Firman Allah: يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٧٩﴾ Maksud nya:"...wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.(Al Baqarah 2:179). Kita telah didedahkan kepada satu bentuk pelajaran baru. Memupuk minda modal insan dengan memiliki mentaliti kelas pertama adalah satu daripada lima teras misi negara untuk mencapai matlamat Wawasan negara maju. Mentaliti kelas pertama yang dimaksudkan adalah berteraskan kepada ketangkasan kerja, ketepatan dan keberhasilan. Oleh itu, mentaliti kelas pertama adalah secara langsung berhubung dengan kemahiran berfikir dimana pelajar perlu menguasai kemahiran 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesai masalah, keberkesanan berkomunikasi, bekerja secara berkesan di dalam kumpulan yang mempunyai perbezaan pandangan dan kreativiti dan inovasi. Ramai tokoh akademik dan tokoh pendidik tampil untuk memberi Penerangan terhadap pelajaran baru ini. Mereka membawa berbagai konsep dan teori. Apa yang diutarakan dalam ilmu kemah...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.