengan Imam Mahdi. Timur adalah gelanggang perebutan antara Dajjal dengan Imam Mahdi. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui budaya kehidupan di Malaysia. Masyarakat yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan arus Dajjal. 

Masyarakat yang terpimpin ada kekuatan berdepan dengan pengaruh Dajjal dan budayanya. Pertarungan berlaku secara kebudayaan.
Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. Pemimpin Islam di era ini mendapat kekuatan sabsidi era kebangkitan Islam. Malaysia sebuah negara kecil namun lantang bersuara
di PBB.
(Muzium Laksamana Cheng Ho pendakwah Islam).

China mempunyai hubungan yang lama dengan Tanah Melayu. Melalui hubungan China dengan Melaka tercatit dalam sejarah. Perkembangan hubungan klasik itu sangat luar biasa. Tuhan telah taqdirkan Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua di Timur. Maka untuk membenarkannya, Tuhan gerakan pendakwah dari Hadramaut Yaman membawa Islam ke Tanah Melayu.

Begitu juga Bangsa China.Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada
Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintah kan pembinaan masjid yang pertama di China.

NAMA Laksamana Cheng Ho sudah tidak asing lagi di negara ini. Selain terkenal sebagai pelayar yang hebat dan bijak menjalinkan hubungan diplomatik antara negara, beliau turut terus diingati kerana aktif menyebarkan dakwah di kawasan disinggahinya. Cheng Ho atau nama penuh Islamnya Ma He atau Muhammad He berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia hingga ke Afrika. Dalam ekspedisi itu, beliau berlabuh di 30 negara.

Penerimaan dakwah ISLAM dari benua Nusantara ini sahajalah ISLAM diterima secara beramai-ramai tanpa perang. Dakwah telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kira-kira dua pertiga daripada sahabat Rasulullah dimakamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumah serta keluarga mereka, dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat.

Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi.

Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.

Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatif pelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke kilang-kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun.

 Syarikat utama minyak dan gas, termasuk ExxonMobil, ConocoPhillips, Hess dan Murphy Oil telah melabur berbilion ringgi untuk membangunkan sumber tenaga Malaysia.
Tuhan siapkan juga bekalan kekuatan kepada negara-negara yang meniti jadual Allah. Berkat bersandar dengan mukjizat rasul akhir zaman melalui jadual Tuhan. Pemimpin negara Islam dan umat Islam ikut sahaja di bawa arus kebangkitan.

Sekalipun tidak pandai berenang yang penting timbulkan diri supaya boleh bernafas. Akhirnya akan sampai juga ke hilir. Begitulah berkat berada dan berjuang di era kebangkitan Islam. Negara Islam bermodalkan taqwa dan diberkati dengan dibekalkan dengan kekuatan dari langit junudullah yang tak kelihatan oleh mata kasar. Orang kafir dan negara mereka dengan kekuatan lahiriah. (قوة).

Ada negara yang memberi laluan dan menyokong kebangkitan ulama yang memperjuangkan Imam Mahdi negara itu diturunkan berkat. Imam mahdi sebagai pemimpin akhir zaman ia menjadi sumber mendapatkan bantuan Allah untuk menguatkan kembali Islam. Allah turunkan barokah melimpah ruah. Negara yang memberi laluan kepimpinan orang yang memperjuangkan Imam Mahdi juga membantu kita dari fitnah Dajal.

Negara yang memberi laluan kepada kebangkitan Islam akan mendapat bonus besar dari Tuhan. Negara yang turut membela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam, buat satu kekuatannya Tuhan beri seperti sepuluh kekuatan. Maka bagi negara yang mengikut arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan mendapat kekuatan yang dijanjikan itu. Moga kita termasuk orang yang mendokong negara Malaysia sebagai tapak empayar Islam. 

Siapa pun menolak atau menentang agenda ini ertinya ia menolak agenda Tuhan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Dia bukan berdepan dengan jadual manusia tetapi berdepan dengan jadual Tuhan. Sekalipun musuh musuh Tuhan tidak menyukainya. Usaha usaha musuh Tuhan tetap akan gagal.Negara yang menjadikan ahlu sunah wal jamaah sebagai pegangan suka Menganjurkan program yang menyuburkan rasa bertuhan dan berkasih sayang. 

Negara itu disenangi oleh semua manusia kerana ianya bersesuaian dengan fitrah manusia. Kita dipermudahkan di era ini berkat kebangkitan Islam, untuk berkasih sayang. Bonus besar bila kita bela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam. Golongan yang membela Allah dan Rasul ( Ahli Sunnah Wal Jamaah) mereka mengambil pendekatan secara kasih sayang (bil hikmah) dalam mengembangkan ajarannya. Allah jelaskan panduan tersebut dalam Al Quran surah Maryam, 19:96 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang."

Ulasan

  1. https://www.kabarmakkah.com/2015/12/lolos-hukuman-pancung-imam-mahdi-palsu.html?m=1

    Wa. 085266665854

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N