Langkau ke kandungan utama

CAHAYA KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA.




"Pemimpin sejati ialah orang yang berada di tengah kehidupan pengikutnya, bukan yang berada di majlis-majlis rasmi." Abuya Imam Ashaari At Tamimi sering mengingatkan kita bahawa tugas kepimpinan merupakan tanggungjawab, bukan jawatan kebanggaan. Pemimpin adalah khadam ummah, yakni menjadi khalifah Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Inilah falsafah kepimpinan dalam Islam menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi.


Perjuangan Abuya mendapat sokongan tokoh ulama Hadis. Beliau bernama Syeikh Abdullah bin Shiddiq Al-Ghumari Al-Idrisi. Abuya berjumpa beliau dalam lawatan Abuya ke Maghribi (Morocco) tahun 1987.Beliau adalah seorang penghafal Hadits termasyhur pada abad 20 sehingga disebut Grand Muhaddits dan dikenali sebagai seorang wali ALLAH. Tidak kurang dari 100.000 Hadits telah dihafal oleh beliau matan dan sanad-nya dari Rasulullah SAW hingga pada beliau. Beliau terkenal sebagai peneliti tentang Hadits-hadits mengenai Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim (Al-Fata At-Tamimi) dalam kitabnya “Al Mahdiyul Muntazhar”. Dari hasil penelitian tersebut, beliau menilai Hadits-hadits tentang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim telah sampai pada derajat shahih bahkan mutawatir. Ketika bertemu Abuya, beliau mengatakan, “Islam akan bangkit dari tangan kamu!”. 



Syaikh `Abdullah ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari (w. 1413 H), tinggal di Tangier (طنجة), Morocco (Maghribi).



Syeikh Abdul Nasser Al-Husaini Asy-Syadzili

Beliau adalah Mursyid Thariqah Syadzaliah yang bermukim di Madinah. Kisah perjumpaan beliau dengan Abuya cukup dramatik. Pada tahun 1995 beliau (yang belum kenal Abuya saat itu) datang ke Malaysia bersama beberapa muridnya untuk mencari “seseorang” yang ciri-cirinya telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW pada beliau. Setelah beberapa hari berkeliling Kuala Lumpur untuk mencari orang yang dimaksud, mereka belum berhasil. Hingga hari terakhir mereka akan pulang ke Madinah, mereka menyewa taksi. Kebetulan (sebenarnya bagi Tuhan tiada yang kebetulan) pemandu taksi tersebut adalah murid Abuya. Pendik cerita, beliau dan murid-muridnya dibawa ke rumah Abuya yang ketika itu sedang dalam tahanan rumah dibawah Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri. Begitu sampai di rumah Abuya dan melihat Abuya, Syeikh Abdul Nasser langsung mencium tangan dan memeluk Abuya dan mengatakan bahwa Abuyalah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW pada beliau. Bahkan secara terang beliau mengatakan, “Inilah Putera Bani Tamim!”. Saat ini, untuk lebih mengikat persaudaraan, salah seorang murid beliau menjadi menantu Abuya.



Sidi Syeikh Prof. Abdussalam Harrats, Ph.D

Dalam perjalanannya ke Morocco Abuya juga berjumpa dengan ulama besar di Morocco ini. Ketika pertama kali berjumpa pada tahun 1980-an, beliau bertanya pada Abuya, “Mengapa Tuan datang ke tempat kami?” Jawab Abuya, “Saya mencari sebuah jemaah di mana Islam akan dibangkitkan.” Kata Sidi Profeser Dr. Abdussalam, “Mengapa Anda jauh-jauh kemari? Islam akan bangkit dari tempat Anda!” Semenjak itu hubungan kedua Syeikh Thariqat ini makin erat. Pada tahun 2000 Sidi Abdussalam berkunjung ke Malaysia dan beliau berkesempatan berkunjung juga ke Jakarta. Prof. Abdussalam Harrats adalah Pengetua di Qarawiyyin University, Fez, Morocco Dari tangan beliau telah lahir 200 orang Ph. D.



