Langkau ke kandungan utama

APABILA MENDAPAT ANAK.

APABILA MENDAPAT ANAK.



Setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, dengan takdir Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita mendapat pula beberapa orang anak. Bagi kedua-dua suami isteri yang memang sudah terdidik dan terpimpin hidup secara Islam sejak awal-awal lagi ia berlaku.
Ertinya Islam is the way of live berlaku.

Islam is the way of live ia berlaku dalam kehidupan berumah tangga dan memang ia
sudah mendarah daging, maka dari modal itulah ibu bapanya mendidik dan menurunkan nya kepada anak-anak sama ada ia berlaku secara disedari atau tidak oleh anak-anak tersebut. Allah proses anak-anak dengan mata yang ada dapat melihat, dengan telinga
dapat mendengar.

Firman Allah SWT:
فِطْرَة اللَّه الَّتِي فَطَرَ النَّاس عَلَيْهَا .
Allah SWT berfirman, ‘Tetaplah atas fitrah (penciptaan) Allah yang telah menciptakaan manusia menurut fitrah itu,’ (Ar-Rum 30: 30). 

Hadits Nabi SAW bersabda:

خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ: الِاسْتِحْدَادُ والْخِتَانُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ
Ertinya, "Lima perkara merupakan fitrah, iaitu mencukur bulu kemaluan, berkhitan, mencukur misai, mencabut bulu ketiak, dan memotong kuku,” (HR Muslim).

Para ulama berbeda pendapat ketika menafsirkan kata ‘fitrah’ dalam hadits tersebut. Misalnya dari kalangan Madzhab Syafi’i seperti Abu Ishaq As-Syirazi dan Al-Mawardi menafsirkan kata ‘fitrah’ dalam hadits tersebut dengan agama (ad-din). Sedangkan mejoriti  ulama menurut Al-Khaththabi menafsirkannya dengan sunah atau kebiasan yang biasa dipraktikkan. 

Anak-anak mudah meniru selepas ada kuliah secara langsung atau tidak secara langsung
dari ibu bapa. Tarbiah dan asuhan yang diberi oleh ibu bapanya mudah diikut kerana melihat sikap ibu bapanya. Anak-anak belajar secara langsung atau tidak langsung bahawa agama itu Islam is the way of live.


Melalui akhlak ibu bapanya, ibadah ibu dan bapanya, pergaulan ibu bapanya, bagaimana makan minum, tidur baring ibu bapanya, di waktu sakit dan sihatnya, anak-anak dapat melihat bagaimana disiplin Islam itu berjalan, berperanan dan berfungsi. Maka anak-anak
dengan suri tauladan mereka terdidik.

Anak-anak terdidik dan terbimbing melalui apa yang dilihat. Maka dengan pertolongan Allah, terdidik hidup secara Islam. Hasilnya rumah tangga atau keluarga itu bertambah cantik, menarik, bertambah indah dan ceria. Ianya bertambah mesra, berkasih sayang, bahagia, dan bertambah harmoni. Kerana penciptaan fitrah anak-anak yang Allah SWT ciptakan yang asalnya tidak tahu apa-apa mereka tahu apa-apa. Di waktu solat, semua sekali solat berjemaah.

Ayah atau suami jadi imam manakala ibu atau isteri dan anak-anak menjadi makmum.
Anak-anak hormat kepada ibu bapanya. Waktu-waktu tertentu seperti waktu anak-anak hendak pergi ke sekolah atau balik dari sekolah dan apabila hendak pergi ke mana-mana, mereka akan berjumpa ibu dan ayah
lebih dahulu meminta izin serta mencium tangan keduanya, memberi salam waktu pergi dan balik. Ibu dan ayah menjadi
guru disiplin kepada mereka dirumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N