Langkau ke kandungan utama

ULAMA-ULAMA TIMUR TENGAH TERIMA PERJUANGAN ABUYA.

ULAMA-ULAMA TIMUR TENGAH TERIMA PERJUANGAN ABUYA.




 "Terdirinya Universiti Islam Tertua di dunia ini, adalah berkat pemerintahan pada ketika itu  yang begitu ta'at dengan suruhan Allah SWT dan seruan Rasulullah SAW dimana ilmu adalah teras dalam meniti kehidupan didunia sebagai suluh cahaya menuju akhirat"   -  "Ulama dahulu dibantu hasilkan kitab kerana taqwa". Abuya...ulama-ulama dahulu kemampuan mereka luar biasa".


Sebenarnya apa yang berlaku antara Abuya dan ulama-ulama Timur Tengah, dari segi perasaan satu sama lain, ialah apa yang Allah maksudkan agar orang beriman itu berpegang dengan tali Allah. Bilamana semuanya berpegang pada tali itu, nanti tali Allah itu akan mengikat antara mereka.  Bila ia berlaku perasaan antara satu sama lain akan disatukan. Hingga ianya menjadi satu rangkain rohani. Samaada ia disedari atau tidak ia pasti berlaku. Ikatan dan hubungan itu yang berlaku bersifat rohani. Kesannya dapat dilihat pada sikap manusia yang dapat dilihat secara lahir. Universiti Qarawieyyin adalah simbul berkat pemerintahan ketika itu"


Sinarai tokoh-tokoh yang bertemu dan mendokong perjuangan Abuya, diantara mereka ialah: Syeikh Dr. Abdus Salam Al-Harras, Syeikh Dr. Abdullah Gannun, Syeikh Abdullah Al-Ghimari adalah Ahlul Bait dari S. Hassan R.A dan adik beradiknya juga adalah ulama. Al Ghumari mereka daripada cucu Rasulullah S.A.W. Syeikh Al-'Iraqi, Syeikh DR. abdurrahman Al Adawi dari Mesir' Syeikh Dr Sayyid Alwi Al Maliki dan ramai lagi.


Abuya dan perjuangannya diterima oleh ulama-ulama di timur tengah. Terutamanya di Negara Maghribi yang masih mempertahankan soal keberkatan dan memperjuangkannya. Kerana mereka tertarik dengan pendekatan Abuya secara ilmu hikmah dan kasih sayang. Hati-hati mereka tersentuh dengan perjuangan Abuya, sebab itu diterima.  Keupayaan menyatupadukan dikalangan ulama daripada pelbagai negara di Timur Tengah adalah suatu anugerah besar Tuhan. Ertinya ianya mengulangi kebangkitan pertama. Di waktu manusia berpecah belah sekalipun dalam satu keluarga, maka kalau ada yang boleh mengingatkan daripada pelbagai negara ini adalah suatu anugerah besar daripada Tuhan.


Penerimaan para ulama terdiri daripada ulama kerajaan dan ulama bebas. Abuya diterima baik oleh ulama-ulama besar di Maghribi, seperti Syeikh Dr. Abdus Salam Al-Harras, kawan baik Abuya, juga pensyarah di universiti-universiti di sana. Beliau adalah ketua Gabungan Islam Ulama Afrika Utara. Beliau sangat mengikuti perkembangan jemaah Abuya dan sangat mendokong perjuangan Abuya. Ketika pertama kali bertemu Abuya pada 1986, dia telah berkata, "Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di negara kamu, buktinya kamu datang membawa Islam ke mari". Katanya lagi, baginda Rasul S.A.W.-lah yang memberitahunya sebelum Abuya tiba di rumahnya.


Selain Syeikh Dr. Abdus Salam, terdapat beberapa lagi kawan-kawan Abuya yang mereka adalah ulama muktabar besar di sana. Mereka ialah Syeikh Dr. Abdullah Gannun, Syeikh Al-'Iraqi, dan  Syeikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghimari. Kata Syeikh Abdullah As-Siddiq Al-Ghimari pada Abuya, "Kebangkitan Islam akhir zaman bermula dari tempat kamu". Syeikh Abdullah Al-Ghimari adalah Ahlul Bait dari S. Hassan R.A., cucu Rasulullah S.A.W.



