Langkau ke kandungan utama

MAGHRIBI BANYAK MELAHIRKAN TOKOH TERKENAL.





(Abuya bersama salah seorang tokoh ulama Maghribi, adik beradiknya terdiri dari ulama terkenal iaitu Al Ghumari).


"Ulama dahulu dibantu hasilkan banyak kitab kerana Taqwa."
(Abuya Imam Ashaari At Tamimi). Maghribi (Morocco) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang banyak melahirkan ulama-ulama. Negara Maghribi ada sebuah Universiti tertua di dunia. Mendahului Universiti Al Azhar. Kota Fez di Maghribi pernah menjadi kota penting, iaitu sebagai ibu kota pertama negara itu dan pusat spiritual Islam. Fez didirikan pada 789 Masihi oleh Idris bin Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad SAW yang melarikan diri ke Maghribi kerana dianiaya oleh Kerajaan Abbasiyah. Beliau kemudiannya mendirikan Kerajaan Idrisiyah di Fez. Kota Fez kemudian dibangunkan oleh Idris II pada 809 Masihi dan berkembang dengan pesat serta menjadi ibu kota pemerintahan Idrisiyah. Fez menjadi tumpuan imigran Islam dari Cardova dan Qairawan.


Abuya membawa kami XPDC keseluruh bandar-bandar di Maghribi (Morocco) pada tahun 1986. Kota Casabalanca adalah bandar terbesar di Maghribi. Kewujudan Masjid dan Universiti Qairawan menjadikan Fez terkenal sebagai pusat kajian Islam. Peninggalan lain berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemui sekarang. Sejumlah madrasah tidak lagi berfungsi selain sebagai tempat ibadat. Meskipun sejumlah karya seni di kota ini telah hilang keasliannya, namun Fez tetap menggambarkan sebuah kota besar kuno yang pernah terkenal. Masjid Qairawan di kota Fez dibina pada masa Yahya I bin Muhammad dari kerajaan Idrisiyah. Masjid ini dapat menampung hampir 10,000 jemaah.


Fez juga menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan dengan adanya Universiti-Masjid Qairawan. Gerbang kota Fez, merupakan salah satu gambaran kebesaran kota ini pada abad pertengahan. Fez juga sarat dengan peninggalan lainnya yang masih dapat kita lihat sehingga kini.
Idrisyiah Selama 300 tahun sejak didirikan, Fez dikuasai Kerajaan Idrisiyah, Fez kemudian jatuh ke tangan al-Murabitun pada 1075 dan al-Mwahhidun pada 1145. Pada 1248, Fez direbut oleh Kerajaan Mariniyah dan dijadikan ibu kota. Ketika kaum Sa'adiah berkuasa, mereka memilih Marakesh sebagai ibu kota. Ketika Sultan Maghribi, Abdul Aziz bin Hassan naik takhta, Fez kembali menjadi ibu kota. Namun pada 1911, kota ini dikuasai oleh Perancis.


Fes atau Fez bandar kedua terbesar di Maghribi. Rabat (الرباط, ar-Rabāṭ atau ar-Ribāṭ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar berpenduduk 1.2 juta orang (anggaran 2005) ini juga merupakan ibu kota kawasan Rabat. Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berpelembagaan, seperti Malaysia. Maghribi (Morocco) merupakan negara di benua Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam. Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan Nato Amerika Syarikat yang utama. 


Maghribi (Morocco)mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibralta sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975. Bandar-bandar yang terdapat di Maghribi: Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa yang lain berasal daripada nama Marrkech, ibu kotanya yang dahulu. Marrakech pula berasal berasal daripada ungkapan bahasa Berber yang bermaksud "Tanah Tuhan". Selain menjadi pusat gerakan politik dan agama dalam melawan penjajahan Perancis pada awal abad ke-20, 


Pusat Kemerdekaan
Ketika ini, peranan Fez sebagai sebuah kota negara yang utama telah berkurangan meskipun masih menjadi ibu kota wilayah. Peranannya sebagai pusat pemerintahan digantikan oleh Rabat. Casablanca juga telah menggantikannya sebagai pusat perdagangan negara.
Namun keluarga terkemuka dari Fez masih memainkan peranan di kalangan elit politik Maghribi. Fez sebagai pusat sejarah nasional dan pusat keagamaan Islam. Selain masjid, kota Fez ada banyak bangunan madrasah, kewujudan Madrasah Bu'inaniyah dan madrasah yang lain membuatkan kota Fez dikenal sebagai pusat kebudayaan dan pendidikan. Gerakan Kemerdekaan. Ketika Perancis berkuasa di Maghribi, muncul gerakan penentangan yang berasaskan agama untuk melawan Perancis.


