Langkau ke kandungan utama

KENAPA JATI DIRI MUSNAH.



Ada golongan yang berkata, "saya sudah solat, puasa, zikir, selawat, baca Al Quran, berjihad,
berdakwah, dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak tenang." Dalam maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar dan mazmumah yang lain masih ada. 
(Makanan roh sama seperti makanan fiIkal ia diperlukan oleh kita).

Kenapa jadi begitu?
Makanan hati rohani sama juga seperti makanan fizikal. Macam-macam jenis makanan mahal dan sedap yang dimakan tetapi semakin banyak kesan penyakit berpunca dari makanan tersebut. Ini adalah kerana makanan yang dimakan tidak mengikut panduan makan yang sihat. Kita lebih memperturut nafsu makan sepuas-puasnya.Bukan makan ikut keperluan untuk kebaikan fizikal.

Kita patut renungkan apa yang dilakukan apakah benar-benar hati lurus dengan Tuhan. Ertinya dalam kita berbuat hati berzikir atau tidak dengan Tuhan. Jadi Tuhan uji, kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku?
Maka dengan ujian tersebut kita tersentak.

Maka maksud Tuhan datangkan ujian supaya hati terhubung kembali dengan Nya.  Timbullah rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Amal yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai.
Kita jangan lupa perjuangan yang dibekalkan kepada kita oleh guru mursyid.

Berjuang menanamkan iman dan berkasih sayang sesama manusia.
Itu adalah perkara asas dalam perjuangan Islam.Namun, perubahan semasa menyaksikan bukan hanya berlaku kepada remaja sahaja. Kini ia melibatkan semua golongan manusia. Daripada golongan cerdik pandai, golongan selebriti hinggalah semua peringkat masyarakat.Bukan hanya khusus berlaku di negara tertentu sahaja, tetapi pelbagai peristiwa yang jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia dan dikategorikan pelik dilaporkan berlaku satu persatu di seluruh dunia. 

Bermula pada peringkat individu dengan keruntuhan jati diri dan sosial, perbuatan jenayah juga terus berleluasa ke peringkat global sehinggakan nyawa manusia dianggap tidak lagi berharga.
Peperangan demi peperangan, penindasan terus berlaku tanpa belas kasihan.Ketika itu masing-masing lebih pentingkan kemewahan diri masing-masing daripada iman dan ukhwah Islamiah.

Sedari atau tidak, inilah yang disyaratkan oleh Rasulullah SAW berhubung tanda-tanda umur dunia semakin hampir tamat atau berlakunya kiamat.Ibarat sebuah kereta perlukan kemudahan memberhentikan
kenderaan tersebut. Itulah alat yang membantu kita ketika dalam kecemasan dan bahaya.Ketika dalam bahaya kita akan memberhentikan kereta mengejut. Sudah tentulah kita dan penumpang dalam cemas dan tidak selesa.

Tetapi keadaan tersebutlah yang menyelamatkan kita dan penumpang yang ada di dalam kenderaan tersebut.
Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, persoalan ini, kita rujuk kembali panduan yang kita dapat dari Abuya. 

Disini terasa ingin rasa hati ini dikongsikan.Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. 

Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai.
إن لله وإن إليه راجعون
,capkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. 

Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba… Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu Allah, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut.
(Solat dekat makam Nabi Ibrahim)

Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya.

Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. 

Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. 

Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka.

 Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N