Langkau ke kandungan utama

ABUYA JEJAK BUMI ANBIYA'.



Abuya diberikan ilham untuk berkunjung ke bumi Anbiya'. Para Anbiya' medan gelanggang mereka ialah dibumi Asia Barat.Abuya melagang satu jalan perjuangan yang pernah dilalui oleh Nabi, para sahabat, tabien dan jalan salafussoleh. Jalan perjuangan yang penuh kesusahan dan kesulitan yang dihadapannya ada kejayaan.

وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً الكهف: ٦٥
Dan Kami telah ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ البقرة: ٢٨٢
Dan takutlah kepada Allah, dan Allah mengajarkannya.

Sudah sunnah orang berjuang mengembara dan berkelana.
Pada tahun 1985 Abuya buat XPDC jejak bumi Anbiya'.Kembara Sufi yang diketuai oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi sendiri
ke bumi Anbiya'. Peserta yang mengiringi Abuya bersilih ganti.
Mereka dipilih dikalangan ahli daripada seluruh dunia. Dalam sepanjang Xpdc Abuya sendiri yang membuat pengisian.

Para peserta yang ikut mewakili Abuya mewakili dari tempat masing-masing daripada seluruh dunia.Ketika bersama dengan Abuya berpeluang untuk 
mereka melaporkan kepada Abuya perkembangan ditempat masing-masing. Para peserta di beri peluang untuk langsung berinteraksi dengan Abuya. Dalam xpdc mereka dipandu untuk meneruskan perjuangan ditempat
masing-masing.

Di era kebangkitan Islam ini, apa yang pentingnya cara kita mengisinya dengan tepat. Bagi berdepan dengan cabaran era zaman moden ini. Seluruh budaya kehidupannya telah dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al Quran. "Sekali-kali Yahudi dan Nasrani tidak redha sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka."

Abuya sendiri pernah melagang model  kehidupan kasih sayang yang dilancarkan di negara agama Budha seperti di Thailand, juga Abuya pernah lancarkan di Manila iaitu ibu negara Filipina dan di Paris Perancis. Ketika di negara-negara tersebut Abuya adakan dailog dengan mereka sekalipun ada yang belum masuk Islam. 

Ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami kehidupan Islam yang sebenar.Abuya sarankan kepada umat Islam bagaimana musuh-musuh berdepan dengan kita maka dengan perkara itu juga kita berdepan dengan mereka. Musuh membawa sistem pendidikan maka dengan pendidikan juga kita menghadapi mereka. Ertinya kita menyediakan model pendidikan Islam.

Mereka membawa ekonomi riba dan tipu kita bawa ekonomi Islam yang memberikan jalan keluar kepada umat manusia khususnya umat Islam. Mereka membawa kebudayaan dan hiburan yang merosakkan dan melalaikan kita bawa hiburan yang boleh mendapatkan Tuhan.Kerana Tuhan itu Maha Penghibur.Di era kebangkitan Islam pertama Pejuang Islam pernah mencetuskan model Islam yang terbaik. 

Kerana itu mereka di jadikan tempat rujuk oleh manusia. Dunia Barat juga mengambil model Islam ketika itu. Terutamanya dibidang ilmu pengetahuan, dunia barat belajar dengan umat Islam. Bahawa umat Islam yang telah menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah begitu cemerlang telah dicatit oleh sejarah.
Mereka yang menjalankan tugas tersebut dengan baik boleh membantu kita untuk menjalankan peranan khalifah Allah di muka bumi ini.

Kerana sejarah adalah guru yang terbaik. Mereka pernah dapat giliran menerajui kepimpinan empayar atas nama Islam. Bermula dengan bangsa Arab dan terakhir bangsa Osmaniah Turki. Melalui kebangkitan Islam sekali lagi di era moden ini, Islam akan menjadi tempat rujuk manusia.

Model penampilan Islam sebagai way of life akan menjadi rujukan manusia tidak mengira agama, bangsa atau kulit. Setiap manusia tidak mengira apakah etnik dan agama mereka didunia ini akan tertarik dengan suatu sistem yang menjamin keselamatan mereka ketika melakukan aktiviti kehidupan ini.Kita sedang mengharungi suatu kehidupan yang sudah rosak kemanusiaannya. 

Contoh kehidupan berkasih sayang sudah susah didapati dalam kehidupan pada hari ini.Manusia didunia pada hari ini hidup lebih dahsyat daripada haiwan. Seks songsang seperti LGBT diperjuangkan oleh manusia. Haiwan di hutan atau ternakan mereka mengenali pasangan seks. Kalau manusia sudah tidak mengira pasangan seksnya ertinya lebih rimba daripada binatang yang ada di rimba.

Salah satu cara pengisian yang Abuya pandu kita dengan melakukan xpdc. Dengan program ini adalah wadah untuk ahli-ahli mendapat panduan daripada Abuya dan kemudian
masing-masing kongsikan apa yang mereka dapat panduan ketika bersama Abuya dengan kawan-kawan ditempat masing-masing. Jejak ke bumi Anbiya' berlangsung bertahun-tahun hinggalah tahun 1994.

Modes aperandi yang dibuat oleh Abuya kini menjadi trend oleh syarikat-syarikat pelancongan Islam hingga ke hari ini. Kini syarikat-syarikat travel dari Malaysia untuk mengendalikan dan merialisasikan lawatan semasa berada di bumi Anbiya' atau bumi Asia Barat.
Pelajar-pelajar yang ada di Timur Tengah mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat yang ada di Malaysia.

Pelajar-pelajar diluar negara mendapat kepercayaan menjadi tourist guide kepada jemaah Haji dan Umrah yang mengadakan pendaratan transit ke Timur Tengah sebelum meneruskan perjalanan ke tanah Suci Mekah.
Berkaitan dengan kos lawatan kerana menggunakan tenaga pelajar jauh lebih murah daripada tourist guide yang rasmi. 

Ia mengurangkan beban kepada pelancong yang menggunakan khidmat pelajar tersebut disamping membantu duit poket mereka.Di era kebangkitan Islam ini ramai yang mengutamakan promosi ke bumi Anbiya' dengan memaparkan dan mengupas sejarah Al-quran dan jejak rasul demi mendapat kebaikkan kepada kita bersama disamping ianya dapat merapatkan silaturahim diantara pelajar dan mereka yang berkunjung ke bumi Anbiya'. 

Masyarakat merasa perjalanan ke bumi Anbiya' menjadikan satu percutian
 yang paling bermakna dalam hidup 
Kita sebagai seorang muslim.Justeru
 itu, banyak pihak yang terlibat menguruskan kembara ke bumi Anbiya' mengalu-alukan untuk menjelajah bumi sahara Mesir sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran. 

Semoga usaha mempromosikan bumi Ambiya' ini memberikan satu kebaikkan kepada kita bersama dan dapat merapatkan ukhwah diantara satu sama lain. Dan satu pengisian yang sesuai dengan era kebangkitan Islam.
Akhir kata jelajah lah dan galilah permata yang terdapat di tanah gersang sahara semoga kita umat Islam mendapat mutiara didalamnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N