Langkau ke kandungan utama

MODEL ISLAM MALAYSIA MENDAPAT PERHATIAN DUNIA.


(Suasana hariraya aidil fitri di Seremban 26/6/2017).



Suasana aidil fitri dapat dilihat dengan adanya kunjungan silaturahim dikalangan masyarakat. Tujuan aidil fitri dalam Islam adalah untuk mengembalikan fitrah manusia, antaranya yang utama berkasih sayang. Pepatah Melayu "buang yang keroh ambil yang jernih" moto yang dipromosikan kali ini ialah "kosong-kosong". Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi SAW beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات10

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari).


Pada hari ini golongan dakwah dan anti dakwah semakin jelas jurang mereka. Golongan yang anti Islam telah menyembunyikan diri. Mereka takut dipulau dan dikutuk oleh masyarakat. Era sudah berubah, contoh kalau di kaca TV ada artis yang berlakon menjadi isteri solehah  pakai tutup aurat tetapi kehidupan sebenarnya tidak tutup aurat maka dia akan berhadapan dengan masyarakat yang tidak mahu tertipu lagi dengan lakonan mereka. Kalau artis tersebut melalui lakonannya menjadi isteri solehah maka begitu jugalah diluar dunia lakonan mereka juga adalah isteri solehah yang sebenar.


Era sekarang sudah berubah umumnya masyarakat Islam telah sedar dan insaf. Era sudah berubah, kalau dulu masyarakat kena ikut rentak artis atau selebreti. Pada era terkini sekarang golongan selebreti suka atau tidak kena ikut rentak masyarakat yang telah sedar dan insaf. Ertinya siapa suka dengan dakwah kena ikut. Siapa tidak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar ditepi jalan. Kerana era telah berubah. Era telah bertukar. Kesedaran masyarakat telah berubah, mereka inginkan sistem yang diguna pakai adalah sistem yang Allah redha. Siapa suka sistem Islam kena ikut. Siapa yang tidak suka sistem Islam pun kena ikut.


Model Islam di Malaysia mendapat perhatian dunia. Mari kita berdoa agar umat Islam terutamanya mereka yang berkuasa diberi kekuatan untuk memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa kekhalifahan. Kerana rasa-rasa inilah memberi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan manusia sebagai hamba dan khalifah.
Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat manusia berperanan. Dalam konteks yang sama, setakat mana kita dapat berperanan sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah, ia menjadi kayu ukur setakat mana sebenarnya tahap rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan yang ada dalam diri kita.


Perkembangan Islam kini di Malaysia sudah peringkat kemuncak di mana ianya telah dapat diterima di peringkat negara-negara umat Islam dan dunia umumnya. Sistem pembentukan masyarakat Islam yang di asaskan Abuya telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Sekitar akhir tahun 1970-an, Abuya telah mewujudkan model kehidupan Islam. Diwaktu itu, jemaah telah mewujudkan klinik bersalin, pasaraya, kilang kicap, kilang sos, sekolah, perkampungan Islam, kilang mee, percetakan dan beberapa projek lain. Ertinya, sudah lebih 40 tahun model Islam Abuya telah wujud di Malaysia. 


Di dalam masyarakat Islam yang Abuya cetuskan, setiap permasalahan ada jalan keluarnya. Islam itu ada cara sendiri untuk menyelesaikan masalah. Islam tidak merujuk ke timur dan barat, kerana ia datang dari Tuhan. Islam merujuk kepada model yang dilahirkan oleh Baginda Rasul yang berlangsung sekitar 300 tahun. Zaman-zaman itu disebut zaman Salafussoleh. Bermula dari era Baginda, hingga ke zaman Sayidina Umar ibnu Aziz. Sesuailah dengan sabda Baginda; 

“Sebaik-baik kurun ialah kurunku, kemudian kurun selepasku, kemudian diikuti kurun yang mengiringi kurun selepasku”. 

Model yang telah Abuya buat dan lagangkan, adalah merujuk kepada kebangkitan Islam kali pertama. Abuya tidak mereka-mereka, bahkan sangat merujuk kepada sejarah Islam dan hadis-hadis Rasulullah SAW dalam membina model Islamnya. Jadi tidak hairanlah sekiranya Abuya berjaya mewujudkan model Islam, kerana Abuya mengambil semua itu daripada Islam. Abuya tidak merujuk ke mana-mana selain Islam. Bahkan Islam Abuya sangat diterima oleh masyarakat dunia sekalipun yang bukan Islam. Itulah yang berlaku pada model Islam di kebangkitan Islam yang pertama. Semua bangsa sangat menerimanya sekalipun bukan Islam. 


