Langkau ke kandungan utama

PROSES PUTAR BALIK KEBANGKITAN ISLAM.

PROSES PUTAR BALIK KEBANGKITAN ISLAM.


Firman Allah:

وَٱلْعَصْرِ .إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ  ﴿٢﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ  ﴿٣﴾
Maksudnya :

1. Demi Masa!.2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al Asr 103:1-3).

 
Kepentingan Jadual Allah.
Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar melakukan pengurusan masa
 berkesan dan berbuat dan berjuang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang manusia akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu dalam menempuh kehidupan. Dalam Islam wajib melakukan muhasabah. Iaitu mengkoreksi diri sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Salafus Soleh.


Mengikut 'Jadual Allah ' ini, Islam akan melalui empat peringkat masa iaitu: Pertama;Zaman Nubuwwah iaitu zaman kenabian.
Kedua Zaman Khilafah (khulafau Rasyidin).
Ketiga Zaman Fitnah 
Keempat Zaman Ummah (pimpinan Al Mahdi dan Nabi Isa AS.


Siapa yang Allah rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang sangat bererti berlaku kepada agama Allah SWT. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tidak lama lagi akan ditemui iaitu pertama sedang berada diawal kurun ke 15 hijriah. Kedua akan masuk awal kurun ke 21 masihi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi. Mungkin dengan memikirkan sejenak itu boleh mengetuk pintu hati kita untuk mengingati Allah SWT.


Antaranya ialah:
1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah
 paling optimum.
4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri kita dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan
mereka mengamalkan cara hidup yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menepati dan membolehkan mereka menjadi seorang hamba Allah dan khalifah Allah.
7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka
ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.
10. Dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan umat Islam"


Apa yang berlaku pada zaman mujaddid pertama Umar bin Abdul Aziz, hidup makmur, aman damai, sejahtera dan harmoni. Berlaku kasih sayang, perpaduan, tolak ansur dan bertolong bantu. Tiada keresahan dan kegelisahan. Masing-masing berasa puas hati, sabar dan redha dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Begitulah seterusnya yang akan berlaku pada kebangkitan kali kedua di era mujaddid penutup iaitu Imam Mahdi. Keadilan yang paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenal Allah SWT. Siapa saja hatinya belum rosak pasti merindukan suasana yang tersebut. 


Sehingga pengenalan kepada Tuhan itu membawa kepada taat dan ibadah. Kenal itu sehingga rata-rata hati manusia merasai rasa kehambaan dan berTuhan. Sehingga lebur mazmumah yang menjadi racun perosak Kehidupan manusia. Keadilan ialah apabila syariat Tuhan itu dijunjung dan diutamakan. Segala apa yang dibuat berpandukan syariat Allah. Sehingga sempurna kehidupan masyarakat sebagaimana sempurnanya syariat Allah SWT.



Tuhan yang mencipta kita dan memberi rezeki serta nikmat tanpa putus walau pun sedetik. Kita perlu ingat disisi Allah tidak ada yang sia-sia, main-main dan gurau senda. Apakah wajar kita berada dimuka bumi Allah ini dengan keadaan lalai, cuai, leka dan berfoya-foya. Itukah tujuan Allah jadikan kita? Ingatlah mati pasti akan tiba tanpa disangka dan dengan berbagai cara. Sepatutnya kita sedar dan insaf dengan mengekalkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan.


Bagi umat Islam yang ada cita-cita perjuangan, sangat inginkan Islam itu kembali berdaulat. Sangat serius membaikki diri. Berusaha sungguh-sungguh memenuhi syarat untuk meraih bantuan Tuhan. Sepatutnya para pejuang sentiasa muhasabah apakah sudah berada diatas  'line' yang betul dan tepat menuju kemenangan. Apakah sudah memenuhi syarat itu pada diri, keluarga dan perjuangan akhir zaman.
Apabila telah memenuhi syarat-syarat tersebut, Allah SWT tidak mensia-siakan janjiNya. Berbagai-bagai kemungkinan itu boleh saja berlaku kepada siapa bileh saja berlaku berkaitan dengan apa-apa yang telah di isyaratkan dalam hadis. 


Sepertimana apa yang telah berlaku dalam sejarah, itulah sikap yang sebaiknya iaitu bersikap seperti para sahabat yang memburu dan menagih janji Allah SWT. Sekali lagi ditegaskan disini iaitu apa yang penting di saat sekarang ini berusaha memenuhi syarat-syarat yang disebutkan hadis tentang apa-apa yang akan berlaku di era kebangkitan Islam sekali lagi ini. Seperti sikap yang telah ditunjukkan oleh Abu Ayyub Al Ansari bersungguh-sungguh berharap beliau lah yang menawan Kota Konstantinopel, yang akhirnya berlaku bukan ditangannya. Perkara tersebut tidak pula membantutkan perjuangan untuk membenarkan hadis Rasulullah SAW. Walaupun beliau tidak berlaku ditangannya tetapAllah beri ganjaran sebagai satu jihad. Maka apabila berlaku pula ditangan  Muhammad Al Fateh, maka umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N