Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN SEBENAR MENCARI REDA ALLAH.

PERJUANGAN SEBENAR MENCARI REDA ALLAH.


(Abuya bersama dengan Badwi padang Pasir).


Maksud Firman Allah:

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ash Syura 42:5).


Langit berserta isinya sungguh takut kepada Allah kerana kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi. Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebahagian kecil saja yang menyedari kebesaran kerajaan langit. Ertinya tidak ramai perjuangan mencari redha Allah. Adalah sedikit yang berjuang untuk mendaulatkan hukum hakam Allah. Bila kita peka untuk mencari redha Allah kehidupan kita akan dilimpahi dengan keberkatan dan rahmat Allah SWT.


Kehidupan yang berkat apabila kita dapat kembalikan fitrah kepada asal ciptaannya. Iaitu asal kejadian manusia sangat kenal Tuhannya.
Jadi apabila kita kembalikan semula hati terhubung dengan Tuhan ertinya kita telah kembalikan keadaan asalnya. Hidup yang berkat bilamana kita dapat jadikan hidup ini mengagungkan Tuhan. Hidup untuk Allah ertinya menggunakan dunia ini sebagai alat untuk tegakkan hukum Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya. Kalau kita hidup untuk Allah bukan maknanya tidak boleh makan minum, nikah kahwin, beranak pinak dan mendapat kuasa serta mencari kekayaan, kemajuan dan lain-lain lagi. Cuma kita betulkan iaitu selain Allah bukan matlamat dan tujuan hidup. Allah adalah matlamat kita.


Kita kena berlaku adil terhadap kehidupan ini. Dalam Islam apabila kita meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya ertinya kita telah berlaku adil. Kita membangun dan berkemajuanlah tetapi tetap kita jadikannya untuk mendapatkan redha Allah. Kuasailah kemajuan teknologi, boleh cuma taraf kedudukan perkara tersebut bukan sebagai matlamat tetapi sebagai alat. Perbezaan di antara alat dengan matlamat ialah matlamat mesti di capai sedangkan alat tidak mesti di capai. Matlamat hanya satu tapi alat bukan satu. Maknanya alat boleh dipilih atau boleh ditukarkan bergantung kepada keperluan dan keselamatan untuk mencapai matlamat. Ertinya mencapai redha Allah.
Orang yang berkat hidupnya, seluruhnya di serahkan kepada Allah. 


Kehidupan yang berkat itu selari dengan syariat Allah. Erinya kehidupan dalam Islam tidak terlepas dari lima hukum. Apa sahaja yang kita buat atau lakukan tertakluk kepada salah satu dari lima hukum tersebut sama ada hukum wajib, sunat, haram, makruh atau harus (mubah). Hukum wajib, seperti solat lima waktu, kalau dibuat dapat pahala dan kalau ditinggalkan berdosa. Kedudukannya, tidak dapat tidak, mesti dibuat. Hukum sunat seperti solat dan puasa sunat, kalau dibuat dapat pahala dan kalau ditinggalkan tidak ada apa-apa. Kedudukannya, elok dibuat. Hukum haram, seperti minum arak, berjudi, berzina contohnya, kalau dibuat berdosa dan kalau ditinggalkan dapat pahala. 


Kedudukan haram tidak dapat tidak, mesti ditinggalkan. Hukum makruh, seperti memakan makanan yang berbau busuk dan sebagainya, kalau ditinggalkan dapat pahala dan kalau dibuat, Allah tak suka. Kedudukannya elok sangat ditinggalkan. Hukum harus atau mubah pula seperti makan,minum dan tidur contohnya, tepuk dada tanya selera. Dibuat tak apa, ditinggalkan pun tak apa. Tetapi seboleh-bolehnya amalan yang harus juga hendaklah kita jadikan ibadah supaya ada ganjaran pahala darinya. Untuk melayakkan sesuatu amalan itu menjadi ibadah mesti menempuh lima syarat.


