Langkau ke kandungan utama

ERA ZAMAN PERALIHAN.


ERA ZAMAN PERALIHAN KUASA BARAT KE TIMUR.
Kita kini berada dizaman peralihan. Dunia dikuasai oleh Barat dan kini peralihan kepada Timur. Satu era dimana wajah dunia akan berubah. Bagi umat Islam bermulanya zaman  peralihan kepada dunia Islam. Kebangkitan Islam berlaku melalui gerakan dakwah bukan melalui politik ala Barat.
Apakah kini sudah tiba masanya
umat Islam membangunkan satu empayar Islam? Hal inilah yang menjadi pokok perjuangan
umat Islam era  sekarang, kerana sudah 700 tahun lamanya umat Islam tertindas dan tertekan. Kemuncak penindasan dan penzaliman  musuh terhadap umat Islam. Kini kita sedang menyaksikan kejatuhan Amerika Syarikat yang telah disebut didalam buku  "Barat di ambang maut".
Sedangkan kuasa besar yang diketuai oleh Rusia lebih awal telah runtuh.
Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur sedang Allah SWT persiapkan.
Malaysia sedang meneroka dunia baru Islam. Mejoriti negara-negara Islam yang lain menjadikan Malaysia sebagai rujukan. Sejak 700 tahun yang kedua itulah berlakunya vacuum dalam kepimpinan umat Islam.
Zaman 700 tahun yang kedua, zaman inilah umat Islam berpecah belah dan zaman merosot iman. Zaman berlalu inilah disebut dalam hadis sebagai zaman fitnah. Zaman inilah rata-rata umat Islam mereka terlalu lemah hingga umat Islam terlibat dengan pelbagai perbuatan durjana, kemungkaran, kemaksiatan dan yang lebih dahsyat  ialah ada dikalangan umat Islam yang jatuh kufur dan sesat. Ibadah dan akhlak rosak dan musnah.
Bilangan umat Islam saja yang ramai tetapi mudah dikeronyok
oleh musuhnya. 700 tahun lamanya berlaku zaman kejatuhan disebabkan umat Islam yang lemah kerana dipengaruhi dengan segala kemewahan dunia dan kekuasaan. Oleh kerana itu naik dan turunnya berlaku dalam jarak masa yang sama. Maka bolehlah kita mengandaikan yang inilah masanya Islam akan bangkit semula.
Islam adalah agama Allah. Oleh yang demikian Allah lah yang menjamin kemenangannya diatas segala-galanya. Allah SWT tetap akan memelihara agama ini dan Dia pasti akan menjamin kegemilangannya berulang kembali sebelum dunia di Kiamatkan.
Jadi, kalau umat Islam dapat meneliti sejarahnya, samada sejarah masyarakatnya, sejarah pemerintahannya mahupun sejarah jatuh bangunnya dari dulu hingga sekarang serta yang akan berlaku di masa depannya,
umat Islam boleh membawa satu sikap dan pendirian yang tepat dan betul. Kerana, kalau kita lihat di dalam sejarah perjuangan umat Islam, walaupun ada peristiwa-peristiwa yang negatifnya, namun berlaku dicelah-celahnya perkara yang positif, iaitu yang berlaku kerana rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Dan sehingga ke hari ini, sudah berlalu 14 kurun,. Dan kita kini berada dipenghujung kurun ke 14. Ertinya sudah 14 orang mujaddid yang berlalu. Bermula
dari Saidina Umar Abdul Aziz di kurun Hijrah pertama dan Fata At Tamimi Mujaddid kurun ke 14. Kini peralihan sedang berlaku. Pemuda Bani Tamim akan mengiringi Mujaddid terakhir iaitu Mujaddid yang ke 15 iaitu Imam Mahdi. Inilah yang di maksudkan zaman peralihan.
Pastinya dia akan muncul dan mungkin telah ada di tengah-tengah umat Islam ini.
Firman Allah SWT:
يُرِيدُونَ لِيُطْفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفْوَٰهِهِمْ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَٰفِرُونَ
Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”
(As Saaf 61:8).
Andainya kalau kita mengira bahawa inilah zamannya yang Islam akan bangkit buat kali kedua, maka tepatlah seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Ketika nabi bersama sahabatnya nabi telah bercerita pasal perjalanan dunia ini hingga proses kiamat, “zaman umatku  terbahagi kepada 5 fasa kerangka masa”;
Fasa (خلافة على منهاج النبوة ).
Masa kenabian itu ada ditengah2 kalian (khilafah ala minhaj an nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudiaan dia mengangkatnya apabila dia  menghendakki utk mengangkatnya. Fasa ini ketika fasa nabi masih hidup. Fasa sudah pun berlalu.
Fasa 2:(خلفاء الراشدين).
Selanjutnya adalah masa khalifah yang mengikut jejak kenabian.adanya atas kehendak Allah, kemudian dia mengangkatnya apabila dia hendak mengangkatnya.Fasa ini Islam diperintah oleh 4 khulafa Rashidin. Fasa ini pun sudah berlalu..
