Langkau ke kandungan utama

HATI IBARAT ENJIN KENDERAAN.

HATI IBARAT ENJIN KENDERAAN.


Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi istiqamah dan berterusan memimbing kita, sama ada di peringkat awal pergerakannya yang bermula pada tahun 1968 bergerak dari markaz ke markaz yang dibukanya hinggalah membuka perkampungan Islam di Sungai Pencala, Damansara Kuala Lumpur . Sehinggalah perjuangannya berkembang didalam dan luar negara tetap istiqamah membimbing hati-hati kita supaya dapat diluruskan kepada Tuhan.


Bagaimana hendak aktifkan ROH atau dengan kata-kata yang lain untuk aktifkan hati. Apa perlunya kita memperjuangkan roh atau kita aktitifkan roh? Bagi mengaktifkan roh kita kena tahu apa yang menjadi keperluannya atau makanannya. Marilah kita sama-sama mengkaji supaya kita  sentiasa memikirkan dan berusaha menjaganya. Supaya bila diuji dengan segala bentuk, hati yang telah bersedia atau roh yang telah aktif ini, sentiasa dipandu untuk bertindak dan berperasaan. Supaya tidak mengulangi kesalahan pejuang-pejuang yang hanya memikirkan soal-soal lahir tanpa menitik beratkan persoalan hati akhirnya mudah kecundang bila berdepan dengan ujian dan cabaran. 


Dalam Islam kita diminta untuk menjaga akal dengan diberi makanannya iaitu ilmu, menjaga fizikal dengan diberi makanannya iaitu nasi, roti dan lain2 dan makanan roh atau hati ialah zikrullah sebagaimana disebutkan dalam al-quran :

                  " الا بذكرالله تطمئن القلوب " 

Ertinya : ketahui olehmu dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. (Ar-Ra'd,13:28).


Hati juga boleh dikiaskan sebagai bateri kereta. Ianya perlu dijaga dan jangan disalah guna. Bagaimana mahu menjaga supaya tidak disalah guna? Umum kita tahu sebuah kereta, canggih mana pun kalau tidak ada bateri tidak boleh berjalan. Tanpa bateri enjin tidak boleh dihidupkan atau kalau bateri ada tetapi lemah pun tetap tidak bergerak. Cara menjaganya ialah; kalau bateri itu jenis sel basah, kita cek airnya. Kalau kurang kena tambah. Tengok tarikh luputnya bila. Jangan biarkan lampu menyala atau apa2 alatan lain dihidupkan jika enjin tidak bergerak. Kalau lampu menyala sentiasa, tidak ikut keperluannya samada siang atau malam boleh melemahkan bateri. Begitulah yang lain-lainnya.


Begitulah ibaratnya hati. Demi menjaganya, perlu pelihara hal-hal yang berkaitan dengannya. Contoh, menjaga pandangan mata. Jangan tengok maksiat dan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Telinga, jangan mendengar perkara yang sia-sia lebih-lebih lagi yang haram. Begitulah mulut dan lain-lain anggota badan kita.


Ketahuilah! Org mukmin, sangat menjaga hati mereka. Bagaimana mahu mengaktifkan roh sekiranya hati tidak dijaga? Ibarat kereta, bagaimana mahu enjin dihidupkan kalau bateri lemah atau tidak dijaga?


Kalau tidak dijaga hati atau bateri jiwa ini, bagaimana kereta perjuangan mahu digunakan? bagaimana mahu melepasi lopak-lopak ujian, lubang-lubang perangkap dalam perjuangan? Hebat dan canggih sekalipun persediaan, bateri tidak dijaga, akhirnya semuanya sia-sia. Apalah hendak dibangga-banggakan dengan harga kereta yang mahal, enjin yang canggih tetapi bateri tiada atau lemah keadaannya. Sepertilah pejuang-pejuang hanya lantang bangga dengan suara lantang tetapi tidak berbuat atau bangunkan model Islam. Kerana hati tidak takutkan Tuhan. Hati terlalu lemah hubungan dengan Tuhan.



hati2 mereka, kerana hati kita terhubung dan lemah dengan Tuhan. Ibarat bateri kereta yg tidak dijaga dan  tidak terhubung dengan komponen-kompenan lain, bagaimana mahu menggerakkan sebuah kereta walau pun kereta itu secanggih-canggih kereta?


Demi menjaga hati, Abuya mursyid kita telah pun memberikan panduan dan bimbingan, didikan dan pengajaran buat kita. Apabila kita ikut panduan dan bimbingan dari mursyid dan lakukan amalan tambahan iaitu pakej harian dengan zikir agung, dan setiap malam jumaat dan malam isnin iaitu membaca Dibae dan juga membaca Berzanji, semuanya menekankan persoalan rohaniah. Supaya roh kita subur atau diberi makan dengan zikrullah.


Apabila hati atau roh telah diberi makan atau telah disuburkan maka akan terbina sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan akan dapat membuang sifat-sifat mazmumah ( terkeji ) yang ada dalam diri manusia yang bertapak pada roh manusia. Apabila roh telah dijaga, peranannya sangat luar biasa. Ia menjadikan seseorang itu terhubung dengan Tuhannya. Hatinya, perasaannya, fikirannya, tindakannya, sangat terhubung dEngan Tuhan.


Bila telah menjadi orang ROH atau dengan kata-kata yang Allah sebut dalam Quran iaitu menjadi orang yang bertaqwa atau menjadi orang yang beriman. Maka layaklah mendapat bantuan Allah.


Dalam Islam Allah hanya membantu atas dasar Takwa, perkara ini Allah sebut dalam Al-Quran sebagaimana firmannya:

                 والله ولي المتقين

Dalam ayat. Yang lain ada disebutkan:                                                                       

               والله ولي الموئمنين

Tidak ada Allah mengatakan untuk membantu atau menolong orang Islam. Para wali adalah kekasih2 Allah ,termasuk dalam golongan yg sangat hampir dgn Allah ( Muqarrabin ) .

Firman Allah :

        الا ان اولياء الله لاخوف عليهم ولاهم يحزنون
Maksudnya: ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah mereka tidak takut dan tidak berdukacita.

Allah perjelaskan lagi dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

اتقوا فراسة المؤمن، فإنه ينظر بنور الله

         Takutilah firasat org mukmin, kerana dia melihat dengan cahaya (pandangan) Allah.


Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah bilamana menghina mereka bererti juga menghina Allah.

Sebab itu Allah juga berfirman dalam hadis qudsi yang lain:

            " من أذاني وليا فأذنته بالحرب " 
Ertinya:

           " Barang siapa memusuhi wali-KU, maka AKU akan mengistiharkan perang terhadapnya." 

Rasulullah ingatkan lagi senjata yang bersifat rohaniah ialah doa :

                       الدعاء صلاح المؤمنين 

Ertinya : Doa adalah senjata orang mukmin


Dalam  amalan tersebut kita membaca dan menyebut : 

رجال الله ٢ ياهو أغيثونا لاجل الله يا هو

Ertinya:  wahai org Allah bantulah kami kerana Allah.

Jadi jelaslah disini bahawa mengapa perlu roh atau hati dihidupkan atau diaktifkan. Kerana pandangan Tuhan kepada hamba-hambaNya ialah pada hatinya atau rohnya. Untuk mendapatkan pertolongan Tuhan juga, perkara yang dilihat Tuhan ialah bgaimana hati seseorg hamba atau rohnya. Kerana itulah syarat untuk mendapatkan bantuan-Nya, hati yang rasa sebenar-benar hamba.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N