Langkau ke kandungan utama

ERA JAHILIAH KEPADA ERA ISLAM.



ERA PERALIHAN HIDUP JAHILIAH KEPADA ISLAM.


Manusia sudah merasakan bosan dengan sistem jahiliah yang telah membakar hidup manusia di dunia lagi. Maka kita dapat lihat ada manusia yang telah memiliki segala-galanya namun tetap hidup dalam kecewa dan putus asa. Kini kita berada dizaman peralihan. Dunia dicorak oleh Barat sekian lama. Kini peralihan sedang berlaku kepada Timur. Satu era dimana wajah dunia sudah mula berubah. Bagi umat Islam bermulanya zaman  peralihan kepada empayar Islam. Melalui kebangkitan Islam adalah suatu permulaan kepada sebuah empayar Islam. Kini kebangkitan Islam berlaku dimana-mana sahaja.


Menurut pandangan Islam Jahiliah itu berasal daripada kata akar kata JAHILA dan kata terbitan JAHLUN atau JAHALATUN yang bererti bodoh dan sesal. Menurut Kamus  Al Marbawi. Menurut Kamus  Besar Arab Melayu Dewan, JAHALA dan kata terbitan JAHLAN.

Ia selaras dengan ayat dalam al Quran Surah  Al Hujurat 49:6.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
( Al Hujurat 49:6 ).

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;
( Al Ahzab 33:33).

Perubahan dan peralihan yang berlaku melalui gerakan dakwah dan kasih sayang. Masyarakat dunia kini sedang menyaksikan satu kebangkitan Islam yang melanda dunia.Masanya sudah tiba Umat Islam buat persiapan membangunkan satu empayar Islam? Hal inilah yang menjadi pokok perjuangan umat Islam era  sekarang, kerana sudah 700 tahun lamanya umat Islam tertindas dan tertekan. Kemuncak penindasan dan penzaliman  musuh terhadap umat Islam.


Kita sedang menyaksikan era jahiliah beralih kepada Islamik. Iaitu Islam is the way of life.Kini kita sedang menyaksikan kejatuhan Amerika Syarikat yang telah disebut didalam buku  "Barat di ambang maut". Sedangkan kuasa besar yang diketuai oleh Rusia lebih awal telah runtuh. Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur sedang Allah SWT persiapkan.


Malaysia sedang meneroka dunia baru Islam. Mejoriti negara-negara Islam yang lain menjadikan Malaysia sebagai rujukan. Sejak 700 tahun yang kedua itulah berlakunya vacuum dalam kepimpinan umat Islam.Zaman 700 tahun yang kedua, zaman inilah umat Islam berpecah belah dan zaman merosot iman. Zaman berlalu inilah disebut dalam hadis sebagai zaman fitnah. Zaman inilah rata-rata umat Islam mereka terlalu lemah iman hingga umat Islam terlibat dengan pelbagai perbuatan durjana, kemungkaran, kemaksiatan dan yang lebih dahsyat  ialah ada dikalangan umat Islam yang jatuh kufur dan sesat. Ibadah dan akhlak rosak dan musnah. Bilangan umat Islam saja yang ramai tetapi mudah dikeronyok oleh musuhnya. 


700 tahun lamanya berlaku zaman kejatuhan disebabkan umat Islam yang lemah iman kerana dipengaruhi dengan segala kemewahan dunia dan kekuasaan. Oleh kerana itu naik dan turunnya berlaku dalam jarak masa yang sama. Maka bolehlah kita mengandaikan yang inilah masanya Islam akan bangkit semula.Islam adalah agama Allah. Oleh yang demikian Allah lah yang menjamin kemenangannya diatas segala-galanya. Allah SWT tetap akan memelihara agama ini dan Dia pasti akan menjamin kegemilangannya berulang kembali sebelum dunia di Kiamatkan. 


Jadi, kalau umat Islam dapat meneliti sejarahnya, samada sejarah masyarakatnya, sejarah pemerintahannya mahupun sejarah jatuh bangunnya dari dulu hingga sekarang serta yang akan berlaku di masa depannya,umat Islam boleh membawa satu sikap dan pendirian yang tepat dan betul. Kerana, kalau kita lihat di dalam sejarah perjuangan umat Islam, walaupun ada peristiwa-peristiwa yang negatifnya, namun berlaku dicelah-celahnya perkara yang positif, iaitu yang berlaku kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Dan sehingga ke hari ini, sudah berlalu 14 kurun,. Dan kita kini berada dipenghujung kurun ke 14. Ertinya sudah 14 orang mujaddid yang berlalu. Bermula dari Saidina Umar Abdul Aziz di kurun Hijrah pertama dan Fata At Tamimi Mujaddid kurun ke 14. Kini peralihan sedang berlaku. Pemuda Bani Tamim akan mengiringi Mujaddid terakhir iaitu Mujaddid yang ke 15 iaitu Imam Mahdi. Inilah yang di maksudkan zaman peralihan.Pastinya dia akan muncul dan mungkin telah ada di tengah-tengah umat Islam ini.
Firman Allah SWT:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٰهِهِمْ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَٰفِرُونَ
Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”
(As Saaf 61:8).