Fasa 3 (ملكا عضا).
Selanjutnya masa kerajaan yg mengigit (mulkhan adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila ia menghendakki utk mengangkatnya.Mengigit maksud hadis adalah mereka yg menyerah kuasa kepada keturunan mereka sahaja. Fasa adalah semasa pemerintahan Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniah yg berkuasa mengguna sistem monarki. Fasa ini juga sudah pun berlalu..
Fasa 4 (ملكا جباريا).
Fasa itu masa kerajaan yg menyobong (mulkan jabbariyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila ia menghendakki untuk mengangkatnya.Fasa di perintah oleh pemerintah yg sombong dan bermaharajalela. Fasa ini berada dizaman sekarang.
Fasa 5 (خلافة على منهاج النبوة)
Selanjutnya adalah masa Khilafah yg mengikut jejak kenabian (khilafah ala minhaj an nubuwwah).Fasa ini yang kita tempuhi masa akan datang sehingga berlaku kiamat. Fasa 5 ini dunia akan diperintah kembali dengan cara Nabi mengikut syariat Islam.
Satelah habis bercerita fasa 5 tiba-tiba Nabi diam.Diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.Rasulullah pernah mengingatkan yang umatnya yg hidup fasa 4 ini akan datang satu fitnah. Fitnah ini adalah satu fitnah yg besar sekali dalam sejarah manusia..Itulah fitnah Al Masih Dajjal.
Dajjal tidak datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 berada dalam kekuasaan orang Islam yang beriman. Dajjal juga tidak datang selepas fasa ke 5 kerana sejarah tamaddun manusia sudah tamat utk menuju akhirat.
Hanya dalam fasa 4 peluang ini digunakan oleh iblis untuk mengumpul seramai
manusia untuk menjadi teman
di nerakanya.
Fasa 4 inilah dimana kita BERADA SEKARANG. Kita kini berada dizaman peralihan.
Zaman kegemilangan Islam telah berlalu selama 700 tahun. Diwaktu itulah Islam menjadi empayar. Selepas itu umat Islam masuk zaman kejatuhannya hingga kehari sudah mencapai 700 tahun juga. Dizaman tujuh ratus tahun kedua ini kita menyaksikan umat Islam berpecah belah hinggalah dijajah. Di era inilah ada umat Islam yang berjaya menghalau penjajah namun mereka meneruskan fahaman yang ditinggalkan oleh penjajah.
Kita di zaman fasa 4 ini berpeluang utk menyaksikan turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahadi utk memimpin semula umat Islam akhir zaman yg akan memindahkan kita dari fasa 4 ini ke fasa 5 seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha iblis di peringkat terakhir zaman manusia. Walaupun kita mendapat pemimpin akhir zaman orang kafir tetap ada akan melawan kebangkitan Islam.
Allah memberi pemimpin mereka iaitu Dajjal. Kehebatan Dajjal bakal menggoyangkan iman orang Islam pada masa itu.Pada zaman Nabi isa manusia akan kembali beriman dan Allah akan jadikan dunia ini berkat. Tidak ada kecurian hingga rumah yg ditinggalkan tidak akan dimasuki pencuri kerana manusia kembali beriman kepada Allah. Nabi Isa akan dianugerahkan teknologi yg canggih sekali dari apa yg ada hari ini dan sangat pantas sebagai janji Allah jika manusia taat kepada Allah ia akan keluarkan rezeki dari perut bumi dan langit.
Tapi kehidupan ini hanya untuk selama 40 tahun saja. Dipenghujung dunia ini akan sampai masa pintu taubat ditutup dan segala ratapan tidak akan diambil kira lagi oleh Allah.
Beruntung kerana dapat bersama nabi Isa tapi mampukah kita melawan dajjal…Dugaan ini sungguh besar paling besar dalam sejarah manusia dari nabi Adam………
Dunia ini sudah lama perjalanannya sejak dari Nabi Adam lagi.Sehingga kini ia telah pun mencapai penghujungnya setelah bertemu dengan Rasul terakhir Muhammad saw. Waktu penghujung ini diperincikan dengan memecahkan kepada 5 fasa. Sekarang ini hampir mencapai 4 fasa.
Dunia ini hanya tinggal 1 fasa lebih untuk menutup sejarah tamadun manusia. nabi pun sudah lama meninggalkan kita 1445 tahun, masa yg cukup lama apatah lagi umur dunia sejak Adam.
Semua fasa2 yang nabi gambarkan tersebut memang benar-benar berlaku. Tinggal 1 fasa lebih lagi yg  belum berlaku, pasti akan berlaku tapi tarikhnya hanya boleh diamati sudah tua sangat dunia ini yang pasti kiamat pasti berlaku…. rukun iman..








Ulasan

  1. Ya shaikh!! Amirul mukminim terakhir Nabi a. s sebelumnya adalah Muhammad b Abdullah a. s. Amirul mukminim bukan
    nya seorang mujaddid.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N