Di antara tokoh yang terkenal ialah Ibnu Battutah. Seorang tokoh ulama Nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Barber dari golongan Muslim Sunni beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki dan pernah berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau terkenal sebagai penjelajah, pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi kawasan yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldive, Sri alanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari MarcoPolo yang hidup hampir se era dengan beliau.


Setelah selesainya Rihla (XPDC)pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.
Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.


Maghribi dan Sistem Negara Islamnya
Morocco atau dikenal juga dengan Maghribi merupakan salah satu dari negara Islam di dunia moden ini yang masih mempertahankan sistem kerajaan (monarchy). Sesuatu mata tambahan yang perlu diberikan kepada Morocco adalah di mana sistem beraja negara ini berhasil menyelamatkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi pertama negara dengan meletakkan bahasa Perancis sebagai bahasa kedua - walaupun bahasa Perancis memiliki perananan yang sangat kuat di kalangan rakyat negara Barat Islam ini.


Islam sudah menjadi agama bagi penduduk Maghribi sejak abad ke 7M (abad pertama lahirnya Islam) lagi yaitu ketika Sahabat Uqbah bin Nafi' menyebar Islam sampai ke hujung Barat Afrika merentasi Tunisia dan Aljazair.Sedangkan akidah Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah persepsi al-Asy’ariyyah sudah masuk di Maghribi sejak dinasti Almoravid (المرابطين) pada kurun ke 10M. Menurut Prof. Dr. Idris bin Ahmad Khalifah – Rektor Kuliyyah Usuluddin, Universiti Qarawiyyin di Tetouan – berpendapat bahwa bukti mazhab Asy’ariyyah telah menjadi mazhab akidah di Maghribi walaupun tidak secara rasmi adalah berdasarkan dari fatwa Ibn Rusyd (w. 520H) – seorang ulama fiqh mazhab Maliki terkenal yang mengarang kitab Bidayah al-Mujtahid – yang menetapkan bahwa Asy’ariyyah adalah mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.[1]


Kitab al-Aqidah al-Asy'ariyyah karangan Prof. Dr. Idris Khalifah
Sejak dari itu, Asy’ariyyah adalah pegangan kuat ulama Maghribi yang tidak terhitung berapa banyak ulama yang lahir dan memperjuangkan mazhab ini. Dari bandar Fes yang merupakan University pertama di dunia, yaitu Jami' Qarawiyyin dalam hal ini melahirkan ulama Asy’ariyyah seperti Ibn Rushayd al-Sabti, Ibn Asyir, Ibn al-'Araby, al-Makudi, Imam Jazuli, Imam al-Tijani, Mohammed Ibn al-Hajj al-Abdari, Abu Imran al-Fasi, Leo Africanus, dan bahkan seorang filosuf Yahudi terkenal Rabbi Moshe ben Maimon, serta banyak lagi ulama yang lainnya.


Dengan melihat sistem pemerintahan Morocco serta perlembagaan negara dan agamanya, maka Morocco pada dasarnya hampir sama dengan Malaysia. Hanya perbezaannya terletak pada mazhab fiqh di mana Malaysia memilih bermazhab Syafi'I sedangkan Morocco bermazhab Maliki serta terdapat sedikit perbezaan dalam sistem politik mereka. Sedangkan di Indonesia pula, ke-Islaman di Morocco memiliki kemiripan yang kuat dengan organisasi Islam terbesar dunia yaitu Nahdlatul Ulama.[2] Di dalam perlembagaan Nahdlatul Ulama ditetapkan bahwa pandangan akidah berpegang pada akidah al-Asy'ariyyah, atau al-Maturidiyyah, sedangkan dalam Fiqh berpegang pada Mazhab empat yaitu salah satu dari mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'I, dan Hanbali, serta dalam hal Tasawwuf berpegang pada metode Imam al-Ghazali dan Imam Junaid al-Baghdadi.[3]















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N