Langkau ke kandungan utama

Catatan

KEPERLUAN ROH.

MAKANAN DAN HIBURAN ROH. Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam, ialah mereka yang dapat memberi makanan dan hiburan rohani kepada manusia. Barang kali kita boleh kiaskan makanan atau hiburan roh sama seperti keperluan makanan jasad lahir.Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan. Jasad akan gemuk dan subur kalau dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukan badan sihat bertenaga dan tidak berpenyakit seperti diberi makan nasi, daging, ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi.  Ia merupakan makanan berzat yang mampu membina tubuh. Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar,  cergas aktif dan bergerak tangkas. Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, selawat...
Bertahlil antara amalan ahli sunnah Waljamaah.

DUNIA HAMPIR KIAMAT.

ERA ZAMAN KEROHANIAN. Era zaman kemuncak kerohanian dimana Rasulullah SAW ada mengisyaratkan, berdasarkan hadis, umat Islam akan berhadapan dengan zaman kegemilangan diperingkat dunia sebanyak dua kali. Era zaman kemuncak kerohanian yang pertama telah berlalu. Sejak zaman Rasulullah hinggalah salafussoleh selama 300 tahun. Zaman peringkat pertama boleh dibahagi kepada dua peringkat iaitu: peringkat pertama, berlaku dizaman Rasulullah dan Khulafa'ur Rasyidin yang dikatakan zaman kemuncak kerohanian. Peringkat kedua, berlaku dizaman salafussoleh yang dikatakan zaman kemuncak tamadun. Era kemuncak kerohanian akan berlaku sekali lagi di akhir zaman iaitu dizaman Imam Mahdi dan Nabi Isa. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman kemuncak kerohanian? Itulah dimana hati manusia terlalu cinta kepada Allah dan cinta Akhirat. Hati tidak terselit pun dengan cinta dunia walaupun sedikit. Sebab itu mereka telah jual dunia untuk beli Akhirat. Hati bersama Allah dan rindukan Rasulullah SAW...

MENDISIPLINKAN ROH MANUSIA.

DISIPLIN ROHANI. Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Contoh menunggu masuk waktu solat, para ikhwan dan Asoib sudah berada ditikar sembahyang sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu solat. Kita telah dididik dan dipimpin oleh Guru Mursyid kita Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan t...

EMPAYAR ISLAM AKAN BERULANG.

RAHSIA EMPAYAR ISLAM. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih. Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifat-sifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun. Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai,apa logiknya untuk tawan hati orang lain? L...

MENJEJAK ILMU ROHANI.

(Isteri Pak Amril berperanan dalam muslimah NU). JEJAK SALAFUSSOLEH UNTUK MEMBANGUN EMPAYAR ISLAM. Awal tahun baru 2019 aktiviti di buka dengan XPDC jejak salafussoleh. Peserta XPDC yang mewakili pulau-pulau yang ada di Indonesia.  Program berjalan selama seminggu. Ketua rombongan Pak Zulfikar seorang korporat besar berasal dari Palau Jawa. Anggota XPDC bersama kawan-kawan yang datang daripada pelbagai pelusuk Indonesia. Mereka terdiri daripada pengusaha, ahli korporat dan ada membuka pondok pasentren. Pak Amril salah seorang peserta, beliau mempunyai cita-cita untuk mengembalikan semula peranan Nahdhatul Ulama sebagai badan ahli sunnah Waljamaah yang besar di Indonesia. Kesungguhannya jelas iaitu membawa isterinya selepas XPDC ke Malaysia untuk boleh mencorak di bahagian muslimah dalam pergerakan NU. Untuk mengembalikan semula  peranan NU supaya lebih berkesan lagi, banyak di bincangkan tentang asal usul apa yang diperjuangkan badan NU tersebut. Teruta...

PEJUANG AKHIR ZAMAN.

Assalamualaikum.. Kita telah ditakdirkan berada di akhir zaman. Dimana kita akan menyaksikan kemuncaknya nanti hanya ada  dua golongan. Pertama golongan  yang bersama Imam Mahdi dan satu lagi golongan bersama dajjal. Mereka yang bersama dajjal dijanjikan dengan syurga dunia.Bagi mereka yang bersama-sama dengan Imam Mahdi diberikan makanan rohani atau syurga maknawiah didunia ini dengan berbekalkan zikrullah. Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajjal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajjal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajjal. Dajjal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bag...