Langkau ke kandungan utama

MINTA PERTOLONGAN KEPADA ALLAH.

MINTA PEROLONGAN KEPADA ALLAH.



Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meminta pertolongan dari-Nya dalam sembahyang dan dalam bersabar. Sungguh pun nampak saja sembahyang itu mudah (bacaannya pun mudah, perbuatan berdiri, rukuk dan sujud pun mudah) tetapi kalau Allah tidak bantu, kita akan merasa berat untuk bersembahyang. Mungkin kita sanggup membuat kerja-kerja berat tetapi tidak mampu untuk bersembahyang. Kerana itulah Allah perintahkan kepada kita supaya meminta pertolongan dari-Nya.

Firman Allah: 


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45).


Bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang di rezkikan berada didalam jemaah kebenaran. Berusahalah untuk mempertahankan nikmat itu dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran yang Tuhan datangkan. Kekuatan memohon pertolongan didalam sembahyang dan kekuatan sabar yang dapat dari sembahyang dibawa di luar sembahyang. Bermujahadah untuk terus berkekalan mempertahankan  perjuangan Islam sehingga lahir generasi pelapis perjuangan Islam seterusnya.


Kita masih lagi mengimbau perjuangan Abuya di Daerah Tanjung Karang. Ketika didaerah tersebut ada kawan Abuya yang juga menjadi bapa angkat kepada anak-anak Abuya, iaitu anak sulung Abuya Nasibah, Fakhrurrazi dan Mohammad Nizamuddin. Beliau juga salah seorang tokoh yang terlibat sama pencetus gerakan dakwah di Malaysia.  Sebelumnya pernah terlibat didalam gerakan politik PAS bersama Abuya. Nama beliau ialah ustaz Zakaria Ansari boleh bertutur dalam loghat Banjar.



Abuya dan kawan-kawannya menggerakan dakwah ketika itu tertumpu di semenanjung Malaysia, Sabah, Serawak dan Singapura. Pengamalan dan penghayatan Islam adalah paling baik disebelah Timur ini. Dan kebangkitan ini hangat dan meriah khususnya di Malaysia. Umat Islam di Singapura juga berharap dapat sama-sama turut serta dalam kebangkitan ini kiranya dapat diamalkn tepat dengan kaedah Islam.


"Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai pengalaman dan pengajaran masa yang sedang berjalan diisi dengan amalan dan masa depan jangan diangan-angankqn." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).


Kemeriahan amalan Islam di Malaysia, generasi sekarang perlu tahu sejarahnya. Ianya bermula dengan kebangkitan Islam di Malaysia khususnya dan di Timur umumnya bermula tapaknya di Malaysia. Bila kita tahu sejarah tersebut memudahkan kita untuk meneruskan kebangkitan ini dengan  meneruskan usaha dakwah tersebut. Kita tidak akan tercari-cari bagaimana hendak berjuang di Timur ini. Bila usaha-usaha dakwah diteruskan dengan teratur dan disiplin, kita akan lihat hasilnya dihujung usaha dakwah tersebut. Contoh di awal kebangkitan guru agama pun susah untuk kita lihat pemakain menutup aurat yang sempurna, tetapi berkat perkembangan dakwah yang berterusan, sekarang golongan selebriti khususnya artis kalau dia berlakun menjadi isteri solehah, tetapi di luar lakunan jauh keperibadiannya seperti jaraknya langit dengan bumi. Masyarakat awam di kalangan umat Islam tidak boleh menerima bahkan mereka merasakan tertipu. Satu perkembangan yang positif ada dikalangan artis-artis yang menggunakan jenama pakaian muslimah dengan jenama mereka. Usaha ini juga dapat membantu dan mendorong masyarakat muslimah untuk membuat perubahan, kalau sebelum ini tidak pakai hijab dan dengan dorongan tersebut membantunya memakai hijab.


Ertinya kita kini berada di era kebangkitan Islam. Berkat kebangkitan banyak perkara positif dipermudahkan termasuk pemakaian hijab bagi muslimah. Unifom hijab sudah mudah kita lihat, dari unifom polis dan tentera di kalangan muslimah berhijab, hinggalah di tempat-tempat kerja swasta. Contoh kita mudah menemui unifom muslimah berhijab di kalangan kakitangan penerbangan, paramugari hinggalah muslimah yang berkerja di kilang. Iklan-iklan di kaca tv, papan iklan yang besar di lebuh raya utama, majalah hiburan juga tidak terkecuali memperagakan pakaian muslimah.


Kemeriahan kebangkitan dakwah berterusan. Penghujungnya nanti akan berlaku garis pemisah di antara golongan dakwah dan golongan anti dakwah. Garis pemisahnya sangat jelas, sampai kesatu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa buat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah. 
Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N