Langkau ke kandungan utama

ILMU ROHANIAH

MAKHLUK CIPTAAN ALLAH


Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluk nya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran.

لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ.
Maksudnya, (malaikat itu ) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintah kan. (At Tahrim  28:6 ).

Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan mukallaf. Tidak di pertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga
sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak  malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.

FITRAH kejadian lelaki dan wanita ada diceritakan dalam al-Quran yang menjadi bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Allah berfirman dalam Surah at-Tiin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”

Allah SWT turut memuliakan manusia seperti firman-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

Terlalu banyak penceritaan di dalam al-Quran mengenai kejadian manusia, keadaan, kelebihan dan sifat-sifatnya. Betapa bertuahnya manusia kerana dijadikan Allah sebagai sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain di atas muka bumi ini.

Setiap manusia inginkan kehidupan bahagia. Bagaimanapun, definisi bahagia itu berbeza mengikut kefahaman, didikan dan ilmu yang diperolehnya.

Penafsiran bahagia mengikut nafsu sudah pasti akan membawa manusia ke arah kesesatan dan kezaliman. Allah SWT

Berfirman dalam Surah al-Qasas, ayat 50 yang bermaksud “…maka ketahuilah bahawa mereka mengikuti keinginan hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa mendapat petunjuk daripada Allah sedikitpun? Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”

Ramai orang yang memperjuangkan hak kemanusiaan. Bagaimanapun, hak itu sebenarnya perlu bersifat sejagat bukannya individualistik.

Hak berlandaskan agama akan memberikan kebahagiaan, keamanan dan manfaat kepada seluruh umat manusia.
Sebagai contoh, Islam menjaga
hak kemanusiaan bersesuaian dengan fitrah dan peranan manusia.

Islam mendukung hak asasi manusia selagi hak itu tidak memusnahkan manusia lain dan tidak melanggar perintah Allah. Ia bukanlah memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa melihat matlamat kehidupan dan kebahagiaannya.

Hak asasi manusia dalam Islam mesti bertepatan dengan hukum hakam yang Allah tetapkan melalui al-Quran dan sunah iaitu merangkumi hak dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah.

Akhir-akhir ini, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi bualan hangat masyarakat. Ia bukanlah isu baru, tetapi satu penyakit yang dihadapi manusia sejak zaman-berzaman yang perlu dirawat dan dicegah.

Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, seramai 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada 2017.

Lebih mengejutkan, jumlah itu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV yang sering diperkatakan sebagai punca utama penyebaran virus berkenaan.

Sehubungan itu, nilai yang benar dalam diri seseorang itu perlu diterapkan sejak dari awal lagi. Begitu juga hal berkaitan halal dan haram perlu dijelaskan dan diberikan pendedahan supaya terbina benteng kukuh dalam diri berpaksikan keimanan kepada Allah SWT.

Golongan lelaki yang menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki haram hukumnya dalam Islam. Larangan itu jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: “Rasulullah SAW melaknat orang lelaki menyerupai wanita dan (melaknat) wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat Bukhari juz 7, halaman 55)

Allah SWT ‘menyentap’ lamunan kita untuk bermuhasabah supaya setiap mukmin menjaga seluruh ahli keluarga mereka daripada bakaran api neraka.

Sebab itu, pentingnya memberi penjelasan mengenai hukum hakam atau ilmu agama kepada anak-anak. Naluri songsang itu mungkin terbit dalam jiwa mereka ketika di sekolah, asrama, tempat kerja atau di mana-mana tempat yang jauh daripada pemantauan penjaga.

Golongan terbabit semakin ramai dan mendapat sokongan daripada pihak tertentu dari dalam dan luar negara. Golongan itu perlu diubati dengan mengembalikan mereka kepada fitrah supaya berupaya menjadi induk yang dapat mengembang biak keturunan yang baik.

Mereka perlu diberikan kesedaran mengenai rukun iman keenam iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yang menjadikan mereka lelaki atau wanita dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan dan peranan masing-masing





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N