Sesiapapun yang nak membangunkan Islam di kebangkitan kali ke dua ini, tidak boleh mengelak dari meniru dan merujuk serta menyalin kebangkitan Islam yang pertama. Tidak boleh hanya sekadar bercakap Islam dan manusia hanya seronok dengan kata-kata itu, seorang pendakwah mesti melahirkan model. Jika tidak, kata-katanya sekadar bahan gelak ketawa, hiburan politik, bahkan yang lebih dahsyat lagi menerima kutukan dan ancaman dari Tuhan. Wal'iyazubillah. Tuhan ingatkan di dalam Al-Quran pada surah As-Shaf ayat 2-3:

"يا أيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون، كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون" 

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu lakukan?! Besar kemurkaan Tuhan jika engkau berkata apa yang tidak engkau lakukan!” 


Jadi perlu diingatkan, untuk melahirkan sebuah model Islam, samada peringkat jemaah, kampung, bandar, atau negara; perlulah merujuk kepada apa yang telah Rasulullah bangunkan. Tidak boleh kita mereka-reka sendiri samada mengambil dari timur atau barat. Bahkan kalau merujuk Al Quran sahaja tanpa mengambil panduan daripada Rasulullah, ia hanya tulisan. Sedangkan yang sangat faham Al Quran adalah Rasulullah dalam melaksanakannya. Ini adalah ingatan dan panduan bagi mereka yang mencari jalan keluar kepada permasalahan yang ada menurut Islam.


Abuya bersama rombongan menjadi tumpuan di Medan Tiananmen, Beijing. Dakwah lisanul hal terbukti cukup menawan hati manusia. Inilah yang dilakukan oleh Saad Abi Waqqas dan Abdullah Al Bahili sewaktu mula meneroka misi dakwah ke China lebih 1400 tahun lalu.
Abuya meneroka dakwah ke China melalui misi perdagangan dan pelancongan. Dalam masa yang sama Abuya menyingkap di mana letaknya potensi negara Khurasan yang kini berada dibawah China. Telah diilhamkan oleh Allah kepada hamba-Nya yang punya pandangan mata hati.


Di sini terpahat sebuah keyakinan dan sebuah harapan- bahawa faktor China perlu diambil kira dalam percaturan kebangkitan semula Islam kali kedua. Abuya berulang alik ke negeri China, mungkin atas dorongan kata telahan dari Sayidi Syeikh Muhamad Abdullah As Suhaimi, pernah meramalkan nanti orang Cina akan Islam beramai-ramai. Masih ramai keturunan Cina di Malaysia, di Singapura dan Indonesia yang tidak pernah melawat negeri China. Jauh sekali mereka hendak pulang dan menetap disana. Kenapa? Kerana Cina di Asia Tenggara hidup serba mewah. Punya harta yang banyak.


Allah dorong individu-individu yang berasal dari China datang bertemu Abuya. Di antara mereka ialah Tuan Haji Ali Ting dan Tuan Haji Abdul Wahab. Mereka telah menunjukkan gambar-gambar suasana Islam di negeri China. Abuya merespon dengan menghantar rombongan demi rombongan ke negeri China. Di Bijing saja ada lebih 200 buah restoran kecil dan besar. Pada umumnya pandangan rakyat Malaysia berbangsa Melayu terhadap negara dan rakyat China seperti pandangan kerajaan dan laporan akhbar. Selain daripada itu, pandangan orang Melayu terhadap China seperti pandangan mereka terhadap filem-filem China di video dan TV. Pada hakikatnya masyarakat Tiongkok tidak seperti itu lagi.


Allah yang maha berkuasa dan maha menunaikan janji. Tuhan lakukan gelombang dakwah yang sudah tidak boleh disekat dan dibendung lagi. Siapakah yang menggerakan negara China membuka laluan kepada Islam pada era kebangkitan ini kalau bukan Tuhan. Kalau di Malaysia tahun enam puluhan hingga awal tujuh puluhan sesiapa yang pakai niqab atau furdah hanya nampak dua biji mata sahaja diejik hantu pocong dan sebagainya. Dulu kalau lelaki memakai jubah dan serban dianggap ketinggalan zaman dan sebagainya. Tetapi hari ini umat Islam telah celik hati dan mendapat kesedaran.


Cuma kesedaran masyarakat  belum tersusun dan sistematik dalam mengamalkan Islam. Kerana dalam Islam ada fardhu ain dan ada fardhu kifayah. Tentang fardhu ain setiap individu wajib melaksankannya. Mengenai fardhu kifayah  kalau ada sebilangan umat Islam melakukannya maka yang lain terlepas dari beban tanggungjawab tersebut. Ini semua memerlukan pimpinan dan bimbingan daripada guru Mursyid untuk menunjuk jalan menuju Tuhan. Bahkan pada hari ini macam-macam program di kaca TV untuk mengisi kesedaran masyarakat kepada Islam. Melalui drama dan iklan berbentuk islamik mendapat tempat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N