Langkau ke kandungan utama

KOMEN ULAMA-ULAMA TENTANG PERJUANGAN ABUYA ASHAARI AT TAMIMI.

KOMEN ULAMA-ULAMA DALAM DAN LUAR NEGARA.

Komen ulama-ulama dan cendiakawan -cendiakawan,
Profesor Doktor Ahmad Tasman bin Yakub meninggal dunia pada 12 ogos 2016 pagi. Beliau telah beroleh PHD tentang dakwah Abuya. Kawan kepada Profesor Doktor Tasman bertugas di universiti yang sama. Iaitu Profesor Doktor Pak Sas dalam bidang syariah. Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol Padang(IAIN)..bekas ketua canselor universitas tersebut..sekarang masih bertugas sebagai guru besar di fakulti syariah.. Profesor tersebut datang berkunjung ke Malaysia dan ziarah ke rumah anak Abuya (Fakhrurrazi). Beliau datang ditemani isterinya yang pernah menjaga Profesor  Doktor Tasman ketika sakit. Dia sebagai jururawat yang bertugas ketika itu. 

Menurut pemerhatian Profesor Doktor Pak Sas yang telah datang ke Malaysia beberapa kali, "kini Malaysia jauh kehadapan dari sudut kemeriahan Islam dan pembangunan meterial di bandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara."


"Islam akan bangkit kembali bermula dari kamu (Imam Ashaari At Tamimi)." Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin.

"Tuan telah mendahului kami dari segi amalan-amalan Islam. Kami baru berteori ke arah itu." Saudara Wazani, President Jamiah Thaqafatil Islamiah di Maghribi/Morocco.

"Jika umat Islam seluruh dunia dapat melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Abuya, arus kebangkitan Islam akan mengalir deras! - Ramiz Balkan, Pengerusi Parti Refah, parti tunggal di Turki yang menggunakan slogan Islam. 

Di kalangan Ulama-ulama di Timur Tengah yang memberi dorongan kepada Abuya Ashaari At Tamimi,antaranya: Syeikh Abdul Siddiq Ghumari Syeikh hadis akhir zaman, Syeikh Abdullah Ghannun ketua ulama Morocco dan Syeikh Dr. Prof Abdul Salam Harras pensyarah di Universiti Al-Qarawiyin. Universiti Al-Qaraweiyyin adalah Universiti Tertua di dunia. Terdapat juga beberapa institusi pengajian yang dibina lebih awal tetapi kebanyakannya musnah dan sudah pun hilang dari sejarah. Universiti Al-Qaraweiyyin ( جامعة القرويين ) terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid.


Universiti  Al-Qaraweiyyin ( جامعة القرويين ) diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia yang masih wujud dan kekal berterusan menawarkan pengijazahan. Ia berkembang menjadi institusi yang bukan setakat menawarkan pengajian teologi malah turut menawarkan pengajian dalam bidang sains, matematik, perubatan dan astrologi. 


Mengenal diri bukanlah sekadar menilai kecantikan tinggi rendah, warna kulit, keturunan dan bangsa, kedudukan dan pangkat, memiliki sijil hingga PHD dan mempunyai kelayakan sebagai profesor dan sebagainya. Tuhan ciptakan manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad. Dua jasad tersebut dipadu erat. Iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri ertinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah hatinya. Tanpa hakikat, yang lahir tidak berguna.  

Nabi SAW bersabda :

عَÙ†ْ اَبِÙ‰ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ رض Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُÙˆْÙ„ُ اللهِ ص : اِÙ†َّ اللهَ لاَ ÙŠَÙ†ْظُرُ اِلىَ اَجْسَامِÙƒُÙ…ْ Ùˆَلاَ اِلىَ صُÙˆَرِÙƒُÙ…ْ Ùˆَ Ù„ٰÙƒِÙ†ْ ÙŠَÙ†ْظُرُ اِلىَ Ù‚ُÙ„ُÙˆْبِÙƒُÙ…ْ. مسلم

 Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda,“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) hatimu”. (HR. Muslim).

Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Betapa susahnya mengenal hati dan diri sendiri. Walaupun kita kenal, betapa susahnya untuk mengubatinya. Tentu lebih susah untuk meletakkan hati sesuai dengan fungsinya. Nafsu dan syaitan menghalang dengan keindahan dunia dan nikmatnya yang sentiasa mempesona.


Kalau hati dan diri sendiri susah untuk kita kenal, terlebih lagi untuk mengubatinya. Tuntu lebih susah lagi untuk mengenal orang lain dan untuk mengubati hatinya. Kejayaan orang-orang dahulu iaitu Para Salafussoleh, dalam mengubat penyakit masyarakat adalah kerana mereka berjaya mengubati penyakit diri sendiri. Kejayaan orang-orang dahulu iaitu para Salafussoleh, dalam mengubati penyakit masyarakat adalah kerana mereka berjaya mengubati penyakit diri sendiri.


Di situlah kelebihan dan keutamaan mereka dari diri kita. Tidak seperti kita di zaman ini baik ulama-ulama, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis Islam, para pemimpin masyarakat Islam belum kenal diri sendiri dan belum dapat mengubati penyakit diri sendiri. Para alim ulama sekarang ini sudah tidak sama sikapnya dengan para alim ulama zaman Salafussoleh.


Kerana itulah penyakit-penyakit masyarakat susah untuk di ubati bahkan seringkali penyakit-penyakit itu bertambah kronik disebabkan penyakit-penyakit diri kita sendiri.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N