Langkau ke kandungan utama

PENDIDIKAN DISIPLIN BERMULA DARIPADA SEMBAHYANG.






Pada hari ini kita terlalu bimbang jika anak-cucu kita tidak  pandai matematik, tidak bijak accounting, tidak pandai computer. Tetapi kita tidak bimbang jika mereka tidak pandai dan tidak rajin menyusun kasut atau selepar. Kita keluar rumah akan memakai kasut. Masuk ke rumah akan tanggalkan kasut atau selipar. Begitulah bila pergi ke surau atau ke masjid kita akan membuka selipar atau kasut. 


"Pendidikan disiplin itu tapaknya sembahyang atau asasnya sembahyang. Ia di perintahkan bermula di dalam keluarga. dari sinilah titik tolak disiplin dalam Islam. Kalau Keseluruhan disiplin yang diwujudkan tidak bermula daripada disiplin sembahyang, disiplin-disiplin yang lain tidak akan memberi kesan." Sedangkan untuk melatih anak menyusun selepar atau kasut dan istiqamah melakukannya perlu belasan tahun.  Bahkan ada anak yang sudah dilatih 30 tahun pun masih belum rajin menyusun selepar.


Bagaimana kita hendak dapatkan sembahyang yang agung sedangkan ianya bermula dengan kesucian (taharah). Bermula dari pakaian yang suci, tempat sembahyang yang suci, sedangkan kita tidak ambil kisah tentang penyusunan kasut, bagi orang yang datang kemudian akan memijak kasut yang sedia ada dan begitulah seterusnya orang lain akan memijak di atas selipar yang ada, bagaimana kita hendak pastikan (THAHARAH) orang yang memijak selipar tersebut. Berpijak diatas selipar tersebut kemudia pijak lantai surau atau masjid tempat hendak melakukan sembahyang.


Tak sempurna THAHARAH, tertolaklah IBADAH.  Kalau kasut tak disusun, terpijak kasut lain, terkena najis, maka kaki yang memakainya juga najis.  Bila kaki bernajis ini dibawa SEMBAHYANG maka terbatallah sembahyang itu.  Jika SEMBAHYANG terbatal atau tertolak maka putuslah hubungan dengan ALLAH.  Jika telah terputus dengan ALLAH maka musnahlah hidup, bahagia tiada.  Kalau adapun kegembiraan hanya palsu semata. Jangan pandang kecil tentang menyusun selipar. Siapa sangka bahwa ia ada peranan penting dalam menentukan KEBAHAGIAAN dunia dan akhirat seseorang.


Setelah kita nilai sembahyang itu tadi, fardhu ainnya pun tidak selesai iaitu THAHARAH pada sembahyang tersebut pun tidak selesai. Maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung. Dalam sembahyang ada syariat lahir contoh THAHARAH dan ada syariat batin itulah KHUSUK. Sembahyang lahir dan batin ialah golongan sembahyang para solihin, sembahyang para muqarrabin dan sembahyang para Siddiqin sahaja. Sembahyang yang bersucinya pun tidak selesai macam mana hendak melahirkan sembahyang yang ada roh.


Sembahyang yang  ada kualiti, iaitu sembahyang yang bukan saja selesai thaharah tetapi mempunyai roh. Manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Neraka wail bagi orang yang lalai dalam sembahyangnya. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sembahyang kita. Marilah bersama membaiki sembahyang kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali keadilan Islam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N