Langkau ke kandungan utama

HATI MENJADI TENANG



PENGILAP HATI.
الذين آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ
بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“iaitu orang-orang yang beriman yang menenangkan hati mereka dengan mengingati Allah. Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)


“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah selain dan hanya zikrullah. Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya)?.” Jawab Rasulullah: “(Tidak) Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”
(Hadith riwayat Baihaqi)


Sejarah telah mencatatkan bahkan tertulis dalam Kitabullah Al-Quran kisah Nabi Ayub a.s. Bagaimana dengan Zikrullah, ia terus mengekalkan nyawa baginda a.s. walaupun diuji dengan sakit yang hanya lidah dan hatinya sahaja yang tidak dimakan ulat. Marilah kita bayangkan betapa beratnya ujian keatas kekasih Allah ini. Satu jasad yang semuanya dimakan ulat, tapi ada dua sahaja yang tidak disentuhnya. Iaitu hati dan lidahnya, yang memang diminta oleh Nabi Ayub agar dapat menyebut dan memuji Allah dengan mengingati dengan hatinya.


Setiap manusia di akhirat kelak tiada seorang pun boleh mengatakan bahawa mereka lebih berat ujian dan dugaan hidupnya melebihi para kekasih Allah. Jika dia orang kaya atau pembesar yang zalim, dia berkata kerana kekayaan dan kuasa merosakkan dirinya, maka Allah menjawab bahawa Nabi Sulaman a.s. diberikan kekuasaan timur dan barat, bahkan setiap makhluk di bumi taat dan patuh kepadanya termasuk para jin. Malah dia paling bertaqwa di zamannya. 

Begitu juga jika seseorang berkata bahawa dengan kemiskinan atau kesusahan merosakkan dan menjauhkan dirinya daripada Allah, hampir semua para Nabi dan Rasul diuji dengan kesusahan hidup mereka. Dan jika ada yang berkata bawah dengan sakit itu menjauhkan dirinya daripada Allah, maka Allah berkata lihatlah kepada kekasih-Nya Nabi Ayub, yang tinggal hati dan lidahnya sahaja namun baginda tetap taat dan patuh kepada Allah swt.


Iman adalah pemangkin, ubat, vitamin, penguat, hiburan manusia.
Iman adalah jawapan bagi setiap permasalahan. Iman inilah yang ada pada Nabi Ayub dalam menerima kesakitan yang ditimpa kepadanya. Iman yang membuatkan para sahabat tidak merasa sakit di saat jasad mereka luka di jalan Allah. Saiyyidina Jaafar bin Abi Talib mencabut kedua belah tangannya ketika perang setelah ditetak lawannya, ke-imanannya telah memenuhi hatinya hingga sakit tidak beri kesan pada dirinya.


Umat Islam di akhir zaman telah hilang sesuatu yang paling berharga.
Ya. Iman adalah perkara yang telah hilang daripada manusia. Iman yang menjadi pemangkin ketika susah mahupun senang, ketika di atas mahupun di bawah, inilah benteng dan senjata hidupnya. Namun inilah yang sudah hilang. Maka tidak hairanlah, sakit sedikit dirasakan berat, susah sedikit sudah hilang sabar, diuji mudah melatah, dapat nikmat lupa diri, berkuasa menzalimi, kaya sombong dan 1001 lagi masalah yang melanda.
Marilah kita membangunkan iman dalam diri kita. Iman adalah segalanya. Iman membezakan darjat manusia di sisi Allah swt. Iman adalah sumber bantuan Allah. Iman penyelamat dunia dan akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N