Tingkap kecil yang kelihatan itu adalah asrama atau  bilik tempat tinggal para pelajar dan Ilmuan Islam pada zaman itu. Penerimaan kaum Berber dan kemudian diikuti dari mereka kalangan bangsa Arab islam yang mula menduduki kawasan utara Afrika, selain berdagang mereka membawa risalah Islam kepada masyarkat tempatan. Suku kaum baru yang gelar Arab Berber hasil  perkahwinan dikalangan mereka melahirkan generasi baru. 


Selain di Andalusia di Sepanyol ramainya ilmuan Islam di lahirkan, tidak kurang pula di negara Morocco itu sendiri. Bandaraya Fez menjadi satu tempat yang begitu terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu ketika itu. Pemerintah yang taat dengan agama mendirikan pusat pendidikan dan pengajian dalam pelbagai cabang ilmu Islam, sains dan lain-lain lagi.

(Salah satu sudut Madrasah, tingkap kecil untuk bilik2 para penuntut, mungkin kah Ibnu Khaldun pernah menginap di bilik itu). 


Menurut Abuya, ulama-ulama zaman dahulu mampu menghasilkan kitab-kitab besar dan masyhur dalam masa yang singkat kerena mereka dibantu oleh Allah hasil ketaqwaan mereka. Abuya kata kalau sekadar menggunakan akal, tidak mungkin mereka mampu memikirkan dan menghasilkan kitab-kitab yang masyhur sepanjang zaman walaupun mempunyai IQ genius sekalipun. Buktinya, menurut Abuya, daripada sekian ramai pemegang PHD daripada Al Azhar hari ini, tidak ada yang dapat mampu menandingi kitab-kitab yang mampu menandingi kitab-kitab karangan ulama-ulama dahulu. Mereka yang telah menyelesaikan masalah umat sejagat, khususnya pada zaman mereka.


"Sedangkan kebanyakkan ulama dahulu itu, umur mereka bukan panjang hingga menjangkau 100 tahun tetapi hanya 64 tahun,50 tahun, atau 30 tahun sahaja." Kata Abuya dalam perbincangan tidak rasmi dengan pucuk kepimpinan jemaah. Abuya berkata, ini menunjukkan kemampuan ulama-ulama dahulu mengarang kitab sangat luar biasa. "Kalau bukan kerana Allah SWT beri bantuan dengan ilham dan ilmu laduni, tidak mungkin seseorang itu mampu mengarang kitab-kitab dengan begitu banyak dan tebal-tebal pula."
Abuya memberi contoh kitab-kitab karangan Imam Sayuti yang berjumlah 600 buah tetapi umur beliau setakat 53 tahun sahaja. Umur Imam Ghazali yang mengarang kitab Ihya' Ulumiddin yang masyhur dan umur Imam Syafi'i yang mengarang kitab besar Al Umm, hanya sekitar 50 tahun. Manakala Imam Nawawi, mengarang kitab Majmuk , wafat ketika berumur 30 tahun.


Tambahan pula, menurut Abuya, kemudahan untuk mengarang dan mencetak di zaman itu tidaklah secanggih hari ini. Contoh hendak menyiapkan sesebuah kitab misalnya terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan seperti terpaksa memikirkan dakwat, kertas,alat cetak dan sebagainya. Abuya berkata, jelaslah bahawa taqwa yang mereka miliki adalah punca Allah SWT bantu dengan ilham dan ilmu laduni. Ulama-ulama hari jarang menerimanya. 


Malangnya, kata Abuya, ramai ulama hari ini terlalu mudah menolak dan menafikan kitab-kitab ulama dahulu. Mereka berbuat begitu hanya semata-mata didorong oleh rasa prejudis dan pandangan sempit. Padahal kemampuan mereka sendiri tidak sampai kemana. Jika dibandingkan dengan ulama-ulama dizaman Salafussoleh hingga sebelum jatuhan empayer Turki Usmaniah. "Ada yang mempertikaikan kesahihan Hadis dalam kitab Ihya' Ulumiddin, tetapi ironis sekali, akhirnya diketahui umum bahawa yang mengkritik Imam Ghazali itu, bacaan fatehahnya pun tidak betul tajwidnya. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N