Langkau ke kandungan utama

KEMBALI KE PANGKUAN TUHAN.




Setiap Rasul dan Nabi yang di utuskan kepada manusia membawa ajaran tauhid. Iaitu ajaran mengagungkan Tuhan. Jadi, manusia hidup adalah untuk menyembah Allah. Dengan kata-kata yang lain untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah. Bukan sahaja Allah menghendaki, kalau kita rujuk akal dan hati kecil manusia juga menghendaki manusia itu menyembah Allah.



Buktinya bila ada orang mengatakan kepada kita, "Hai, saudara, saudara ini hamba Allahlah." Secara sepontan "automatik" akal kita akan mengiakan perkataan itu dan hati kita merasa puas, rasa lega dan rasa terima kasih kepada orang yang mengatakan yang kita ini hamba Allah. "Fitrah" manusia mengakuinya walau pun kita mungkin tidak pernah solat seumur hidup. Walau pun seumur hidup, tidak pernah fikir Allah dan tidak pernah fikir Quran dan Sunnah.



Sebaliknya apa pula kata hati dan akal kita kalau ada orang berkata: "Hai, saudara, saudara ini hamba nafsulah. Saudara ini hamba keretalah, saudara ini hamba dunialah, saudara ini hamba betinalah." Akal tidak setuju dengan gelaran itu dan hati juga tidak rela dikatakan begitu. Manusia akan marah, sakit hati dan sebak dada kalau kita katakan sebagai hamba nafsu, hamba kereta, hamba dunia dan hamba betina.



Akal dan hati tidak sanggup di beri gelaran begitu walaupun orang itu telah menghabiskan umurnya untuk nafsu, untuk kereta, untuk dunia dan untuk betina. Jelas bahawa kehendak Allah sama dengan kehendak akal dan hati kita.
Allah mahu kita menjadi hamba-Nya, menyembah, beribadah dan mengabdikan diri pada-Nya. Hati dan fikiran kita juga menyetujui dan mahukan kita berbuat begitu.


Maksud Firman Allah: 

Bahawa sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?". (Al-A'raaf 7:22).

Maksud Firman Allah:

"Dan sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). " (Yusuf,12:53).


Nafsu dan Syaitanlah menggoda dan melalaikan manusia. Dengan bujukan dan rayuan kedua-dua nafsu dan syaitanlah manusia jadi lalai selalai-lalainya. Manusia tidak mahu lagi menyembah Allah. Manusia mendurhaka dan menentang Allah SWT. Kalau takdir musuh-musuh batin ini tidak ada, manusia akan sentiasa menyembah Allah, berbakti kepada Allah, membesarkan Allah, cinta Allah malah akan tenggelam dalam memuja dan merindui Allah SWT.



Sebenarnya kesusahan dan penderitaan bukanlah kerana ikut Quran dan Sunnah. Apapun penderitaan hidup adalah "ujian " yang menimpa semua orang. Tiada manusia yang dapat mengilak daripada ujian. Tiada siapa pun yang terlepas daripada ujian. Tiada seorang pun yang dapat mengilakkan diri daripadanya. Misalnya sakit. Ia menimpa semua orang. Tidak mengira lelaki atau perempuan, orang besar atau orang kecil, ratu cantik atau manusia hodoh, malah doktor pun kena sakit. Semuanya adalah ujian dan ujian adalah penderitaan. Tiada siapa boleh elak.


Kalau begitu bukankah lebih baik jadi orang mukmin yang taat daripada orang degil di uji juga?. Bukankah lebih baik sembah Allah, kemudian di uji daripada orang kafir yang di uji juga. Di waktu manusia sudah tidak pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, pilihan dikalangan orang mukmin iaitu ikhwan dan asoib meletakkan Allah SWT sebagai cinta agungnya. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk Tuhan dan kerana Tuhan. Ini dapat dilihat dalam jadual dan program hidup hariannya, sepenuh masanya adalah dengan Tuhan.


Sebagai contoh, umumnya, siapa yang melihat akan tertarik dengan peribadi Ikhwan dan Asoib. Mereka yang istiqamah sepanjang hidupnya berada awal sekitar 15 minit di sejadah menunggu waktu solat. Ikhwan dan Asoib juga tidak pernah tinggal solat berjemaah serta tahajud. Kecintaan mereka pada Tuhan itu dapat dilihat dalam dua bentuk:



Pertama: Ikhwan dan Asoib berhabis-habisan dalam mempromosikan Tuhan melalui kuliah rasmi dan tidak rasmi, di dalam tulisan-tulisan mereka, melalui lirik-lirik nasyid karangan mereka serta melalui sistem hidup menurut kehendak Tuhan yang mereka bangunkan dalam jemaah mereka yang mana manusia akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ajaran Islam.



Kedua: Bagi orang yang bergaul dan mengenali mereka dapat melihat mereka sangat membesarkan dan mengutamakan kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak. Mereka adalah golongan yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawaduk, pemaaf, pemalu, menghormati tetamu, membela jiran menjaga kebajikan terutamanya mereka yang memerlukan dan menziarahi manusia. Mereka sentiasa memakai pakaian yang sopan ke mana-mana. 



Mereka tidak memakai pakaian yang  memperlihatkan bentuk tubuhnya. Kerena mereka malu menampakkan bentuk aurat. Ikhwan dan Asoib mendoakan musuh-musuhnya dengan kebaikan. Orang menuduh mereka mengambil kepentingan dan menzalimi masyarakat. Walhal hakikat sebenarnya Ikhwan dan Asoib yang sanggup miskin dan susah demi untuk membela orang lain apatah lagi terhadap sesama sendiri.


Ikhwan dan Asoib adalah para wali di akhir zaman. Maksud firman Tuhan: " 

Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah mereka tidak merasa dukacita disebabkan kata-kata musuh mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui. (Yunus 10:65).



Mereka Ikhwan dan Asoib kembali kepangkuan Tuhan dengan membawa hati yang selamat sejahtera. Sebagaiman yang Allah gambarkan dalam Al Quran. Tafsir Jalalain: ارجعي الى ربك راضيه مرضيه "Kembalilah kepada Rabbmu perkataan ini diucapkan kepadanya sewaktu ia menjelang mati; yakni kembalilah kamu kepada perintah dan kehendakNya dengan hati yang puas akan pahala yang kamu terima lagi diridai di sisi Allah maksudnya semua amal perbuatanmu diridai di sisiNya Jiwa yang beriman itu merasa puas dan diridai; kedudukan kedua lafaz ini menjadi kata keterangan keadaan; kemudian dikatakan kepadanya pada hari kiamat nanti.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N