Langkau ke kandungan utama

MODEL KEPIMPINAN SEJATI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

MODEL KEPIMPINAN SEJATI ERA KEBANGKITAN ISLAM.


(Suatu pandangan biasa diperingkat awal perjuangan Abuya menjala ikan).

(Dua orang anak Abuya dilatih dari kecil dalam kepimpinan).

(Haji Abdul Halim seorang yang berpengalaman dan berpengaruh, walaupun tidak memiliki apa-sijil).

Kata Imam Ashaari At Tamimi: "Pemimpin sejati ialah orang yang berada di tengah kehidupan pengikutnya , bukan yang berada dimajlis-majlis rasmi sahaja."Beliau bermadah: "Pemimipin yang sejati ialah orang yang diikuti tutur kata dan gerak-gerinya' sekalipun dia tidak memintanya." Carilah pemimipin yang bercakap dari hati kerana kata-kata dari hati akan jatuh ke hati."


Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi sering mengingatkan kaum keluarga dan pengikut-pengikutnya bahawa tugas kepimpinan merupakan satu tanggungjawab. Ia bukan jawatan kebanggaan. Pemimpin adalah khadam ummah, yakni menjadi wakil Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Inilah falsafah kepimpinan yang Abuya lagang didalam jemaahnya. Atas dasar itulah jawatan kepimpinan dalam perjuangan Abuya tidak pernah dipertandingkan.


Abuya Imam Ashaari Bin Muhammad At Tamimi selaku kepimpinan nombor satu, tetap memimpin jemaah ini dari dulu hingga beliau pergi bertemu Allah. Begitulah secara istiqamah Abuya menyalin model kepimpinan Rasulullah SAW. Kata Abuya:"Sejarah adalah guru yang terbaik. Dari sejarah kita dapat panduan. Sejarah menjadi dacing pertimbangan untuk kita. Melaui sejarah kita termotivasi untuk berbuat. Melalui sejarah yang kita hayati membantu menyuburkan cita-cita kita." 


Pemimipin-pemimipin dibawah beliau ditunjuk olehnya sendiri atau oleh syura. Selaku khadam ummah, pemimpin adalah sebahagian daripada masyarakat yang dipimpinnya. Oleh itu para pemimpin yang Abuya lantik tinggal dirumah -rumah yang tidak berbeza dari rumah ahli biasa. Mereka boleh makan sedulang, berbual mesra dan tidur baring bersama pengikut. Kenderaan pemimipin boleh diguna oleh pengikut. Tidak ada gap yang memisahkan pemimipin dari pengikut.


Budaya kehidupan tersebut mencetuskan kasih sayang antara pemimpin dan pengikut. Berlaku kemesraan dan ikatan hati antara pemimipin dan yang dipimpin. Sebagaimana pemimipin yang mempunyai tanggungjawab terhadap pengikut. Maka pengikut juga punya tanggungjawab terhadap pemimipin. Tanggungjawab pengikut adalah taat kepada pemimipin atas dasar mematuhi perintah Allah.
Orang-orang yang dapat pimpinan dilatih bersikap "dengar dan taat".

Maksud firman Allah:"Taatilah Allah, Taatilah Rasul dan ulil amri (pemimpin)dikalangan kamu." (An Nisaa 4:59).

Kepimpinan sufi adalah sangat seni. Bagaimana pun, pemimipin mesti tahu seni-seni dalam kepimpinan supaya kepimpinanya diterima dari hati, bukan kerana terpaksa. Abuya sendiri adalah orang yang paling berseni dalam menjayakan kepimpinannya. Beliau menekankan perlunya seorang pemimipin itu punya wibawa supaya kepimpinannya dapat diterima. Selain itu perlu ada seni dalam menegur agar kasih sayang antara pemimpin dan pengikut tetap terjalin. 


Pemimipin sejati mesti bersifat pendidik, kerana dia bukan saja bertanggungjawab memimpin pengikut kepada keselamatan hidup di dunia tetapi juga di Akhirat. Abuya sering bersama dengan team kepimpinannya, ketika rasmi dan tidak rasmi. Abuya banyak memberi ruang tidak rasmi bersama kepimpinan dan tetamu untuk berkongsi dan bertukar maklumat terutamanya selepas solat berjemaah. Begitulah yang Abuya menyalin apa yang berlaku kepada kepimpinan Rasulullah SAW dengan para sahabat ketika itu. Indahnya kepimpinan dalam Islam ianya bersahaja tetapi sangat bertanggungjawab.


Abuya menjala bersama anak-anak muridnya. Suatu pandangan biasa diperingkat awal perjuangan Abuya. "Ciri utama seorang pemimipin Islam ialah taqwa." Pemimpin-pemimipin dalam jemaah Abuya dilatih agar tidak terburu-buru menegur apalagi menghukum seseorang pengikut yang melakukan kesalahan atau kesilapan. Beri peluang kepadanya untuk buat perubahan dan membaiki kesalahan atau kesilapan dan disamping doakan dia.


Kesabaran dalam memimpin dan mendidik ini akan memberikan hasil yang cepat walaupun terasa macam lambat" Bila seseorang itu berubah hasil didikan penuh sabar, perubahan itu akan berlaku secara sepenuhnya dan dari hati yang benar-benar insaf. Kalau terpaksa menegur, pemimpin perlu secara berhikmah supaya tidak menjejas kasih sayang. Misalnya, dengan menegur secara umum melalui ceramah tanpa menyebut nama orang berkenaan. 


Atau mengadakan pertemuan empat mata dan membuat teguran melalui kiasan hingga orang itu tidak terasa dipersalahkan, sebaliknya rasa dididik dan diberi kasih sayang. Orang yang bertaqwa dan berakhlak ialah orang yang telah berjaya mendidik dirinya dan mampu mendidik orang lain. Selain bertaqwa pemimpin juga dilantik dari kalangan mereka yang berilmu dan cerdik. Ilmu pengetahuan Islamnya cukup terutama dalam soal-soal kepimpinan dan dia dapat menghayati minda Mursyidnya dalam segenap aspek kehidupan.
Biasanya dia banyak pengalaman ; banyak belajar dari alam dan dari kehidupan. 


Dua kriteria utama dalam menilai dan melantik pemimpin ialah ⚫️ bertaqwa ⚫️ dan memahami minda. Juga kriteria yang mesti ada pada pemimpin itu yang akan dilantik dia seorang yang berpengaruh, disegani dan dihormat" Pandangan dan kata-katanya serta arahannya dipercayai, disegani dan dihormati, didengari dan ditaatisekalipun dia belum menjadi pemimpin secara rasmi dimana-mana peringkat. Kelulusan dan seniority bukan syarat utama.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N