Langkau ke kandungan utama

ABUYA MEMAHAMKAN KITA JADUAL ALLAH.

ABUYA MEMAHAMKAN KITA JADUAL ALLAH.


Timur sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua. Maka Abuya berjuang besungguh-sunguh supaya Malaysia yang di maksudkan tapak tersebut dan kini menjadi kenyataan. Negara Uzbekistan belum bersedia untuk merdeka. Maka dua kali buat pilihanraya namun keputusannya tetap tidak bersedia. Pertama kali buat pilihanraya 96% tidak mahu merdeka. Kali kedua 76% tidak mahu merdeka daripada Rusia. Oleh kerana Rusia ibarat singa tua yang sudah nyanyuk tidak mampu bagi makan anak-anak maka disuruh cari makan sendiri. 


Apabila merdeka sahaja, Abuya bersama rombongannya yang pertama sampai untuk membenarkan hadis. Abuya mengirim 23 orang pelajar-pelajarnya berdakwah di sana. "Setiap hari pelajar-pelajar ini mengislamkan masyarakat disana. Ketika Abuya datang ke Uzbekistan, mereka menyambut Abuya dengan berkata, "Imam kami sudah datang" Ini juga membenarkan hadis kawasan Khurasan dari Afghan hingga ke Yunan. Yunan sudah pergi tujuh kali ikut darat. Mereka kata; Imam sudah datang". Sedangkan bangsa lain susah terima kepimpinan Abuya.


Semua dunia ikuti berita Rusia terpaksa keluar daripada Afghanistan. Kerana sudah tidak mampu bertahan lagi disana. Mantan President Soeharto adalah calon tunggal di kalangan ketua-ketua negara yang Allah pilih untuk mendapat hidayah dan taufiq dalam merealisasikan Islam. Sekalipun baru di peringkat awal, namun perubahan yang dibuat sudah lebih besar dari yang mampu dibuat oleh pejuang biasa. Petanda bahwa jadual kebangkitan Islam di Timur sudah begitu hampirnya. 


Membaca Jadual Allah untuk umat Islam maka kita akan terjumpa satu agenda yang berbunyi :” Akan berlaku di akhir zaman, Islam muncul dari bumi sebelah Timur”
(Hadis Rasulullah SAW dipetik dari kitab Sababul Inhithath Al Muslimin karangan Sayid Hassan Ali An Nadawi)

Sejak wafatnya baginda Rasulullah hinggalah ke hari ini, orang-orang alim dan beriman sentiasa mencari-cari dan menunggu-nunggu bila terjadinya jadual itu. Orang-orang Mukmin mengharap biarlah terjadi kebangkitan itu di zaman dan di tangan mereka. Namun terbukti bahawa ianya belum pernah terjadi sebelum ini, walaupun sudah ramai umat Islam dari Iran, Iraq, Sudan, Indonesia dan lain-lain tempat yang mencuba agar terjadi di tangan mereka.


Perihal Jadual ALLAH ini, ia pasti terjadi. Tidak akan ALLAH dan Rasul berbohong dan mungkir janji. Kita tidak boleh mengenepikan Hadis yang sangat masyhur ini. Bahkan orang-orang Yahudi dan kristian pun sangat yakin dengan ungkapan agung ini, masakan umat Islam pula meraguinya. Pak Harto, Presiden Indonesia [saat artikel ini ditulis*], ketua kepada 180 juta manusia, tahu dan yakin akan khabar gembira [busyro] untuk umat Islam ini. Dan lagi pula cuaca dunia akhir-akhir ini, terutama di awal kurun ke-15 Hijrah ini, seperti berbunga dan berbau Islam.


Menteri Keuangan Malaysia [saat artikel ini ditulis *], Anwar Ibrahim sejak dulu-dulu lagi selalu melaung-laungkan: “Zaman ini, the rising tide of Islam.” Lee Kuan Yew, bekas PM Singapura itu pun, sekalipun bukan Islam tetapi beliau nampak tanda-tanda kebanjiran kebangkitan Islam akan melanda dunia. “la tidak dapat dibendung lagi,” katanya.
Telahan beberapa tokoh hampir-hampir menjadi kenyataan, bahawa Islam bangkit di Timur. 


