Langkau ke kandungan utama

HALANGAN MENDAPATKAN CINTA AGUNG.

HALANGAN MENDAPATKAN CINTA AGUNG.





Maksudnya:"Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.(Al Bayyinah 98:8)

Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi membimbing dan mendidik kita cara-cara untuk mendapatkan cinta Agung. Caranya melalui jalan-jalan yang telah di ajarkannya kepada kita. Sekarang kita kongsikan semula cinta agung tersebut. Menurut Abuya cinta ini ada peringkat-peringkat. Siapa yang mengalaminya, dia akan merasainya sendiri. Dan rasa itu, diantara satu ke satu tahap yang lain tak sama. Tahap ini, ini rasanya. Tapi rasa itu tak boleh dicerita. Namun namanya boleh diberitahu. Macam kita mula jumpa seseorang. Mula-mula berjumpa itu mungkin berbual-bual, selepas itu rasa sayang. 


Lepas itu mendalam lagi cinta. Bila mendalam timbul rasa asik, lepas  itu jadi mabuk. Itu istilahnya. Rasanya masing-masing saja dapat tahu.
Rasa minat dengan sayang tentu berbeza. Bila sampai peringkat cinta, tentu berbeza sayang dengan cinta. Cinta dengan asik juga berbeza. Bila sampai mabuk, itu juga lain. Jadi memanglah ia berperingkat-peringkat. Bagi kita mengikut kebiasaannya, cara-cara biasa, tentu ia melalui peringkat itu. Sebab memerlukan ilmu dulu, melalui perkenalan dulu dan seterusnya. Tapi mungkin ada setengah orang dia tidak mengikut peringkat itu. 


Dia terus ke cinta atau asik atau mabuk. Itu termasuk mauhibah (anugerah). Bertawasul bukan saja dalam hal-hal lahir sahaja, ia juga boleh dilakukan kepada persolan batin seperti bermujahadah terhadap nafsu. Kita mengambil iktibar bilamana salah meletakkan cinta, berlakulah apa yang dikongsikan oleh sejarah Islam di China dan India. Apa yang dipaparkan oleh simbul Taj Mahal adalah cinta dunia. Simbul memuja nafsu. Kesan sejarah Islam di China dan India memang banyak. Kesan mendukacitakan pun sangat banyak. Kalau di India ada Akhbar Agong yang mewujudkan din Ilahi yang jelas terkeluar daripada hakikat dan syariat Islam. 


Di China tidak kurang tumbuhnya pemimipin-pemimipin Islam yang menyelewengkan Islam dari landasan syariat. Sehingga hilang keaslian Islam. Yang tinggal hanya pengakuan dan upacara-upacara yang dihubungkaitkan dengan Islam. Tetapi apakah dia sebenarnya dari Islam atau bukan dari Islam mereka tidak tahu. Maksudnya:
"Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. (Thoha 20: 128).


Muncul pemimipin-pemimipin yang ambil kesempatan atas nama Islam. Sama ada Islam berbentuk sufi atau jihad. Kalau jihad dikaitkan dengan "hubbul watan minal iman ". Maka watan perlu dipertahankan kerana disuruh oleh ajaran Islam. Kebanyakan daripada sejarawan-sejarawan berpendapat bahawa Akbar adalah seorang maharaja dirasuk oleh "nafsu" yang keterlaluan kepada perempuan. Dipercayai beliau seorang yang kuat minum arak.


Akhbar Agung telah membuka kedai arak berdekatan dengan istana ... Para pelacur yang diambil dari kedai tidak mungkin dapat dibilang, bilangan mereka sungguh ramai ... Penari-penari perempuan sentiasa dibawa pulang oleh orang-orang istana. Jika ada orang istana yang dikenali ingin mengambil seorang dara, dia terpaksa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Baginda [Akbar]. (Terjemahan teks yang terpilih dari Ain-i-Akbari ditulis oleh Abdul Fazal di dalam Bahasa Parsi. Diterjemah oleh H. Blochmann).


Cinta yang dipaparkan oleh Akhbar Agung melalui Tajmahal adalah cinta murahan. Cinta yang memuja nafsu. Cinta kepada isteri adalah cinta nafsu. Kita nak didik supaya subur cinta murni. Kita suburkan cinta fitrah. Cinta agung yang membawa kepada taqwa kepada Allah.
Itulah cinta kebenaran. Dengan isteri itu bukan cinta betul kita ada kepentingan. Ini ada dihuraikan dalam buku Abuya, Kasih Sayang Kunci Perpaduan Sejagat. Semua sudah dikelaskan. Kita tidak mahu cinta suami isteri itu mengekalkan cinta nafsu sebab nanti bila sudah tua, dia akan menderita. 


