Langkau ke kandungan utama

BERJUANG MENAGIH JANJI ALLAH.

(Abuya dan rombongan Di Uzbekistan).

(Masyarakat Islam Uzbek)
(Abuya di Thailand).
Masa jatuh bangunnya Islam sepanjang zaman sudah diatur Allah. Semuanya bergerak mengikut program. Inilah yang dikatakan JADUAL ALLAH. Iaitu rentetan peristiwa yang telah disusun oleh Allah dengan begitu sistematik untuk agamaNya. Bila dijadualkan Islam jatuh, berlakulah peristiwa-peristewa yang membawa kejatuhannya. Bila dijadualkan Islam naik, akan berlakulah pula peristewa-peristewa yang akan memenangkannya. Bagi pemimipin yang dipimpin Allah dan para pejuang yang punya pandangan mata hati (basyirah) dan ilmu ilham (anugerah Allah kepada seseorang kerana kebersihan hatinya). 


Melalui Jadual Allah ini sebagai silibus perjuangan bagi pemimpin yang dipimpin Allah dia mendidik pengikutnya. Dia juga mendidik pengikutnya sama-sama menyelusuri Jadual Allah itu. Akhirnya, mencurah-curahlah berbagai-bagai 'hadiah' yang Allah janjikan untuk orang yang mengikuti jalan-Nya sebagai mana firman-Nya,"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al Ankabut 29:69).


Walaupun nama Khurasan sudah padam dari atas peta dunia, namun peta yang ada di tangan pemimpin Islam dari Timur itu lain. Khurasan itu pangkalnya di Afghanistan, meliputi Uzbekistan, sebahagian kecil Iran, sebahagian Pakistan, memanjang ke Barat China meliputi wilayah Xinjiang hingga ke Yunan hujungnya. Kabul ibu negara Afghanistan merupakan pangkal Khurasan. Rusia pernah sebut pada Amerika Syarikat, kami telah berpengalaman menghadapi Afghanistan  dan hasilnya terpaksa keluar dan memberikan kesan buruk pada ekonomi kami. Namun Amerika tidak menghiraukan pandangan Rusia tersebut, tetap masuk berperang di Afghanistan. Untuk menunjukkan kuasa besarnya keupayaannya menjadi orang tengah kepada perang saudara yang berlaku di Afghanistan.


Bumi Khurasan terus menjadi perhatian dan di telusuri oleh
Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi dan rombongan di makam Saidina Khutham ibn Abbas, sepupu Rasulullah SAW, di Samarqand Uzbekistan. Terkenal dengan gelaran "Raja yang hilang ".antara karamahnya, diceritakan ketika beliau sedang bersembahyang, datang seorang musuh memancung kepalanya. Lantas diambil semula kepalanya itu dan beliau terus ghaib. Lalu didirikanlah makam tempat beliau ghaib itu. Keghairahan masyarakat Uzbek kepada Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Tambahan pula mereka sudah nampak kaedah Islam yang mereka perlu contohi.


Abuya menggerakkan perjuangannya mengikut jadual Allah menjadikan perjuangannya satu tajdid. Beliau jadi peneroka dalam minda tajdid (ilmu-ilmu baru) dalam perjuangan Islam. Mindanya sentiasa berkembang laju. Tidak terkejar oleh musuh-musuhnya. Kekuatannya luar biasa kerana ia mendapat bantuan Allah. Apa saja dibuatnya diberkati. Serba berhasil dan tepat. Stratiginya mengena.
Dengannya juga segala peristiwa dunia sebelum berlaku sudah diketahuinya. Bukan berdasarkan ramalan, analisis otak, telahan atau andaian-andaian. Ianya adalah benar-benar Allah singkapkan pengetahuan mengenainya melalui ilham secara tepat. Maka dengan kelebihan-kelebihan itulah kemenangan Islam direncanakan.


Satu kenyataan yang tidak dapat ditolak ialah kawasan Timur kini sedang rancak dilanda arus kebangkitan Islam. Ini bertepatan dengan isyarat Hadis bahawa diakhir zaman Islam akan bangkit disebelah Timur. Dari Hasan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:"Bala akan menimpa keluarganya hinggalah Allah mengutus Panji-panji dari Timur berwarna hitam. Siapa menolongnya Allah akan menolongnya dan siapa menghinanya Allah akan menghinanya hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti namaku, mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya." (Riwayat Nu'aim bin Hammad).

Berkata pula Sauban r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang Panji-Panji Hitam di sebelah Timur seolah-olah hati mereka Itu bagaikan cairan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbaiah kepada mereka sekali pun merangkak di atas salji."


Seterusnya mengikut jadual itu lagi, pejuang-pejuang dari Timur akan bergabung dengan pejuang Islam di bahagian-bahagian lain. Gabungan ini atas dasar persamaan matlamat dan dasar perjuangan. Inilah yang dijelaskan oleh sebuah riwayat dalam sebuah kitab As'afur Raghibin. "...Kemudian wali Abdal dari Syam mendatanginya (Imam Mahdi), diikuti oleh wali Nujabak dari Mesir dan golongan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya kelompok dari Khurasan..." Ketika Abuya dan rombongannya berada di Uzbekistan 
menjadi perhatian ramai terutamanya ketika menziarahi salah sbuah madrasah yang terdapat di Uzbik "


Itulah proses-proses yang sedang berlaku di Timur dan Khurasan dalam jadual Allah. Kalau kemaraan Islam di akhir zaman umpama satu badan, Timur adalah nadi dan Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah pemimpin, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini. Sedangkan Khurasan adalah penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam kuat dan lebih aktif bergerak. Ertinya bila Islam di Timur dan Khurasan bersatu, Islam akan mendapat kekuatan baru seperti yang ditunggu-tunggu selama ini. Penyatuan ini tepat seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. 


Perkara tersebut telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW sama ada dari segi masa, tokoh yang terlibat cara dan bentuknya. Era kebangkitan Islam akan memancarkan cahayanya dan menerangi kegelapan muka bumi ini. Inilah berita baik untuk Timur, untuk Khurasan dan untuk dunia seluruhnya. Satu berita baik yang akan menjadi seperti sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ketika zahirAl Mahdi sebagai khalifah Allah maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusialah tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat."


Inilah formula ke arah tertegaknya DUNIA BARU ISLAM, kontra kepada Order Baru Dunia tajaan Amerika. Inilah jadual Allah yang akan membawa keamanan dan kebahagian dunia. Umat Islam mesti berjiwa besar untuk merealisasikannya. Kita tidak boleh terus berpeluk tubuh melihat "jadual- jadual syaitan " menumpahkan darah manusia dan merosakkan dunia. Jadual Allah hendaklah diisi oleh kerja, bukan angan-angan atau mimpi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N