Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN AHLUS SUNNAH WALJAMAAH.


ABUYA BERJUANG BERSAMA SATU JEMAAH.



Dari tahun 68, Abuya telah membina sebuah jemaah yang di dalamnya beliau menekankan dan mendidik para pengikutnya agar satu dengan yang lain dapat diikat oleh tali Allah, atau diikat oleh ahkamullah/ hukum-hukum Allah. Mereka semua sungguh-sungguh berusaha untuk patuh kepada Allah, kepada Rasulnya dan mentaati pemimpinnya. Mereka nampak berakhlak baik, mulia, ada rasa bersama. Maka tercetuslah kerja sama diantara mereka. 


Jemaah yang Abuya bangunkan ada sistem kehidupan secara Islam di dalamnya, artinya dalam jemaah Abuya itu ada kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan. Senantiasa memberi khidmat kepada masyarakat, baik masyarakat di dalam Jemaah, maupun di luar Jemaah, baik kepada orang Islam ataupun kepada orang bukan Islam. Jemaah itu senantiasa mencari kedamaian dan keamanan. Ia benar-benar memberi rahmat kepada alam, seperti mana yang Rasulullah pernah sabdakan :  

Sabda Rasulullah Saw:

اَلْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَ الْفُرْقَةُ عَذَابٌ

“Berjemaah adalah rahmat dan perpecahan adalah adzab”. (HR. Ahmad dari Nu’man bin Basyîr dengan derajat hasan). 


“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan beradalah kamu bersama orang-orang yang jujur.” (Q.S. At Taubah:119) “Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Ku.” (Q.S. Luqman:15) “Maka bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.” (Q.S. Al Anbiya’:7)


Jemaah yang Abuya bangunkan terbukti memberi rahmat, artinya membawa kasih sayang. Dia membawa kegembiraan, dia membawa hiburan, dia membawa kemudahan, dia membawa kemuliaan, dia membawa keselamatan, dia membawa kedamaian, dia membawa penyelesaian, dia membawa kebahagiaan dan keharmonian. Dengan adanya jemaah itu membolehkan bertolong bantu satu sama lain.


Jemaah yang Abuya bangunkan selamat menyelamatkan. Mengapa dia selamat dan menyelamatkan, karena jemaah itu ada peranan. Dia bertanggung jawab, dia senantiasa ada khidmat pada masyarakat. Karena jemaah Abuya ada peranannya lah maka dia dikatakan membawa rahmat, karena ada peranan inilah maka jemaah Abuya dikatakan membawa kasih sayang. Karena ada peranan inilah jemaah Abuya membawa kebahagiaan, keharmonian, keselamatan dan bermacam-macam kebaikan yang bermanfaat bagi masyarakat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...