Antara yang membuat telahan mengenai potensi bumi sebelah Timur itu ialah:
1. Dr. Abdul Sallam Harras, pensyarah Universitas Qarawiyyin, Maghribi. Beliau pernah berkata kepada rombongan Pendakwah dari Malaysia yang menziarahi rumahnya, “Islam akan bangkit kembali bermula dari kamu (Timur).”
2. Malik Bennabi, – penulis terkenal Algeria. Katanya: “Selepas Perang Dunia Kedua, Islam akan berpusat di Asia Tenggara. Bukan lagi berpusat di Makkah, Mesir, Turki atau Yaman Selatan.”
3. Judith Nagata, penulis Amerika. Menurutnya, “Islam tidak bangkit lagi di Timur Tengah.”
4. Asy Syahid Hassan Al Banna pernah berkata, “Kekuasaan dunia dipegang secara bergilir-gilir oleh manusia Timur dan Barat. Mula-mula bangsa Qibti [Timur] berkuasa. Kemudian ia dikalahkan oleh bangsa Yunani [Barat]. Bangsa Yunani dikalahkan oleh orang-orang Parsi [Timur]. Parsi kemudiannya dikalahkan oleh Rom [Barat]. Rom kemudiannya dikalahkan oleh bangsa Arab/Islam [Timur]. Setelah itu kekuatan Islam mula merosot, dan pihak Barat pula mengambil alih kuasa dunia.”
Berdasarkan sifir Hasan Al Banna ini, dan melihat pada suasana dunia hari ini yang memperlihatkan Barat sedang menuju kehancuran, maka Timurlah yang akan mengambil alih kekuasaan dunia dari tangan Barat.
5. Mahmud Bajanji; bekas Perdana Menteri Iraq. Pernah beliau berkata di satu majlis, “Semua bangsa yang memeluk agama Islam telah mengalami zaman keemasan. Kecuali bangsa ini [sambil menunjuk wakil Indonesia]. Saya yakin bangsa inilah [Melayu] di belakang hari yang akan memimpin dunia Islam.”
6. Nostradamus, Futurist Perancis berketurunan Yahudi yang terkenal itu, pun pernah meramalkan mengenai kemunculan seorang penyelamat akhir zaman di Timur.
Katanya:
“The long awaited one will never come into Europe; instead he will appear in Asia… He will dominate over all the Rulers of the Orient.” 
“Tokoh yang sekian lama dinanti-nanti tidak akan muncul di Eropa, sebaliknya dia akan muncul di Asia… Dia akan menguasai semua pemerintah di Timur.”
7. Joyoboyo, kitab Babad Tanah Jawi, memberitakan bahawa Indonesia [Timur] akan menjadi negeri “gemah ripah loh jinawi” (adil dan makmur), “subur kang sarwa tinandur murah kang sarwa tinuku” (yang ditanam subur dan barang-barang bisa dibeli dengan harga murah). Ini berlaku selepas Nusantara mengalami tiga proses kepimpinan iaitu: yang membebaskan umat Islam dari penjajahan.
b. Satria Mukti Wibawa – satria yang penuh dengan wibawa.
c. Satria Piningit – satria yang disimpan oleh Tuhan dan merupakan orang kanan Ratu Adil (Imam Mahdi). Jika disesuaikan dengan hadis, ‘satria piningit’ yang dimaksudkan itu adalah Pemuda Bani Tamim.
8. E.J. Brill dalam ensiklopedia susunannya, E.J. Brill’s First Encyclopaedia of Islam (1913-1936), di halaman 115 menyebut bahawa umat Islam akan mendatangi Pemuda Bani Tamim yang datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Imam Mahdi.


Timur yang dimaksudkan bukan lagi Iran atau Iraq tetapi di Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand clan Filipina. Maka paling bijak dari segala ketua negara, Presiden Soeharto bukan saja tahu bahkan bersiap sedia untuk menyongsong rahmat yang kian tiba. Kekuatan inilah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Yakni tampilnya seorang ketua negara dengan penuh berani menjunjung Islam.
Tentu Pak Harto tahu risikonya namun selaku orang Islam, tentu bapak yakin pula bahawa kuasa ALLAH mengatasi segala kuasa yang ada.
Gara-gara Islamnya kabinet Pak Harto, sesungguhnya memperlihatkan satu lagi petanda bahawa inilah zamannya Jadual ALLAH itu sedang berlaku. Bila sebuah istana terbuka pintunya untuk menerima iman, lalu berubahlah sebuah negara dan rakyatnya.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N