Langkau ke kandungan utama

BERBUAT ATAS DASAR CITA-CITA HASILNYA LEBIH MANTAP.

BERBUAT ATAS DASAR CITA-CITA HASILNYA LEBIH MANTAP.



(Kumpulan Nasyid Qatrunnada) Adalah contoh Abuya persiapkan penerus perjuangan generasi ketiga).


Anuar Ibrahim adalah seorang tokoh yang di kenali didalam dan luar negara. Ramai orang tidak tahu hubungan Anuar Ibrahim dengan Abuya. Di peringkat awal dua orang tokoh ini sangat akrab. Ketika Anuar Ibrahim membuka sekolah swasta, atas nama Yayasan Anda ia disokong oleh Abuya dengan mengirim anak sulungnya iaitu Nasibah binti Ashaari. Begitulah akrab hubungan dua orang tokoh tersebut. Anuar Ibrahim pernah datang ke Kampung Sungai Pencala, atas jemputan Abuya. Daripada Seorang Pejuang Islam dan kini beliau di kenali dengan Tokoh pejuang LGBT. 


Abu Sufyan masuk Islam atas dasar diraikan. Perkara yang diungkapkan ini jarang kita dapati, Abuya kongsikan dengan kita hal-hal seni yang berlaku dalam sejarah, agar kita terpandu dan terpimpin.
Ketika futuh Mekah, Rasul SAW membuat pengumuman sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufyan akan selamat. Maka dengan tindakan Rasul tersebut, Abu Sufyan jatuh hati dan masuk Islam. Satu perkara yang terlalu seni kita dapat pelajari di sini iaitu, Abu Sufyan masuk Islam kerana Rasul meraikannya. Akhirnya dia masuk Islam berbeza dengan para sahabat yang lain masuk Islam. Sahabat yang lain melaui dengan kesusahan dan penderitaan.


Kesan sampingan yang berlaku kepadanya ialah, cucu Abu Sufyan sendiri, Yazid bin Muawiah. Di tangannya berlumuran darah para sahabat. Ramai para sahabat yang mati dibunuh, ketika zaman dia berkuasa. Inilah hasil Islam bukan kerana cita-cita atau kesedaran, tetapi kerana dunia dan kepentingan. Ianya nampak baik pada awalnya tapi kesannya di kemudian harinya. Berbeza dengan Sayidina Salman Al Farisi, yang asalnya seorang bangsawan dari Parsi. Parsi yang ketika itu ialah sebuah empayar yang menguasai dunia, yang bersilih ganti dengan Rom sebagai pesaingnya. Inilah dua kuasa besar yang saling bergilir menjajah bumi Timur Tengah. Tuhan menceritakan di dalam Quran tentang hal ini:

الم
1. Alif,Lam,Miim.

غُلِبَتِ الرُّومُ
2. Orang-orang Rom telah dikalahkan.

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ
3. Negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.

فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemengan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.

بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ
5. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakkinya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
6. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjinya, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Ar-Rum: 1- 6


Sayidina Salman Al Farisi demi mencari kebenaran, menempuh kesusahan, dan akhirnya bertemu Rasul SAW. Dalam perjalanan beliau ditangkap dan dijual. Sayidina Salman Al Farisi tergolong dalam salah seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. Pernah di masa hidupnya, Sayidina Salman Al Farisi telah diberi jawatan sebagai AMIR atau Gabenor di salah sebuah jajahan takluk Islam. Namun demikian, kedudukannya itu sedikit pun tidak mengubah peribadinya yang sangat penyantun, rendah diri serta zuhud terhadap kemewahan dunia. Oleh kerana keadaan hidupnya yang sangat sederhana itu, sukar sekali orang lain mengenalinya sebagai Gabenor di wilayah itu.


