Langkau ke kandungan utama

SEJARAH GURU TERBAIK.


SEJARAH GURU TERBAIK.

Sejarah tidak pernah berbohong.
Walaupun berlaku semalam atau kelmarin, ia adalah fakta yang tidak pernah menyeleweng,hatta beribu-ribu tahun jua usianya. Sejarah banyak diceritakan didalam Al Quran.
Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 25 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.

Begitu juga sejarah kesultanan Melayu. Ia juga tidak pernah berbohong. Sejarah yang ditulis oleh sarjana dan pembesar istana zaman silam yang kemudiannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sepatutnya dijadikan renungan, iktibar, pengajaran kepada kita semua.
Sultan Singapura pertama, Sultan Hussain Shah.

 Sultan itu disingkir oleh Inggeris apabila, tulisnya: "orang bukan Melayu bertambah banyak di Singapura dan menguasai bidang bidang perniagaan dan politik di pulau itu." Ini adalah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.
Ia adalah sebuah kisah boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk bangsa Melayu di Nusantara, bukan sahaja tentang bagaimana seorang Sultan Melayu boleh di singkir apabila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.

Ia boleh dijadikan iktibar untuk orang Melayu di Malaysia dan di seluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya pada masa sekarang. 
Malaysia yang diterajui oleh bangsa Melayu juga mengulangi kegemilangan Khurasan. Disamping melahirkan tokoh-tokoh ilmu juga membina kemajuan material seperti mencipta bangunan-bangunan ala Menara Berkembar Petronas - pada kurun ke 13!.

Macam-macam yang telah di lakukan oleh musuh Islam iaitu Yahudi dengan menyembunyi kan fakta sebenar. Namun di era kebangkitan Islam semua usaha mereka telah terbongkar. Yang sampai kepada kita hanya beberapa perkara sahaja. Yang mereka sendiri lakukan macam-macam untuk menghalang kebangkitan Islam yang tidak sampai kepada kita.

Sejarah selaku guru terbaik memberitahu kepada kita peranan Sultan atau Raja Melayu di Nusantara. Disini sejarah beritahu kepada kita bagaimana Melayu Nusantara berada di Singapura. Masjid Sultan, yang mula dibina pada tahun 1824, merupakan mercu tanda utama masyarakat Melayu/Islam Singapura yang ada kaitan langsung dengan Sir Stamford Raffles.

PERJANJIAN SULTAN HUSSEIN SHAH, RAFFLESM Masjidyang dianggap ramai sebagai 'Masjid Negara' bagi Singapura, sebenarnya terwujud ekoran perjanjian antara Raffles dengan Sultan Hussein Shah."Ini bermula apabila Raffles jejak di Singapura kita pada tahun 1819. Mereka telah berunding dengan Sultan dan menyumbang sebanyak $3,000 untuk membina satu masjid – Masjid Sultan," kata Pengerusi Lembaga Pengamanah & Pengurusan Masjid Sultan, Mohamed Patail.

Ramai orang sekarang yang kurang tahu, bahawa sebenarnya hasil pemikiran Sultan Hussein juga, lembaga pengamanah Masjid Sultan ditubuhkan.
Yang menariknya, ia memperuntukkan enam kaum etnik sebagai anggotanya - Melayu, Jawa, Bugis, Arab, India Utara dan India Selatan.

Peranan mereka: memastikan ketelusan pengurusan Masjid Sultan.
"Tiap-tiap suku kaum itu ada diwakili oleh dua orang. Dan sampai hari ini, ini masih dipertahankan, ia masih dijalankan dan kita masih perjuangkan untuk masjid dan juga kita tadbir Masjid dengan sebaik mungkin," Encik Mohamed memberitahu BERIITAMediacorp.

Dalam perkataan lain, sudah lima generasi daripada enam suku kaum itu menjalankan amanah mereka.
MASJID 'ANTIK' TAPI TERUS MAJU
Kini Masjid Sultan akan melakar pelbagai rancangan untuk sama-sama menyemarakkan Peringatan 200 Tahun Singapura pada 2019 nanti.
Antara lain dengan menganjurkan majlis doa selamat dan pameran bergerak mengenai Masjid Sultan ke kawasan-kawasan kejiranan.

Masjid Sultan adalah di kalangan puluhan badan berbilang kaum dan agama dengan sejarah kewujudan yang panjang, yang bekerjasama dengan Pejabat 200 Tahun Singapura demi menyiapkan pelbagai projek untuk disambut pada tahun 2019.
Bagi Masjid Sultan, walaupun kini berusia 193 tahun ia boleh berbangga kerana menjadi masjid 'antik' yang terus berkembang maju seperti Singapura; serta terus relevan kepada jemaah dan dari segi kemudahan juga teknologi.

Sultan Hussein Shah ditabalkan sebagai Sultan Singapura pada 31 Januari 1819. Jenazah baginda sekarang disemadikan
disebuah makam sederhana dipenjuru tanah perkuburan dalam kawasan tanah perkuburan dalam kawasan masjid Tengkera di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali sesiapa. Sedangkan dia watak penting dalam sejarah awal Singapura.

Belum lagi diketahui, sama ada Masjid tertua Singapura yang dibina pada tahun 1820, iaitu Masjid Omar Kampong Melaka, juga akan melakarkan aktiviti-aktiviti bagi menyambut 200 tahun Singapura diasaskan Raffles.  







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N