Dr. Saad berasal dari Taif, Arab Saudi. Beliau membawa kami ke kampung halamannya di kawasan pergunungan iaitu di Taif. Dr. Saad juga banyak berkongsi tentang sejarah Islam. Terutamanya sejarah Islam pada kebangkitan pertama. Iaitu sejarah Rasulullah SAW yang ada kaitan dengan kota Taif. Abuya membimbing kita mencintai Allah dan Rasulullah dengan mata hati. Mengenal Allah dan Rasulullah di peringkat hati atau roh ia juga dikatakan penghayatan dua kalimah syahadah. Dalam sejarah ada menceritakan tentang pengkhianat kepada Allah dan Rasulullah. Seperti Abu Righal yang menjadi penunjuk jalan tentera ABRAHAH menuju Ka’bah. Mereka para pengkhianat ini, terlaknat di dunia dan akhirat, dilaknat manusia dan juga Allah Ta’ala. Kubur Abu Righal dibenci oleh setiap orang yang melihatnya. Setiap kali ada yang melalui kuburannya, mereka melemparnya dengan batu. Kekuatan yang ingin melawan Allah pasti akan kalah . Sebesar apapun kekuatan dan persiapan musuh i...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.