Langkau ke kandungan utama

ROH IBARAT SUIS ELEKTRIK.


(Roh ibarat suis kehidupan).

Roh itu adalah unsur ketiga dalam susunan tubuh manusia.
Roh itu ibarat seorang penyiar
yang berdiri di hadapan mikrofon. Jiwa ibarat gelombang yang halus dan bergerak. Tubuh ibarat alat yang berbicara (TV atau radio).
Namun begitu boleh kita katakan: Sesungguhnya roh itu adalah faktor hidup yang menerangi jiwa sehingga ia dapat merasa, marah, kasih
dan bergerak serta bertanggungjawab. Roh itu tidak ubahnya seperti suis elektrik yang mengirim kekuatan kepada atom elektrik untuk dapat melaksanakan tugasnya memberi dan mengeluarkan cahaya kepada lampu.


Sekiranya wayar tidak berfungsi dan lampu-lampunya telah habis kekuatannya, maka pengiriman
arus elektrik dari suis tidak akan menghasilkan cahaya. Roh itulah yang membuat adanya hidup sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu.
(Al Baqarah 2:28).
Kita berasal daripada tidak ada, kemudian Allah menjadikan Adam daripada benda, lalu Dia memberinya roh dan dia pun hidup di alam benda. Dan, alam benda ini mempunyai kesempatan seperti kesempatan magnetis dalam ilmu pertukangan. Dalam kesempatan inilah terbinanya kehidupan berfikir. Meskipun manusia memikul tanggungjawab untuk memilih dan berfikir, itu adalah kerana memang mereka diberi kesempatan.


HUBUNGAN ROH DAN JASAD.
Sebagai mana kita telah nyatakan diatas unsur-unsur yang ada dalam diri manusia satu sama lain saling mempengaruhi. Ia mencorak
dalam kehidupan seseorang. Unsur jasmani yang tersusun daripada sejumlah anggota tubuh, urat-urat dan sel, kemudian unsur yang tidak dapat dilihat atau maknawi yang mendorong dan menggerakkan anggota tubuh untuk melakukan apa jua tindakan zahiriah. Terakhir unsur roh yang merupakan faktor hidup yang menerangi jiwa.
Sesungguhnya tubuh itu alat, sedangkan jiwa atau nafsu itu satu jalan yang halus untuk bergerak, sementara roh itu menyebabkan hidup. Semua gejala yang luar biasa harus ditafsirkan melalui roh. Nafsu itu faktor yang terpenting dalam fenomena yang disamakan oleh kebanyakan orang kepada roh atau arwah.


Rahsia keajaiban roh adalah penerokaan ke alam diri iaitu tentang sejolak hati manusia. Hati manusia yang sering berbolak-balik berhadapan cabaran hidup, kadang runtuhan hati kepada tuannya longgar, terkadang kuat.Keadaan tidak konsisten malah menyebabkan selalunya hati hanya didalam gelombang kederhakaan dan kemurkaan Allah SWT. Berhubungan situasi ini marilah kita dapatkan bimbingan daripada guru mursyid yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah.Bagaimana hati itu dapat diletakkan di dalam suasana"Mut'mainah" yang bermaksud dalam ketenangan.
Di dalam suasana inilah hati itu boleh bertarrub kepada Allah
semahunya meskipun ada halangan dari nafsu dan syaitan.


Martabat hati di tahap ini dapat menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah dan duduk bersama-sama para solihendan Anbiya' 'Walmursalin'.Kita perlukan bimbingan guru mursyid untuk memiliki hati yang demikian. Guru akan membimbing hati kita secara praktikal. Contoh kalau dia dapati kita bakhil, dia akan sering meminta kita menganjurkan bersedekah seperti menjamu masyarakat, membantu orang yang memerlukan bantuan keuwangan atau makanan dan sebagainya. Minta kita buat tebusan dosa dengan menolong orang lain yang memerlukan.


Menurut pendapat sebahagian ulama sufi atau ulama kerohanian, hati itu tidak ubah seperti objek dan sasaran anak panah dari segala penjuru atau seumpama yang digantungkan didinding yang setiap gambar terpampang padanya jika ia berlalu dihadapannya.
Gambar-gambar ini masuk dari pintu-pintu deria atau dari batin seperti melalui khayalan, syahwat, kemarahan dan akhlak.Kerana itulah kita dapati hati itu dapat berubah-ubah. Inilah yang dinamakan lintasan hati dan sebahagian daripada getaran atau lintasan itu mengajak kepada kebaikan dan sebahagian mengajak kepada kejahatan.
Bisikan yang baik itu dinamakan ilham; sementara bisikan yang jahat itu dinamakan was-was.


Kita mungkin akan terpengaruh
kepada salah satu yang dua ini.
Itulah sebabnya hati kita sentiasa berubah-ubah.Dan siapa yang berpaling daripada yang demikian itu, lalu dia membersihkan dirinya, maka ia akan beruntung kerana akan memiliki seperti akhlak dan hati malaikat. Jika dorongan untuk berbuat baik lebih kuat di hati seseorang, maka dorongan untuk berbuat  kejahatan akan kehilangan tempat. Kedua-dua dorongan ini sentiasa bertempur antara satu sama lain, saling usir mengusir dan dahulu mendahului.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N