Langkau ke kandungan utama

13 MEI SEJARAH HITAM MALAYSIA.


DAP PERLU BELAJAR DARIPADA SEJARAH.


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Sejarah adalah guru yang terbaik. Sejarah adalah guru yang terbaik. Dari sejarah kita dapat panduan. Sejarah menjadi dacing pertimbangan untuk kita. Melaui sejarah kita termotivasi untuk berbuat. Melalui sejarah yang kita hayati membantu menyuburkan cita-cita kita. 

Apabila keamanan negara  terancam tiada siapa yang untung. Semua peringkat masyarakat rasa terancam. Keamanan yang dikecapi dan di nikmati Tuhan tarik. Maka tinggallah kita dalam suasana yang selalu cemas.
Perjuangan Islam adalah selamat dan menyelamatkan.

Kerana yang kita perjuangkan adalah agama keselamatan. Iaitu agama yang selamat dan menyelamatkan. Perjuangan tersebut bukan hanya slogan. Bukan hanya waktu kempen semasa pilihanraya. Bukan hanya seminar dan bukan kertas kerja sahaja. Perjuangan bukan hanya disekitar dewan, pentas, bilik perbincangan dan padang perhimpunan.

Tertegaknya agama Islam yang selamat dan menyelamatkan adalah hasil perlaksanaan yang diusahakan sungguh-sungguh.Inilah yang telah dilagang oleh Rasulullah SAW dan Para sahabat. Hasilnya Islam diterima dan tersibar keseluruh penjuru dunia.

Untuk kita mengulanginya lagi perlu merujuk tindakan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Hingga sampai tertegaknya kehidupan yang aman dan damai. Bertepatan dengan agama Islam itu adalah selamat dan menyelamatkan. Bagitu juga sebagai rasa bersyukur yang sedang masyarakat di Malaysia mengecapinya, kita sama-sama menjaga keamanan dan mengekalkannya. Tetapi bila kita tidak bersyukur di atas nikmat tersebut boleh saja Tuhan tarik balik. Contoh apabila kita mainkan isu Icerd, kita sendiri telah menyaksikan kesannya.
Memperjuangkan Islam tidak sama dengan memperjuangkan ideologi ciptaan otak manusia.

Apakah anak kunci memperjuangkan Islam? Anak kuncinya atau rahsianya ialah kerana masyarakat dididik untuk menjalankan cara hidup Islam atas dasar patuh dan taat pada Allah SWT. Itulah iman. Dengan iman, manusia akan mampu melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.

Sebab iman itu ialah rasa hati  yang sangat cinta dan takut pada Allah SWT. Bila hati sudah cinta, manusia akan rela buat apa saja untuk yang dicintai.
Bila hati sudah takut, manusia tidak berani lagi menderhakai yang ditakutinya itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N