Langkau ke kandungan utama

HARI RAYA MELAHIRKAN RASA SYUKUR.

PERJUANGAN HAK SANGAT DIPERLUKAN KEPADA INSAN. 



Menyambut hari raya ertinya kita melahirkan rasa bersyukur.
Berpuasa selama sebulan menahan daripada lapar dan dahaga. Bermujahadah (memerangi hawa nafsu) yang panjang, begitulah bimbingan dan didikan yang dilakukan guru mursyid ke atas diri anak-anak muridnya. Ianya telah memberikan kesan atau berhasil membersihkan hati manusia dari berbagai penyakit. Tidak hanya penyakit takabur dan amarah, tapi juga penyakit lainnya. Abuya mendidik anak-anak muridnya membuang rasa iri dan dengki. Perjuangan kebenaran yang di cetuskan oleh Abuya sangat berperanan kepada masyarakat. Di antara peranan yang diberi oleh Jemaah Abuya adalah : 

1. Mampu dan senantiasa memberikan nasehat kepada masyarakat
2. Mampu menyediakan makanan yang halal bagi masyarakat yang memerlukan
3. Mampu menyediakannya pendidikan Islam bagi masyarakat
4. Kalau masyarakat inginkan model ekonomi Islam, maka jemaah itu ada modelnya.
5. Kalau masyarakat inginkan rawatan cara Islam, maka jemaah mampu mengadakannya.
6. Semua masyarakat inginkan bantuan keuangan, maka jemaah mampu pula memberinya.
7. Kalau masyarakat inginkan pekerjaan yang halal sesuai dengan profesinya, maka jemaah dapat memberinya.
8. Kalau ada orang ingin melindungi imannya, jemaah boleh melindungi imannya.
9. Kalau ada orang yang buntu fikiran, jemaah boleh memberi nasehat.
10. Kalau ada orang yang terancam, jemaah Islam itu boleh melindunginya.
11. Kalau ada yang inginkan hidup dalam ketenangan, dalam jemaah wujud suasana itu.
12. Kalau ada yang ingin kawin, maka jemaah dapat mencarikannya.
13. Kalau ada orang yang tidak dapat bekerja karena cacat badannya, maka mereka dapat bertanggung jawab.
14. Kalau ada orang yang ingin hiburan secara halal, maka jemaah mampu memberikan hiburan secara halal.
15. Kalau masyarakat ada masalah, jemaah boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

Jika dilihat dari ciri-ciri ini, terlihatlah bahwa Jemaah Abuya memiliki ciri-ciri Islam yang sebenarnya, yang tulen dan yang syumul. Dan masyarakat pun dapat bersandar kepadanya.

Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 
(Ad-Dhuha: 11).


Sebagai anak murid, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan guru mursyid yang memimpin dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada guru mursyid yang mengenalkan kita kepada Tuhan. sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah mendidik dan memimpin kita supaya selamat daripa api neraka. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N