Langkau ke kandungan utama

RAWATAN PENYAKIT JIWA.


PENYAKIT JIWA PERLUKAN
RAWATAN SERIUS.


Maksudnya: Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak
berguna lagi kecuali mereka
yang mengadap Allah membawa hati yang selamat
(Asy Syuara’: 8889)


Apakah mereka tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh
orang lain? Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa,kekosongan, rendah diri,
putus asa, hasad dengki,dendam,
pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu
akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain?
Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan
rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir.


Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan
kusut dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat.Telah datang
Nabi Muhammad SAW ke tengah
manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya.
Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia.


Institusi pertama yang
baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat dimana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan Tuhannya melalui sembahyang
dan ibadah-ibadah lain.
Rasulullah memandang keselamatan ,manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad
lahirnya. Sebab itu baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan baginda berjaya.


Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh
baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya mengapa kita
tidak mengikut jejak langkahnya?
Kita ubati dulu mazmumah dan krisis jiwa kita,ahli-ahli kita dan masyarakat kita.Kita ketengahkan pada
masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan
manusia pada fitrahnya.Kita contohkan
satu formula yang menjamin
kebahagiaan hati dan keselamatannya.
Kita perjuangkan kehidupan “sunnah” yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.



Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat
hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibu-bapa,pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan
majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita
berkasih-sayang, bertolak-ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong? Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta
agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya
dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih
kepada pertemuan dengan kekasihnya?


Islam mengajak kita menelek hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, saudara akan temui hati-hati saudara penuh
dengan “cahaya” kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan. Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N