Andainya kalau kita mengira bahawa inilah zamannya yang Islam akan bangkit buat kali kedua, maka tepatlah seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Ketika nabi bersama sahabatnya nabi telah bercerita pasal perjalanan dunia ini hingga proses kiamat, “zaman umatku  terbahagi kepada 5 fasa kerangka masa”;
Fasa (خلافة على منهاج النبوة ).
Masa kenabian itu ada ditengah2 kalian (khilafah ala minhaj an nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudiaan dia mengangkatnya apabila dia  menghendakki utk mengangkatnya. Fasa ini ketika fasa nabi masih hidup. Fasa sudah pun berlalu.
Fasa 2:(خلفاء الراشدين).
Selanjutnya adalah masa khalifah yang mengikut jejak kenabian.adanya atas kehendak Allah, kemudian dia mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya.Fasa ini Islam diperintah oleh 4 khulafa Rashidin. Fasa ini pun sudah berlalu..
Fasa 3 (ملكا عضا).
Selanjutnya masa kerajaan yg mengigit (mulkhan adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila ia menghendakki utk mengangkatnya.Mengigit maksud hadis adalah mereka yg menyerah kuasa kepada keturunan mereka sahaja. Fasa adalah semasa pemerintahan Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniah yg berkuasa mengguna sistem monarki. Fasa ini juga sudah pun berlalu..
Fasa 4 (ملكا جباريا).
Fasa itu masa kerajaan yg menyobong (mulkan jabbariyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila ia menghendakki untuk mengangkatnya.Fasa di perintah oleh pemerintah yg sombong dan bermaharajalela. Fasa ini berada dizaman sekarang.
Fasa 5 (خلافة على منهاج النبوة)
Selanjutnya adalah masa Khilafah yg mengikut jejak kenabian (khilafah ala minhaj an nubuwwah).Fasa ini yang kita tempuhi masa akan datang sehingga berlaku kiamat. Fasa 5 ini dunia akan diperintah kembali dengan cara Nabi mengikut syariat Islam.
Satelah habis bercerita fasa 5 tiba-tiba Nabi diam.Diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.Rasulullah pernah mengingatkan yang umatnya yg hidup fasa 4 ini akan datang satu fitnah. Fitnah ini adalah satu fitnah yg besar sekali dalam sejarah manusia..Itulah fitnah Al Masih Dajjal.
Dajjal tidak datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 berada dalam kekuasaan orang Islam yang beriman. Dajjal juga tidak datang selepas fasa ke 5 kerana sejarah tamaddun manusia sudah tamat utk menuju akhirat.
Hanya dalam fasa 4 peluang ini digunakan oleh iblis untuk mengumpul seramai
manusia untuk menjadi teman
di nerakanya.
Fasa 4 inilah dimana kita BERADA SEKARANG. Kita kini berada dizaman peralihan.
Zaman kegemilangan Islam telah berlalu selama 700 tahun. Diwaktu itulah Islam menjadi empayar. Selepas itu umat Islam masuk zaman kejatuhannya hingga kehari sudah mencapai 700 tahun juga. Dizaman tujuh ratus tahun kedua ini kita menyaksikan umat Islam berpecah belah hinggalah dijajah. Di era inilah ada umat Islam yang berjaya menghalau penjajah namun mereka meneruskan fahaman yang ditinggalkan oleh penjajah.
Kita di zaman fasa 4 ini berpeluang utk menyaksikan turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahadi untuk memimpin semula umat Islam akhir zaman yg akan memindahkan kita dari fasa 4 ini ke fasa 5 seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia. Walaupun kita mendapat pemimpin akhir zaman orang kafir tetap ada akan melawan kebangkitan Islam.
Allah memberi pemimpin mereka iaitu Dajjal. Kehebatan Dajjal bakal menggoyangkan iman orang Islam pada masa itu.Pada zaman Nabi Isa manusia akan kembali beriman dan Allah akan jadikan dunia ini berkat. Tidak ada kecurian hingga rumah yg ditinggalkan tidak akan dimasuki pencuri kerana manusia kembali beriman kepada Allah. Nabi Isa akan dianugerahkan teknologi yg canggih sekali dari apa yg ada hari ini dan sangat pantas sebagai janji Allah jika manusia taat kepada Allah ia akan keluarkan rezeki dari perut bumi dan langit.
Tapi kehidupan ini hanya untuk selama 40 tahun saja. Dipenghujung dunia ini akan sampai masa pintu taubat ditutup dan segala ratapan tidak akan diambil kira lagi oleh Allah.
Beruntung kerana dapat bersama nabi Isa tapi mampukah kita melawan dajjal…Dugaan ini sungguh besar paling besar dalam sejarah manusia dari nabi Adam………
Dunia ini sudah lama perjalanannya sejak dari Nabi Adam lagi.Sehingga kini ia telah pun mencapai penghujungnya setelah bertemu dengan Rasul terakhir Muhammad saw. Waktu penghujung ini diperincikan dengan memecahkan kepada 5 fasa. Sekarang ini hampir mencapai 4 fasa.
Dunia ini hanya tinggal 1 fasa lebih untuk menutup sejarah tamadun manusia. nabi pun sudah lama meninggalkan kita 1445 tahun, masa yg cukup lama apatah lagi umur dunia sejak Adam.
Semua fasa2 yang nabi gambarkan tersebut memang benar-benar berlaku. Tinggal 1 fasa lebih lagi yg  belum berlaku, pasti akan berlaku tapi tarikhnya hanya boleh diamati sudah tua sangat dunia ini yang pasti kiamat pasti berlaku…. rukun iman..











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…