Syeikh Abu Khalid As-Syamar


Syeikh Abu Khalid adalah pemimpin 30 juta orang Arab Baduwi Kabilah Syammar di Jazirah Arab. Abuya pertama kali berjumpa dengan beliau pada tahun 1985 ketika Abuya mendapat tekanan dari pemerintah Malaysia dan tak diperkenankan kembali ke negaranya. Karena tak diperkenankan pulang, Abuya malah mempergunakan kesempatan ini untuk berdakwah ke seluruh penjuru dunia dan tempat yang pertama disinggahinya adalah Jordan. Baru 2 hari menginjakkan kaki di situ, Abuya ditemui oleh seorang warga negara Jordan yang saat itu belum dikenalnya, seorang syeikh yang mengatakan bahwa sebelum Abuya datang ini dia telah diberitahu Rasulullah SAW sejak 11 tahun lalu perihal kedatangan Abuya. Orang tersebut adalah Syeikh Abu Mus’ab (dalam gambar ada di sebelah kiri). Syeikh Abu Mus’ab kemudian mengajak Abuya dan rombongan ke rumahnya dan menunjukkan catatan-catatan pribadinya tentang mimpi-mimpinya dengan Rasulullah SAW. Setelah itu dia mengajak Abuya dan rombongan berjumpa dengan Mursyidnya, Syeikh Abu Khalid As Syamar di kediamannya.Ketika berjumpa, Abuya dan Syeikh Abu Khalid berpelukan seperti sudah saling mengenal sejak lama. Padahal itulah kali pertama Abuya menginjak bumi Jordan. Syeikh Abu Khalid berkata bahwa Abuyalah yang disebut dalam Hadits sebagai orang yang akan membangkitkan Islam di akhir zaman. Abuya adalah Al-Fata At-Tamimi pendahulu perjuangan Imam Mahdi.


Syeikh Mahmud Effendi

Syeikh Mahmud Effendi adalah Mursyid Thariqah Naqsyabandi di Turki. Beliau berjumpa Abuya akhir tahun 80-an ketika Abuya melawat Turki. Gambar beliau susah sekali diperoleh karena beliau termasuk ulama yang mengharamkan foto. Foto dalam web ini diambil dari salah satu surat kabar Turki yang mengambil gambar beliau dari jarak jauh. Beliau adalah seorang ‘abid yang sangat banyak beribadah, jarang tidur malam, banyak berpuasa dan dipercayai masyarakat sebagai wali ALLAH. Abuya mengirim utusan untuk bertemu beliau pada tahun ‘90-an setelah mendapat satu firasat kuat. Kepada utusan tersebut, beliau membenarkan bahwa Abuya adalah tokoh yang dijanjikan dalam Hadits akan memulai kebangkitan Islam dari Timur.


SYEIKH ABDUL JABBAR.
Syeikh Abdul Jabbar belum pernah berjumpa Abuya. Beliau bertemu dengan utusan yang Abuya kirim ketika "Perang Teluk" yang pertama sedang berkecamuk di Iraq pada awal tahun 90-an. Abuya tahu tentang beliau karena diilhamkan oleh Rasulullah SAW bahwa satu lagi orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam akhir zaman ada di Iraq. Dengan menempuh perjalanan jauh utusan Abuya dapat bertemu Syeikh Abdul Jabbar di rumahnya. Ketika bertemu, belum sempat bicara apa-apa Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya, “Keberhasilan kamu sampai di sini adalah hasil perundingan saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya).” Syeikh Abdul Jabbar ini memiliki banyak karamah lahiriah. Saat utusan Abuya datang ke rumahnya, mereka melihat 7 (tujuh) rudal Scud Amerika teronggok di halamannya. Rudal tersebut tidak meledak, jatuh begitu saja di halaman rumahnya. Adik Syeikh Abdul Jabbar, Syeikh Syattar, pada zaman Inggris masih ada di Iraq pada tahun 50-an sempat membuktikan pada penjajah Inggris yang berupaya menghina Islam bahwa api hanya membakar karena ia diperintah membakar oleh Tuhan. Maka Syeikh Syattar pun masuk ke dalam api yang berkobar sambil tiba-tiba membawa anak orang Inggris tersebut. Beliau keluar dari api 1 jam kemudian bersama anak tersebut tanpa luka sedikit pun.

SYEIKH HAYDAR BAS.

Syeikh Haydar Bas adalah pemilik dan CEO Bas Group, suatu kelompok usaha besar bidang media di Turki. Grup ini memiliki beberapa stasiun televisi dan koran. Beliau juga seorang profesor ekonomi, ketua partai, penulis buku dan syeikh thariqat Qadiriyah di Turki. Pekerjanya 40.000 orang yang semuanya adalah pengamal thariqat Qadiriyah. Utusan Abuya yang bertemu dengan beliau disambut dengan sangat baik. Beliau mengatakan bahwa Abuyalah Putera Bani Tamim yang disebut Hadis Rasulullah SAW yang akan membangkitkan tapak Islam dari timur. Pernah salah seorang staf Syeikh Haydar bertanya pada beliau, “Apakah tuan ini Imam Mahdi?” Jawab beliau, “Saya bukan Imam Mahdi, saya pelatih Junudullah Al Mahdi.”


Allah telah memberitahu melalui lidah kekasih-Nya Rasulullah SAW, bahawa di sebalik yang tersurat di muka bumi ini, pasti ada yang tersirat. Pandangan kebanyakkan Syeikh-syeikh tariqat di seluruh dunia ini mengatakan Islam akan bangkit sekali lagi dari Timur. Khususnya Syeikh Abdullah bin Shiddiq Al-Ghumari Al-Idrisi, penghafal Hadits termasyhur pada abad 20 ini. Beliau berkata: “Islam akan bangkit dari tangan kamu!”. Katanya kepada Abuya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N