Langkau ke kandungan utama

SULTAN DI ERA KEBANGKITAN.



Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakardi Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.Menurut Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi, Sultan ada peranan di era kebangkitan Islam sekali lagi. 

Sultan Pahang yang menjadi Agong sekarang sangat dekat dengan kebangkitan dakwah di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih. 

Tuan Syeikh Abdul Rahim bekas kadi besar Pahang, salah seorang orang kanan Abuya. Beliau rapat hubungan dengan sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar. yang baru mangkat.
MUSUH MERANCANG
GAGALKAN KEBANGKITAN
Musuh merancang pelbagai cara dan perkara untuk menggagalkan kebangkitan Islam di Akhir Zaman. 

Secara halus mereka memisahkan umat Islam dari Tuhan. Melalui ilmu yang batil, melalui hiburan yang melalaikan atau yang memisahkan manusia daripada Tuhan. Melaui ilmu keyakinan yang batil. Contoh kita suka sangat cakap NATURE: back to NATURE. Life is a series of NATURAL. Created by NATURE. Everything happen by NATURE, etc. Hebat betul si NATURE! Who's the NATURE? Kenapa tidak katakan GOD? 

Hanya tiga huruf G..O..D Tuhan yang Maha Pencipta, bukan nature?
Nature itu apa? Alam ke? Alam juga ciptaan Tuhan. Jadi siapakah yang lebih hebat, Tuhan atau nature?
Begitu sekali Yahudi telah pesongkan dan rosakkan keyakinan (aqidah) kita kepada Tuhan. Manusia dipisahkan sama sekali dari Tuhan. Nak sebut Tuhan pun tak boleh!
Dicipta satu istilah "nature" yang
membuat manusia itu lupa dengan Tuhan, terhijab dari Tuhan.

Selain itu musuh cuba hapuskan kuasa Sultan dan Agong kerana
dengan adanya peranan agong dan Sultan agama Islam ada yang bertanggungjawab. Kerana sultan mengepalai agama Islam.
Selanjutnya, kerana Tuhan sudah dilupakan maka dalam mengatur ciptaan Tuhan, manusia tidak lagi merujuk padaTuhan. Padahal, katalog atau manual book tentang ciptaan-Nya itu sudah disediakan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan masa ideologi dan gelombang fikiran manusia.Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak manusia akan runtuh sama ada oleh tekanan dari luar atau krisis dalam tubuh badan ideologi itu sendiri. Kepincangan dan rapuhnya ideologi-ideologi ini akan terserlah melalui dua cara.

Pertama oleh bencana alam atau pun musibah kecuaian manusia. Kedua, kerana krisis yang timbul hasil ketidak sempurnaan ideologi itu sendiri.
Tidak ada kekuatan lahiriah yang dapat menahan bencana alam yang berlaku. Amerika Syarikat, negara termoden dan terkuat di bidang ekonomi, teknologi dan ketenteraan tidak dapat menahan kebakaran hutan dan banjir lumpur yang melanda mereka. Sama sedar atau tidak, itu merupakan satu tamparan daripada Allah kepada kesombongan Amerika Syarikat.

Begitu juga apa yang berlaku dinegara-negara Eropah yang sering mengalami bermacam-macam tragedi kemalangan yang memilukan.Keruntuhan ideologi ciptaan otak terpapar jelas dihadapan mata. Semuanya menunjukkan kegagalan untuk terus mara membina tamadun otak yang kabur dan mengecewakan dan seolah-olah sengaja diatur oleh Allah untuk membolehkan satu kuasa lain muncul. 

Sesuai dengan maksud firman Allah SWT: "Demikianlah hari-hari Kami pergilirkan di antara manusia agar mereka mendapat pengajaran."(Ali Imran 3:140).

Soalnya sekarang, siapakah kuasa itu? Tanpa berdolak dalik lagi kita tegaskan, inilah zaman kegemilangan Islam. Telah berlaku satu kejutan bilamana arus kebangkitan Islam telah melanda seluruh pelusuk dunia.Umat Islam kembali meriah dengan amalan Islam dan syiar Islam terserlah dimana-mana.
Sekalipun dinegara-negara rakyatnya adalah menoriti. Islam telah bangun di China, umat Islam telah mula tunjukkan kecintaan kepada Islam walaupun baru sahaja bebas daripada cengkaman fahaman komunis.

Siapakah yang mampu mengubat hati dan mampu memimpin manusia melawan hawa nafsunya supaya rasa tamak, hasad dengki, pemarah, sombong,ego,gila dunia dan lain-lain dapat diungkai (dibersihkan) daripada hati manusia?
Tidak ada undang-undang yang boleh menghukum sifat-sifat jahat itu dalam hati manusia.Tetapi jika seseorang individu benar-benar beriman dan takutkan Allah, ia mempunyai 'undang-undang tersendiri' dalam hatinya yang menghalang ia melakukan kejahatan. Penyakit hati yang boleh diubati melalui jalan yang telah di tunjukkan oleh Allah.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N