Langkau ke kandungan utama

AL-QURAN BERGERAK.


Maksud firman Allah SWT:
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.(Al Anaam 6:1).
"Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas segala sesuatu."
(Al Fathir 35:1).


Allah SWT menghidupkan hati, mengetuk telinga, menerangi akal dan membukakan mata. Allah SWT memberikan peringatan kepada manusia dengan cahaya yang menerangi
kehidupan manusia. Apabila manusia menerima hidayah ertinya mendapat cahaya yang menerangi kehidupannya.
Allah SWT telah izinkan penulis menjejak bumi Amerika Syarikat
yang menerajui empayar Barat dan kuasa besar dunia. Penulis juga berkesempatan menjejak
bekas empayar Soviet Union yang diterajui oleh Rusia. Ketika menyaksikannya seolah-olah saya sedang di bawa oleh Al Quran bergerak menyaksikan hari-hari yang Tuhan pergilirkan dikalangan manusia. 


Satu ketika dahulu empayar Soviet Union (USSR) sangat digeruni.
Empayar Soviet Union (USSR) yang pernah mendominasi Timur dan Barat. Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat. Rusia merupakan negara pecahan dari Uni Soviet. Dahulunya negara ini bernama Uni Soviet. Namun setelah Uni Soviet runtuh, namanya berubah menjadi Rusia. Rusia adalah sebuah negara yang yang membentang luas di sebelah timur Eropa dan utara Asia dengan luas wilayah 17.075.400 km2. Dengan luas wilayah ini negara Rusia adalah negara terbesar di dunia. 

Negara Rusia memiliki dua kali luas Amerika Syarikat, atau dua kali wilayah Republik Rakyat Cina dan dua kali luas wilayah Kanada. Negara Rusia memiliki jumlah penduduk terbanyak ketujuh di dunia. Jumlah ini lebih kecil dibandingkan jumlah penduduk enam negara yang terbesar jumlah penduduknya, iaitu Cina, India, Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil dan Pakistan.
Penduduk Rusia sekitar 63-66% memeluk agama kristen, ini menjadi agama yang paling dominan di Rusia dari total jumlah penduduk yang ada. Adapun agama Islam adalah agama terbesar kedua di Rusia dengan presentase 5-6% atau sekitar 15-20 juta jiwa. Agama lain yang ada di Rusia antara lain ialah: Protestan, Yahudi, Katolik dan Budha. Agama yang dipeluk biasanya tergantung dengan etnis dimana ia dilahirkan.


Empayar Barat yang dikepalai oleh Amerika Syarikat yang mendominasi Timur dan Barat hingga hari ini. Namun keadaan Amerika Syarikat sekarang Ibarat Singa tua. Barat itu sendiri
di ambang maut. Kini empayar akan beralih dari Barat ke Timur. Dunia kini sedang menyaksikan satu peralihan kuasa empayar. Tuhan sedang mempersiapkan Timur menjadi empayar, tapaknya di Malaysia. Ertinya Malaysia akan menerajui empayar atas nama Islam. Ia akan dipimpin oleh bangsa Melayu. Namun kita merasa cemas selepas pilihanraya ke14. Suasana negara seperti tidak mendokong kebangkitan Islam.Tuhan lakukan perubahan dengan memproses hati kita terlebih dahulu. Dalam Islam proses roh atau insaniah, Tuhan turunkan wahyu selama 13 tahun. Wahyu tersebut dinamakan Makkiah. Pembangunan maddiah hanya berlaku 10 tahun dinamakan ayat madaniah.


Jiwa Rasulullah SAW merangkumi banyak akhlak mulia, seperti sifat malu, mulia, berani, menetapi janji, ringan tangan, cerdas, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, berperangai baik, jujur, pandai menjaga diri, senang menyucikan diri, dan berjiwa bersih.
Ibnu Qayyim menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggabungkan takwa kepada Allah dan sifat-sifat luhur. Takwa kepada Allah SWT dapat memperbaiki hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya, sedangkan akhlak mulia dapat memperbaiki hubungannya dengan sesama makhluk Allah SWT. Jadi, takwa kepada Allah SWT akan melahirkan cinta seseorang kepada Allah dan akhlak mulia dapat menarik cinta manusia kepada baginda SAW.
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran." (HR Muslim).
Sungguh, jawapan Aisyah ini singkat, namun penuh makna. Aisyah menyifatkan Rasulullah SAW dengan satu sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada. Memang tepat, akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.
Allah SWT berfirman, "... Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus ..." (Surah Al-Israa ': 9).
"(Yang) memberi petunjuk kepada (jalan) yang paling lurus ..." (Surah Al-Jinn: 2).
Akhlak beliau adalah Al-Quran; kitab suci umat yang disifati dengan firman Allah, "... tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah:2).


Pada masa permulaan dakwah Islam, Nabi Muhammad SAW tidak hanya membina sisi tauhid, tetapi juga membina sendi dan tiang akhlak mulia. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sungguh, aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR. Baihaqi dan Al-Hakim).
Anas RA berkata, "Sungguh, Rasulullah SAW benar-benar manusia dengan akhlak yang paling mulia. (HR Bukhari-Muslim).Anas juga berkata, "Selama sepuluh tahun aku berkhidmat kepada beliau (Rasulullah), aku tidak pernah mendengar beliau mengucapkan kata" Ah ", sebagaimana beliau tidak pernah mempersoalkan apa yang kau lakukan, 'Kenapa kamu melakukan ini? Atau' Bukankah seharusnya kamu mengerjakan seperti ini? " (HR Bukhari-Muslim).


Artikal ini bukan biografi Rasulullah SAW, kerana "Manusia Agung" itu terlalu besar untuk membingkainya dalam ruang tulisan artikal yang sempit. Ini bukanlah dokumen sejarah yang mengupas sejarah kehidupan beliau sebagai mana dalam buku berjilid-jilid
dalam karangan yang panjang lebar. Tulisan ini juga bukan sebuah narasi yang dibuat pengarang-pengarang berbakat seperti yang kuta pernah membaca buku-buku yang sedia ada.
Sebenarnya, itu semua belum cukup. Bahkan tidak pernah akan cukup memaparkan satu sisi saja dari kehidupan Baginda SAW. Kesuksesan sebuah kesempurnaan sejati yang ditorehkan oleh Baginda "Penyelamat umat manusia" itu memang terlalu memukau untuk dilukiskan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N