Langkau ke kandungan utama

ABUYA MEMBANGUNKAN ISLAM YANG BERWIBAWA.

ABUYA MEMBANGUNKAN ISLAM YANG BERWIBAWA.


Perjuangan Abuya Ashaari At Tamimi menyelamatkan hati manusia daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Abuya mengajak kita tampil di tengah masyarakat moden dengan penampilan yang berwibawa dan eksklusif. Kini keluarga Abuya meneruskan cita-cita perjuangan Islam yang telah Abuya cetuskan. Kita mengimbau kembali ketika Abuya Ashaari At Tamimi membuka model perkampungan Islam di Kampung Sungai Pencala Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1974 bersama-sama kawan-kawannya ketika itu. Dengan tujuan untuk membangunkan model kehidupan Islam secara menyeluruh. ( كافة ) Islam is the way of live atau secara kebulatan, menyeluruh (شمول) bukan secara serpihan. Abuya menggerakkan team keluar berdakwah. Ada pula team jentera yang menggerakkan pendidikan Islam. Ada team sebagai jentera menggerakkan model ekonomi Islam. Begitu juga ada team sebagai penggerak kebudayaan Islam dan begitullah seterusnya.


Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini, telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada ajaran Islam atau aqidah sebenar, kecuali satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA). Ini menepati Hadis: 

أمتي على ثلاثٍ وسبعينَ ملَّةً كلُّهم في النارِ إلَّا ملَّةً واحدَةً ، قال من هِيَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : ما أنا عليه وأصحابي 

Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada 72 golongan, manakala umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua mereka di neraka kecuali satu golongan sahaja. (Para sahabat) bertanya, "Siapakah (golongan yang tersebut) ya Rasulallah? Rasulullah menjawab, "golongan yang aku dan para sahabatku berada di atasnya" [Hadith riwayat al-Imam al-Tirmizi]


Pada kebangkitan pertama umat Islam tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu fahaman atau aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus.


Pada kebangkitan kali kedua dalam situasi seperti ini, Abuya Ashaari At Tamimi muncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) yang berwibawa. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) yang jelas dan mampu diimplimentasikan dalam segenap bidang kehidupan termasuk ekonomi, siasah Islam, pendidikan, dan sebagainya. Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat.


Perjuangan Abuya tepat pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam yang boleh rosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikaitkan dengan agama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya, yang sudah berkembang luas di seliruh dunia Islam termasuk Malaysia. 


Abuya telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) di merata dunia termasuk Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga bertemu dengan ulama-ulama syiah dan wahabi di Iran, Kuwait dan Arab Saudi. Dan Abuya telah menjelajah ke banyak negara Barat tempat berkembangnya berbagai-bagai aliran fikiran dan isme yang sesat. Abuya juga pergi ke Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Yugoslavia dan lain-lain. Dari situlah Abuya memperolehi gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai segala macam fahaman dan aliran aqidah yang ada di dunia hari ini.


Apa yang menarik, melalui kuliah-kuliah, ceramah-ceramah dan buku-bukunya, beliau menghurai kembali isi kitab tua dengan gaya pengolahan yang segar dan bahasa yang mudah beserta contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini.  Apa yang menarik lagi, dalam  membicarakan persoalan aqidah ini, Abuya tidak langsung memisahkannya dari persoalan tasauf dan syariat. Abuya mahu menekankan bahawa ilmu usuluddin (aqidah), tasauf (akhlak) dan feqah (syariat) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan seorang mukmin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…