Pada suatu hari, diriwayatkan bahawa seorang rakyat awam tanpa mengenalinya terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat untuknya. Orang itu menjumpai Sayidina Salman Al Farisi yang tidak dikenalinya itu di jalanan. Ia mempunyai sebuah karung besar berisi rumput lalu menyuruhnya memikulnya hingga ke rumahnya. Maka Sayidina Salman yang berhati mulia itu tanpa banyak soal pun terus memikulnya sambil berjalan.
Kebetulan sedang mereka berjalan dijalanraya itu, lalulah seorang lelaki lain sambil mengucapkan salam kepada Sayidina Salman Al Farisi. Salman lantas membalas salam orang yang dikenalinya itu. Oleh kerana terkejut melihat Gabenornya memikul karung itu, maka orang yang mengenali Sayidina Salman itu terus menanyakan orang lelaki yang berjalan bersama Gabenornya itu.

"Wahai Tuan, tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung itu adalah Sayidina Salman Al Farisi, AMIR negeri kita ini?" 

"Oh!" Terkejut sekali lelaki itu mendengar pertanyaan orang tadi. Apa lagi bila dikenangnya bahawa orang yang telah dikasarinya itu adalah Gabenornya sendiri. Maka dia pun lantas meminta maaf, lalu meminta Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. Tetapi Sayidina Salman menjawab, "Oh! Tidak mengapa tuan, biarlah saya pikul karung ini sehingga sampai ke rumah tuan".  Demikianlah ketinggian budi Sayidina Salman Al Farisi, salah seorang sahabat besar Rasul SAW.


Pada kisah yang lain, ada seorang sahabat penjual minyak wangi di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah SAW. Dia akan tunggu Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia ketemu Rasululllah, kemudian dia pergi. Lalu tidak lama kemudian, balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah SAW, dan meminta izin, "Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut tidak bisa melihat engkau setelah ini." Dan Rasulullah mengizinkannya.


Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata ia sudah meninggal dunia, tidak lama setelah dia pergi dari pasar dan memandang wajah Rasulullah SAW itu. Lalu kata Rasulullah Saw: "Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat. Daripada kisah-kisah di atas, pengajaran yang boleh diambil ialah;

1. Bila menerima Islam bukan kerana kebenaran, ada kesan sampingan. Kalau bukan berlaku sekarang, akan berlaku kemudian. Lihatlah Abu Sufyan dan keturunannya.

2. Menerima Islam dengan hati yang inginkan kebenaran, akan melahirkan peribadi yang mulia seperti Sayidina Salman Al Farisi. Sanggup bersusah demi kebenaran, sedangkan kehidupan asalnya adalah lebih mudah dan senang, tetapi ditinggalkan demi mencari kebenaran. Biarlah susah, menjadi hamba sekalipun asalkan dapat Islam.

3. Apa yang berlaku kepada sahabat penjual atar itu, walaupun hanya rakyat biasa tetapi kerana inginkan keberkatan baginda, sanggup tunggu di depan rumah Nabi. Hanya sekadar memberi salam dan melihat wajah baginda, itu sudah cukup menjadi kekuatan baginya. Apa yang menggembirakan lagi, itulah yang menjadi syafaatnya di akhirat nanti.

4. Kebenaran itu bukan boleh diwarisi, ianya perlu diusahakan. Walau susah dan payah sekalipun, perlu perolehi. Ia penentu keselamatan di dunia dan di akhirat. Kebenaran yang diterima dengan hati inilah yang menyelamatkan para sahabat. Sekiranya kita ingin mengulangi sejarah kebangkitan Islam kedua, perlu terima kebenaran dengan apa jua bentuknya.



Kebangkitan Islam kali kedua ia adalah peristiwa yang besar. Sebab itu kebangkitan kali kedua akan mengulangi kebangkitan kali pertama.
Kita diminta untuk belajar dengan sejarah. Abuya berkata; sejarah adalah guru kita. Mana-mana yang baik atau positif, kita ulanginya dan kembangkan. Mana-mana yang negatif kita jadikan sempadan dan iktibar. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari para sahabat, mereka sentiasa bersama Rasul ketika susah mahupun senang dalam membangunkan Islam. Begitulah yang di tanggung dan dilalui oleh Rasul dan para sahabat.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N