Kalau lima syarat ini ditempuh, maka apa yang kita buat dan usahakan itu dianggap ibadah. Ada pahala. Pertama niatnya kena betul iaitu kerana Allah semata-mata. Kedua; perlaksanaannya kena betul dan DALAM melaksanakannya tidak terlibat dengan perkara-perkara atau aktiviti yang ditegah atau yang haram. Ketiga; natijahnya kena betul iaitu hasil dari usaha itu tidak timbul atau tidak membawa kepada hal-hal yang haram. Keempat; apa yang dibuat atau yang diusahakan itu tidak salah dan tidak haram di sisi  syariat Islam. Kelima; ibadah asas seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya tidak ditinggalkan atau diabaikan. Di antara perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah tentang amalan perjuangan yang kita lakukan atau secara tepatnya tentang kita mendakwa meneruskan perjuangan kebenaran atau perjuangan Abuya. 


Abuya memperjuangkan kasih sayang, yang jauh didekatkan. Apakah kita meneruskan perjuangan tersebut, kalau kepada keluaga Abuya sendiri kita sanggup bermusuh apakah ini suatu kebenaran? Akibat tidak tidak wujud kasih sayang kita sendiri telah meruntuhkan perjuangan Abuya. "Abuya Penyelamat" Kita mendakwa meneruskan perjuangan Abuya, apakah kita meneruskan dasar perjuangan Abuya sebagai penyelamat atau tidak selesa dengan seseorang kita lebelkan orang itu musuh. Kita pulaukan mereka dan sebagainya. Ertinya kalau kita bukan sebagai penyelamat, tanpa kita sedar kita telah meruntuhkan apa yang Abuya perjuangkan selama ini. Keluarga Abuya yang begitu besar dan ramai, apa yang telah kita lakukan.


Pada 27 Mac 1994 titik tolak perubahan kepada bumi Filipina. Pada tarikh tersebut pertama kalinya Abuya menjejakkan kaki di negara yang terkenal dengan agama roman katholiknya dan mulai saat itu barakah Abuya telah bertebaran di negara itu. Filipina adalah negara yang menerima tempias kebangkitan semula Islam di sebelah Timur ini. Kehadiran Abuya di Filipina benar-benar telah dapat mencetuskan kasih sayang itu sehingga membuka hati ahli perniagaan terkenal di sana untuk memeluk agama Islam. Ahli perniagaan itu, Louie L. Balatbat, yang merupakan bapa mertua Abu Khairullah (pegawai Bahagian Keselamatan di Istana Malacanang) dan terkenal sebagai penganut agama Kristian yang taat tegasdan mempunyai prinsip hidup yang tidak mudah goyang, telah memeluk agama Islam di tangan Abuya di Filipina.


Abuya memperjuangkan kasih sayang, ertinya Abuya tegakkan hukum  wajib bersilaturrahim. Kita muhasabah pulaterhadap apa yang kita perjuangkan sekarang. Apakah kita boleh mendakwa meneruskan perjuangan Abuya kalau terhadap keluarga Abuya semdiri kita telah memutuskan silaturahim. Dalam Islam melaksanakan silaturrahim sesama Islam adalah wajib. Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

َMaksudnya: 
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim).


Perjuangan Abuya adalah memperjuangkan syariat Islam atau hukum hakam Allah. Model perjuangan Abuya adalah memperjuangkan model Kehidupan Islam. Ertinya kehidupan Islam tidak terlepas dari lima hukum. Iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus atau mubah.
Abuya mengajak kita berjuang untuk mendaulatkan hukum Allah. Kalau syariat yang Abuya perjuangankan contoh berkasih sayang dan bersilaturrahim telah kita abaikan, bagaimana kita boleh mendakwa meneruskan perjuangan Abuya. Dengan melakukan muhasabah kita dapat koreksi amalan dan perjuangan yang kita lakukan, supaya yang mana salah diperbetulkan kembali. Selagi kita hidup ada peluang untuk diperbetulkan kesilapan dan kesalahan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N