Langkau ke kandungan utama

ROH KEBANGKITAN ISLAM MALAYSIA.


(Peperangan di Yaman)
(Masjid Putrajaya Malaysia).

ROH KEBANGKITAN ISLAM.

Suasana politik Malaysia kini telah berubah. Semenjak kerajaan Pakatan Harapan menggantikan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, keadaan berubah. Orang Melayu dan bumiputera banyak terdedah dengan cabaran. Orang Melayu dan institusi agama yang diterajui oleh Sultan di negeri-negeri terdedah dengan cabaran perjalanan politik semasa.

Umat Islam perlu mengambil iktibar terhadap perpecahan yang terjadi di negara seperti Syria dan Yaman. Contoh peperangan yang sedang berlaku di Yaman. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya peperangan di Yaman yang menyebabkan ribuan kanak-kanak di negara itu mati kebuluran kerana kekurangan makanan.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata situasi yang berlaku di negara Islam itu bercanggah dengan ajaran dibawa Islam.Beliau berkata, konflik sehingga tercetus peperangan antara Arab Saudi dan puak penentang Houthi di negara itu langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat termasuk kedua-dua pihak.

“Adakah itu ajaran yang dibawa Islam sehingga menyebabkan kanak-kanak kebuluran dan mati hanya kerana kamu mahu berlawan antara satu sama lain untuk tentukan siapa akan tadbir negara? Itu salah.“Kita (orang Islam) mulakan apa-apa pun dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tetapi kita tidak bersikap penyayang. Sudah tentu ini salah dan mengundang dosa kerana membelakangi ajaran Islam.
“Walaupun anda menang, kemusnahan yang anda dapat lihat adalah maksimum. Kita perlu menjaga sesama manusia,” katanya dalam satu wawancara dengan sebuah portal tempatan.

Beliau mengulas pergolakan yang sedang berlaku di Yaman, antara negara Arab paling miskin terbabit dalam perang antara pemberontak Houthi dengan kerajaan yang disokong Arab Saudi serta sekutunya sejak 2014.
Tentera pakatan diketuai Arab Saudi itu melancarkan serangan udara besar-besaran serta menyekat laluan perdagangan menyebabkan bekalan makanan serta perubatan terputus.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), kira-kira 10,000 orang awam, termasuk kanak-kanak terbunuh akibat konflik itu, namun jumlah sebenar kematian dianggar lebih tinggi.

Projek Lokasi Konflik Bersenjata (ACLED) serta agensi kebajikan menganggarkan sehingga 56,000 orang awam terbunuh.Begi juga kejadian “Arab Spring” bagi memastikan perpecahan itu tidak terjadi terutama di rantau nusantara ini.Umat Islam daripada 1.8 bilion di seluruh dunia, 350 juta berada di rantau nusantara, justeru rantau ini merupakan tempat paling sesuai menjadi tempat kebangkitan semula Islam.

“Saya teringat hadis menyebut kebangkitan semula Islam tidak akan bermula di Tanah Arab, disebutkan (dalam hadis) akan bangkit di timur jauh, dalam konteks ini nusantara mampu menjadi tempat itu.
“Justeru, bumi Malaysia insya Allah jadi tapak kebangkitan semula Islam. Malaysia menjadi antara negara Islam termaju yang menjadi rujukan kerana mampu membangun Islam secara progresif dan kesederhanaan di bawah masyarakat majmuk berbilang latar belakang,” katanya.

Kita merujuk pandangan tokoh kerohanian, menurut mereka, Malaysia tetap menjadi tapak kebangkitan Islam di timur. Pandangan firasat atau ilham daripada tokoh-tokoh kerohanian banyak diceritakan dalam sejarah Islam.
Malaysia sebuah negara di sebelah Timur yang bakal menjadi negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah. Malaysia dan soal kebangkitan Islam adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan. Malaysia dan kepimpinannya tentu sahaja mendapat perhatian khusus daripada orang-orang rohani. Sesuai dengan isyarat hadis itu tentu sahaja pemimpin yang akan menerajui negara-negara Timur (termasuk Malaysia) mestilah orang yang lebih baik Islamnya atau setidak-tidaknya memberi laluan ke arah Islam.

Semua golongan dan peringkat dalam masyarakat di Malaysia telah terlibat dalam dunia dakwah. Golongan selebriti adalah golongan terakhir mengikuti gelombang dakwah di Malaysia. Mana-mana selebriti yang telah menjadi ikon muslimah, masyarakat tidak boleh terima jika mereka menanggalkan hijab.
Di Malaysia kini, menurut orang-orang kerohanian lagi, sedang berlaku satu proses di mana mereka yang dulunya begitu ghairah dengan Islam telah bertukar menjadi penentangnya. 

Inilah balasan Allah atas kesombongan mereka sewaktu mengecam pihak-pihak yang mereka cap tidak lslamik dahulu. Rakyat Malaysia sedang memerhatikan sikap pemimpin tersebut.Sebaliknya mereka yang dulunya bergelumang dengan dosa mula insaf dan ingin bertaubat. Mereka yang berdosa ini rasa sudah terlalu ketinggalan oleh arus kebangkitan Islam. Mereka ini rasa menyesal, bersalah dan akhirnya buat keputusan nekad untuk kembali ke pangkal jalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N