Langkau ke kandungan utama

Catatan

XPDC AJAIB.

IBNU BATTUTAH PENJELAJAH LUAR BIASA. (Abuya menjejak tradisi orang Soleh). Ibnu Battutah seorang yang berjiwa besar. Keimanannya yang kental mendorongnya ingin menunaikan haji. Tepat dengan ajaran yang ALLAH menyebutkan iman terlebih dahulu, sebagai syarat bahwa amalan yang diawali atau didorong dengan iman sajalah yang akan dinilai.Ibnu Battutah nama penuh beliau ialah Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah IbnMuhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji  Tokoh Muslim Sunni. Beliau dilahirkan di Tangier, pada 24 Februari  1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan  1372 Masihi. Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah menjadi sebagai Qadi. Ibn Battutah terkenal sebagai penjelajah dan pengembara serta  menulis menge...

IMAN ADALAH AMALAN HATI.

PERJUANGAN IMAN. Islam adalah amalan lahir, Iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Hal ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. ALLAH menjanjikan keuntungan tertentu hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal. Firman ALLAH SWT: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh" [Al 'Asr: 1-3] Perjuangan iman ialah perjuangan memberikan manusia Tuhan. Yakinkan kepada manusia adanya kehidupan selepas dunia ini.Itulah kehidupan Akhirat.Pada Abuya Imam Ashaari At Tamimi, berjuang mendapatkan ilmu bukan untuk menjadi pengetahuan yang dibanggakan, diperdebatkan dan dijadikan alat untuk mencari keuntungan duniawi tetapi ilmu untuk menebalkan iman. Ilmu me...

POLITIK MENURUT ISLAM.

SUASANA PRU 14 9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Dan Cuti Umum Tambahan Sempena PRU14 Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengumumkan bahawa tarikh 9 Mei 2018 (Hari Rabu) adalah cuti peristiwa khas untuk semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi PRU Kerajaan mengisytihar kan  9 Mei 2018 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Menurut Pejabat Perdana Menteri, ianya bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan tarikh hari mengundi PRU14 adalah merupakan hari bekerja. BANGI, 23 Syaaban 1439 H, Rabu  – Setakat jam 12 tengah hari ini, proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekitar kawasan Parlimen Bangi dan Hulu Langat berjalan dengan lancar. Kelihatan seawal jam 7.30 lagi, pengundi mula beratur panjang, walaupun pusat mengundi hanya dibuka pada jam 8 pagi. Cuaca cerah sejak pagi tadi memberi peluang...

KINI GILIRAN ISLAM.

ERA SALAFUSSOLEH. Para salafussoleh berada di kedudukan yang tinggi dan domenan berbanding kaum kaum yang lain kerana mereka adalah orang-orang Allah SWT. Allah SWT menaungi mereka. Ini adalah kerana mereka bencikan kemulian dan keuntungan dunia. Maka dunia ini selamat ditangan mereka. Seluruh kehidupan dunia ini adalah alat tidak lebih daripada itu menuju Allah SWT dan bekalan Akhirat.Maksud firman Allah SWT: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi. ( An Nur 24:55 ). Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaiki hubungan dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan nya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya terang terangan).. (Riwayat Al Hakim ). Masyarakat salafussoleh tak merusakkan kesan tinggalan purba. Tetapi mengaj...

EMPAYAR PARSI.

EMPAYAR JAHILIAH PARSI. Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran(secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun  1935  telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi. MEMBENTERAS J AHILIAH Jahiliah secara harpiah bererti bodoh, sesat, biadap, dungu, tidak mengetahui, tidak berilmu, keliru atau melakukan sesuatu tanpa pengertian dan pengetahuan. Tanggapan umum pula, jahiliah ialah keadaan yang berlaku sebelum kedatangan I...

EMPAYAR ROM.

EMPAYAR JAHILIAH ROM BARAT. Empayar Rom Barat merujuk kepada separuh bahagian barat Empayar Rom, bermula sejak pembahagiannya oleh Diocletian  pada tahun 285; separuh bahagian lagi adalah Empayar Rom Timur, yang pada hari ini dikenali sebagai Empayar Byzantine. Inilah sistem yang sedang kita laksanakan dan jayakan bersama sekarang ini. Hasilnya, melalui pengalaman kita bersama juga, kita telah membuat kesimpulan bahawa meletakkan manusia sebagai hina atau mulia melalui miskin atau kayanya mereka adalah tidak patut, tidak adil dan tidak logik.  Sebabnya: Ia mewujudkan jurang yang memisahkan orang miskin dan tidak berpangkat dengan orang kaya dan berpangkat. Jurang ini juga membiakkan rasa tidak hormat-menghormati dan saling tidak percaya-mempercayai antara kedua-dua golongan. Maka hidup suburlah sifat hasad dengki dan dendam kesumat di dalam jiwa kedua pihak. Akibatnya, sepertimana yang kita saksikan hari ini, masyarakat dipenuh...

PENGERTIAN MASYARAKAT JAHILIAH.

BENARKAH MASYARAKAT JAHILIAH MASIH WUJUD. BENARKAH jahiliah masih membelenggu pemikiran dan pengalaman umat Islam masa kini? Apakah kita faham pengertian jahiliah dalam erti kata sebenarnya? Jahiliah adalah perkara penting untuk kita fahami kerana ia musuh Islam sepanjang masa. Kehidupan jahiliah terus membelenggu kehidupan manusia, yang berada dalam rumah, ditengah masyarakat atau di mana-mana sahaja . Pastinya orang yang hidup dalam zaman moden dan serba canggih hari ini mengakui dirinya Islam tetapi secara tidak sedar masih melakukan amalan jahiliah disebabkan tidak mengenal konsep dan ciri jahiliah sebenarnya baik melalui al-Quran, hadis atau bahan sejarah. Allah sendiri sudah memberitahu dalam Quran, bahawa masyarakat atau bangsa jahiliah itu sudah kenal adanya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Firman Allah: وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ Dan sesu...