Langkau ke kandungan utama

SYEIKH AL AZHAR MENERIMA WAKIL ABUYA

(Penulis di pejabat Syeikh Al Azhar).

Penulis berkesempatan berbincang dengan Sheikh Al Azhar ketika itu ialah Jadul Haq, tentang penghantaran pelajar-pelajar lepasan sekolah Abuya  masuk ke universiti Al Azhar.
Beliau sangat mengalu-alukan.
Ramai juga pelajar yang sempat di kirim ke universiti Al Azhar. Sebelum jemaah Al Arqam diharamkan. Beliau seorang yang cukup profesional dan sudah tentu seorang ulama besar.
Sheikh Jadul Haq Ali Jadul Haq dilahirkan pada Kamis, 13 Jumadil Akhir 1335, bertepatan dengan 5 April 1917 di sebuah kampung bernama Batrah, di daerah bernama Thalkha, Kota Mansurah, Provinsi Daqahaliyah, Mesir. Jadul Haq terlahir di tengah keluarga seorang petani, hingga tak menghairankan jika sejak kecilnya ia telah terbiasa dengan akitivitas perkebunan dan persawahan. Bukan hanya Sheikh Al Azhar saja yang lihat kebangkitan dari Malaysia,
ulama-ulama lain yang kita temui di Maghribi dan Tunisia juga sudah perkatakan perkara tersebut.
Berkat Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam, banyak perkara berlaku buat sedikit hasilnya tidak disangka. Buat sedikit hasilnya lebih dari biasa.
Lebihan itulah bonos yang Allah sediakan, faktor berkat kebangkitan Islam. Faktor tersebut yahudi juga faham. Kalau bukan faktor berkat tapak kebangkitan Islam, macam-macam yang sudah terjadi.
Musuh-musuh Islam sudah buat
macam-macam namun tidak menjadi. Ini sangat ada hubungkait dengan kebangkitan.
Lebih-lebih lagi Tuhan nak tunjukkan kuasanya kepada manusia sejagat. Kalau setakat orang politik apa mereka boleh buat untuk selamatkan negara.
Bahkan melalui politik yang berlaku sekarang rakyat semakin cemas terutamanya
Umat Islam.
Kita yakin dengan campur tangan Tuhan untuk berlakunya
giliran kini kepada Islam. Tapaknya adalah ditimur. Di antara kaedah dalam Islam ialah buat muhasabah diri. Kita renungkan dimana kecuain yang telah berlaku.Lebih-lebih lagi kita ambil berkat sempena bulan Ramadhan akhir ini.
Yahudi paling pakar dalam hal post mortem ini,  sebab itu mereka paling berjaya dalam membangun tamadun duniawi.  Mereka tak pernah puas  dengan pencapaian yang ada.  Selalu sahaja mahu explore,  mahu membuat inovasi.  Pelbagai teknologi baru mereka cipta samada yang bermanfaat untuk keselesaan hidup manusia,  atau yang merosakkan hidup manusia. Kereta canggih dan selesa mereka cipta,  bom atom yang memusnah pun mereka cipta.  Sungguh hebat kemampuan yang Allah beri pada mereka. 
Tapi mengapa Yahudi melawan Tuhan? Mengapa Yahudi memilih untuk menjadi penyokong Dajjal  daripada penyokong Imam Mahdi?  Sedangkan mereka tahu,  zaman ini giliran Imam Mahdi.
Ada satu benda yang mereka tak buat iaitu TAHADDUS BINIKMATILLAH, mengkaji nikmat Allah dan mensyukurinya.
Begitu jugalah umat Islam yang dibentuk oleh Yahudi, mereka pandai membangun tamadun tapi hati kosong dari Allah. Kalau buat kemajuan Islam pun tapi tiada ruhnya. Jiwanya lemah,  tauhidnya rendah,  betapalah sufinya.  Punah!
Hasil post mortem bukannya bersyukur tapi menyalahkan orang.  Hasil koreksi diri bukan jumpa dosa sendiri tapi jumpa dosa orang lain. Hasil muhasabah bukan tambah syukur, tapi bertambah kufur nikmat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N