Langkau ke kandungan utama

SYAITAN MENITI ATAS NAFSU MENYESATKAN MANUSIA.

SYAITAN MENITI ATAS NAFSU MENYESATKAN MANUSIA.



Terima kasih Tuhan kerana perkongsian panduan ini masih Engkau izinkan lagi moga-moga dibaki masa ini Engkau Tuhan beri ilmu kepada kami supaya bertambah ilmu, iman dan taqwa. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita dapat ini semua, kita banyakkanlah bersyukur dengan Tuhan dan berselawat dengan Rasulullah SAW.


Maksud Firman Allah:
"...dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.
(Al-Baqarah,2:208).


Maksud hadis :
Tabrani dalam satu riwayatnya menyebutkan bahawa ada empat jenis hati: Pertama, hati yang permukaannya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yang menerangi. itulah hati orang mukmin. Kedua, hati yang hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang kafir. Ketiga, hati yang tertutup dan terikat dalam sampul, iaitu hati orang munafik. Keempat, hati yang pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur kemunafikan. Perumpamaan keimanan yang ada padanya seperti tanaman sayur-sayuran yang sihat kerana disirami air yang baik, sedangkan perumpamaan kemunafikan yang ada padanya, seperti bisul yang dipenuhi nanah.



Insya-Allah tajuk ini kita akan berkongsi dalam artikal ini mudah-mudahan akan jelas menjelaskan, hurai-menghuraikan. Ayat ini pendek sahaja,Tuhan ingatkan jangan kita ikut jalan syaitan. Mengimbau kembali perjuangan Abuya yang hampir menjangkau setengah Abad ini, ketika itu Abuya masih lagi mengajar sebagai guru Agama Sekolah kerajaan. Ramai di kalangan masyarakat minta Abuya doakan mereka terutamanya ketika anak-anak mereka hendak mengambil peperiksaan sekolah ketika itu. Menjadi modal utama masyarakat Islam untuk dapatkan penerang hati. Ada juga untuk lunakkan hati anak yang liar. 



Semasa Abuya mengajar di sekolah agama bersebelahan dekat masjid kampung Sungai Leman Sekincan Tanjung Karang Selangor. Terdapat sebuah terusan besar yang bermula dari Tanjong Karang yang bersilang dengan Sungai Tengi menggunakan kunci air. Terusan itu berakhir di daerah Sabak Bernam. Ia mula-mula dibina ketika zaman penjajah dan sering dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai 'Bangkenal' yang diambil dari perkataan asal 'Ban Canal'. Tujuan utama pembinaan terusan ialah untuk membekalkan air yang cukup bagi mengairi tanaman padi, ia juga digunakan oleh syarikat bekalan air untuk memproses dan membekal air yang telah dirawat selain turut dijadikan tempat penternakan ikan air tawar oleh penduduk kampung. 



Di negeri Pahang terusan dan sungai masih di gunakan untuk
aktiviti-aktiviti pembalakan. Ia digunakan untuk menghayutkan balak yang telah ditebang menuju ke 'Headworks' di mana kerja-kerja pungutan dilakukan di situ sebelum diangkut menggunakan lori. Kita tidak lama lagi akan menghadapi pilihanraya. Bagi masyarakat Islam ramai akan gunakan kempen untuk menarik orang kepada perjuangannya dan menolak calon yang bertanding melawannya.


"Tegakkanlah Islam dalam diri akan tertegaklah Islam dalam negara." Kerajaan dalam diri lebih seni sedangkan dalam negara nampak, itu mudah. Tapi negara dalam diri ini banyak tersirat banyak tak nampak, terlalu seni yang nampak hanya anggota lahir iaitu satu aspek dari anggota. 


Kerajaan dalam diri ada yang tidak nampak iaitu akal, nafsu, roh tak nampak, benda tak nampak nak tadbir, didik, didisiplinkan, nak diajar senangkah? Kalau nampak bela kambing nampak senang. Dia makan, sakit, berjalan semua kita nampak. Tapi yang nak ditadbir tak nampak, yang nampak hanya tangan kaki dll, nak tadbir akal bermula dari dia, nak tadbir hati dan dari dia yang lain ditadbir. Nak disiplinkan akal bukan senang mesti cari ilmu cara Tuhan, disiplin ilmu dari Tuhan, orang nak beri ilmu dari Tuhan, kiyai dan tuk guru bertaqwa, menggunakan ilmu untuk Tuhan baru layak jadi pemimpin dalam negara. Senangkah? Segala-galanya tak nampak, kalau bukan dari Tuhan. Kalau akal dah sihat dah betul dah letak di tempatnya ada harapan. Belum tentu ada modalnya, ada akal, pemimpin maknawi sebab nak didik yang maknawi, pemimpin yang lahir tentu nak didik orang lahir. Tapi nak didik nafsu, perasaan ia bersifat rohani, tok guru juga berjiwa rohani baru boleh. 



Kalau ini selesai, ada harapan seolah-olah nak jalan ke satu tempat ada kenderaaan, minyak dah penuh, ada driver dah sedap seolah ada harapan untuk sampai ke destinasi. Ini sampai sekarang, tak siapa yang layak jadi pemimpin, guru, yang nak memimpin nafsu, roh dan perasaan manusia. Sia-sia punya kerja, tak faham, nak berjuang cita-cita besar, tapi tak faham. Siapkan diri dulu baru siapkan kerajaan negara. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N