Langkau ke kandungan utama

MUSUH TUHAN SANGAT KEJAM


MUSUH TUHAN SANGAT KEJAM.

Yahudi musuh Islam. Dengan mencetuskan FALSAFAH sekularisma yang diamalkan hari ini telah mengasingkan manusia kepada kelas-kelas tertentu mengikut pangkat darjat dan harta kekayaan. Siapa sahaja yang kaya dan tinggi pangkatnya. dianggap mulia dan terhormat serta layak diberi sanjungan. Sebaliknya pula siapa sahaja yang miskin dan rendah pangkatnya terus dianggap hina, tidak berguna dan patut diketepikan.

Inilah sistem yang sedang melanda kita. Bagi yang tidak ada Iman  melaksanakan dan jayakan bersama sekarang ini. Hasilnya, melalui pengalaman kita bersama juga, kita telah membuat kesimpulan bahawa meletakkan manusia sebagai hina atau mulia melalui miskin atau kayanya adalah tidak patut, tidak adil dan tidak logik. 

Sebabnya:
Ia mewujudkan jurang yang memisahkan orang miskin dan tidak berpangkat dengan orang kaya dan berpangkat. Jurang ini juga membiakkan rasa tidak hormat-menghormati dan saling tidak percaya-mempercayai antara kedua-dua golongan. Maka hidup suburlah sifat hasad dengki dan dendam kesumat di dalam jiwa kedua pihak. Akibatnya, sepertimana yang kita saksikan hari ini, masyarakat dipenuhi berbagai-bagai kes jenayah.

Apabila wang ringgit dan pangkat darjat yang diperlumbakan, maka budi luhur dan akhlak mulia akan diabaikan. Hasilnya kehidupan manusia menjadi liar dan kejam, se liar haiwan-haiwan yang tidak berakal.Tamadun yang diasaskan hanya melalui Wang ringgit dan pangkat darjat hanya melahirkan manusia yang pasif, penakut dan panjang angan-angan. Bukan sahaja jiwa dan fikiran mereka tidak merdeka, malah mereka cukup lemah untuk mempertahankan kedaulatan prinsip dan budaya bangsa dan agama.

Apa kata Islam dalam menghadapi soal ini dan mampukah Islam menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas? Firman Allah:
Terjemahan:Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.(Al Hujurat: 13)
Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Sesungguhnya Rasulullah berkata kepada Abu Zar: Lihatlah, sesungguhnya engkau tidak dinilai kemulian kerana kulit merah dan tidak juga kerana hitam sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taqwa. . (Riwayat: .Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Terjemahan: Orang mukmin itu bersaudara tidak ada kelebihan seseorang dari seseorang yang lain melainkan taqwa.(Riwayat: At Tabrani)
Sabdanya lagi:
Terjemahan: Kamu semua dari keturunan Nabi Adam, dan Adam itu ciptaannya dari tanah, tiada lah lebihnya orang Arab dari orang 'ajam (selain Arab) kecuali dengan sifat taqwa.

 Menurut Islam, mulia hinanya manusia itu dikelaskan menurut taraf iman masing-masing. Siapa yang tinggi imannya dialah yang termulia dalam pandangan Islam. Siapa yang rendah imannya maka rendahlah dia dalam pandangan Islam. Dan siapa yang tiada langsung imannya maka dia itulah sehina-hina manusia menurut Islam.
Pengelasan yang didasarkan atas darjat keimanan begini adalah cara pengelasan yang paling tepat dan adil. Banyak sebab mengapa saya berkata demikian.

 Di antaranya ialah: 
Iman adalah musuh ketat nafsu dan syaitan. Kerana itu iman tidak mungkin bekerjasama dengan nafsu dan syaitan. Segala sifat-sifat mazmumah seperti dengki, dendam, pemarah dan lain-lain akan terhapus bila iman bertakhta di hati.Jadi apabila kemuliaan manusia disukat dengan ketinggian iman, bukan dengan pangkat dan harta, sekaligus penyakit dengki, dendam dan lain-lain itu tidak akan merebak lagi dalam masyarakat. Bila yang diperebutkan ialah iman, manusia tidak akan bercakaran lagi. 

Bila yang diperlumbakan ialah iman, manusia tidak akan berlaku rompakan lagi. dan kecurian yang banyak berlaku sekarang adalah berpunca dari dengki dan dendam kesumat yang dinyalakan oleh syaitan, untuk membantu nafsu gila pangkat dan harta yang direbut dan diperebutkan masyarakat kini.
Orang yang kuat imannya ialah orang yang baik akhlaknya. Apabila orang-orang begini diberi penghormatan sebagai orang yang termulia dalam masyarakat, secara tidak langsung ahli-ahli masyarakat seluruhnya akan terdidik untuk menerima dan mengamalkan kehidupan beragama dan berakhlak mulia.

Penyatuan umat dalarn erti yang sebenar ialah bersatunya mereka yang mempunyai fahaman, keyakinan dan cita-cita yang sama. Bila Islam membahagikan manusia menurut nilai iman, maknanya Islam mahu menyatukan orang-orang yang beriman dalam satu kumpulan. Apabila ini terlaksana akan banyaklah kepentingan-kepentingan masyarakat Islam dapat ditegakkan.Memanglah, lain orang lain taraf imannya. Ertinya taraf iman seseorang tidak akan sama dengan taraf iman yang dicapai oleh seseorang yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…