Isteri mesti cari kasih murni suami dia. Dia mesti kenal suami  dia selain dia mengenal fizikal suami. Wanita beriman saja yang mengekalkan kasih pada suami. Sifat cinta nafsu ia tak payah disuruh. Ia terbit sendiri. Mula-mula tidak bergaduh lagi dengan madu. Sudah lama sikit sudah ada rasa hendak menguasai sendiri pula. Mula-mula kita kata berkahwin ini betul-betul untuk perjuangan. Tidak dapat hak pun tidak apa. Selepas sudah lama sedikit minta suami lepaskan isteri -isteri yang lain biar aku seorang saja. Itu sifat cinta nafsu. Kita tidak disuruh buang nafsu tetapi diminta kontrol sahaja. 


Cinta nafsu disuruh kawal dan suruh didik nafsu. Cinta pada suami itu Allah izinkan. Tidak salah kalau cinta itu bersifat nafsu. Macam kita cinta nasi, itu cinta nafsu. Kalau ikut syariat tak salah. Tetapi jangan sampai melanggar syariat. Cinta nafsu dibenarkan selagi ia halal. Yang haram itu kalau berzina. Cinta suami itu dicampur aduk dengan cinta murni, cinta asli. Itu bagus. Kalau buang cinta nafsu itu maknanya manusia tidak perlu berkahwin. Beberapa bulan sebelum Abuya pergi mengadap Tuhan, dia ada berpesan pada anak-anaknya terutamanya saya sendiri (Fakhrur Razi), "perjuangan Abuya akan dihancurkan di tangan perempuan. Kemudian mengadap muka saya Abuya berkata, Fakhrur akan bila saya menggila-gila." Menurut pemerhatian saya kata-kata Abuya menjadi kenyataan.


Mengenai cinta kata Abuya: "Banyak perkara Allah hendak bantu hamba-Nya atas rahmat-Nya. Seperti rezeki, Syurga dan lain-lain. Begitu juga Neraka dikenakan atas keadilan-Nya. Inikan tidak lojik. Atau Khawariqul 'adah. Oleh sebab itu Allah suruh kita buat yang melalui usaha ikhtiar. Kalau pun ini boleh kita buat nanti , Allah akan beri yang diluar usaha ikhtiar kita. "Kalau begitu, kita diminta wajib mencintai Allah. Kalau melalui usahanya ikhtiar tidak mungkin, tentu melalui wahbiah (anugerah). Bila Allah mahu beri. Kalau kita sudah ada usaha pada yang boleh di ikhtiar, contohnya ibu ayah, kalau dengan ibu ayah pun tidak boleh cinta, bolehkah cinta pada Allah?


Sebab itu kalau ada orang kata, saya ini cinta betul dengan Allah, sedangkan dia derhaka, bolehkah dipercayai? "Begitulah dalam Islam ini, wajib mencintai guru Mursyid yang memimpin dan mendidik kita. Dari situ Allah akan beri rasa cinta kepada-Nya. Cintakan Allah itu tidak boleh usaha ikhtiar tetapi Allah hendak tunggu cinta yang boleh di ikhtiarkan. Bila boleh diusahakan nanti, Allah akan anugerahkan cinta pada-Nya. "Ertinya setelah Allah reda kepada Sahabat-Sahabat kerana mereka telah mencintai Rasulullah SAW lalu Allah beri kepada para Sahabat rasa cinta pada Allah."


"Allah membuat isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): 'Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.'" (At Tahrim 66:10).


Jika rumah adalah tempat istirahat yang di dalamnya seseorang mendapatkan ketenangan, maka Nabi Luth tersiksa, baik di luar rumah maupun di dalamnya. Kehidupan Nabi Luth dipenuhi dengan mata rantai penderitaan yang keras namun beliau tetap sabar atas kaumnya. Berlalulah tahun demi tahun tetapi tak seorang pun yang beriman kepadanya, bahkan mereka mulai mengejek ajarannya dan mengatakan apa saja yang ingin mereka katakan:
"Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-arang yang benar." (Al-'Ankabuut 29:29).














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N