Langkau ke kandungan utama

MENANGANI MASAALAH BUDAYA NEGATIF.



Antara kesemua gejala sosial dan penyakit masyarakat yang melanda negara kita, penyalahgunaan dan penagihan dadah dianggap masalah yang terbesar hingga ia dikelaskan sebagai musuh negara.
Kalau gejala sosial yang lain sedang hangat sekarang budaya buli hingga menyebabkan kematian. Minum arak melibatkan pelajar-pelajar sekolah, melepak, bohsia, bohjan, pergaulan bebas, merogol pelanggan dalam kereta, merogol ditandas, ragut, mencuri, pecah rumah, merompak, zina, minum arak dan penyalahgunaan dadah sudah dianggap sebagai masalah keselamatan.


Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.


Gejala penyalah gunaan dan penagihan dadah dan masalah gejala negatif nampak seperti tidak ada penghujung. Ia seperti hukuman dari Tuhan terhadap segala kesalahan dan kecuain kita sebagai individu, masyarakat dan negara. Benarlah, apabila manusia lupakan Tuhan Dia akan datangkan berbagai-bagai masalah dan bala bencana sebagai peringatan supaya manusia kembali kepada Tuhan. Jelas untuk mengatasi gejala negatif seperti buli, dadah, rogol dan sebagainya. Manusia tidak ada daya upaya. Apapun yang manusia lakukan, masalah akan bertambah buruk dan bertambah kronik. Jalan penyelesaian hanya tinggal satu, iaitu kembali kepada Tuhan dan kaedah yang telah Tuhan tetapkan.


Masalah gejala sosial yang negatif di Malaysia telah sampai ketahap yang serius. Ia mengalahkan ancaman komunis yang telah meletakan senjata. Peningkatan jenayah merogol dan membunuh pun sudah meningkat. Banyak lagi penyakit masyarakat dan gejala sosial yang lain para pemimpin tidak anggap sebagai penyakit kerana orang yang berpenyakit itu dikira belum expired (masih ada gunanya lagi dalam masyarakat. Ilmu, kemahiran dan tenaganya masihboleh dimanfaatkan. Oleh itu dia tidak dikira berpenyakit. Ini termasuklah bohsia, bohjan, kaki lepak, kaki judi, kaki arak, kaki perempuan, penzina, skinhead, punk,black metal dan bermacam-macam lagi.


Mencari punca masalah dalam hendak menyelesaikan masalah atau penyakit, sudah tentu orang akan cari puncanya. Selesai puncanya, maka hilanglah penyakit. Begitu juga dengan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah ini. Pakar-pakar yang terlibat cuba cari puncanya. Mereka membuat kajian, analisis dan andaian.
Mereka menyoal dan bertanya pihak-pihak terlibat dengan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah ini termasuk para penagih dadah sendiri. Semua jawapan dikumpul, dianalisa dan dibuat rumusan.


Di antara sebab-sebab yang dikatakan punca berlakunya penyalahgunaan dan penagihan dadah mengikut kajian yang pernah dibuat adalah seperti berikut:
- Hendak mendapat keseronokan 
- Tidak mahu ketinggalan.
- Hendak bergaya bersama dengan kawan.
- Untuk melupakan kerisauan dan kesedihan.
- Dicabar oleh kawan.
- Pengaruh kawan.
- Tidak boleh tolak perlawaan kawan.
- Ingin tahu tentang kesan dadah
- Untuk menghilangkan rasu malu.
- Untuk menambahkan prestasi.
- Kerana rangsangan.
- Untuk tahan sakit.
- Secara tidak sengaja.
- Tanpa tujuan tertentu.

Berbagai stratigi disusun dan tindakan diambil supaya punca yang ditemui dalam rumusan itu dielak supaya tidak berlaku. Berbagai usaha pencegahan dibuat. Tetapi penyakit dadah ini tidak juga berkurangan. Bahkan ia semakin bertambah dan menjadi semakin rumit. Nyata kajian dan rumusan mereka itu tidak begitu tepat. Punca yang dirasakan sebagai punca itu mungkin ada benarnya tetapi ia bukan punca yang pokok. Ada punca yang pokok yang belum ditemui.
Ada pun yang sebenar yang masih diluar kajian, analisis, andaian dan jangkauan mereka. 


Kajian mereka hanya tertumpu kepada masalah fizikal dan perkara yang lahir sahaja. Kerana perkara itu yang mudah nampak dan mampu mereka terokai. Sebab itu tindakan mereka juga berbentuk fizikal. Sungghkah masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah dan masalah gejala sosial negatif yang lain juga berpunca dari masalah fizikal semata-mata? Penyakit yang berpunca dari masalah fizikal sepatutnya mudah disembuhkan dengan tindakan fizikal ini tidak berlaku. Ini tidak berlaku dalam masalah dadah dan gejala sosial yang lain. Berpuluh-puluh tahun penyelesaian, pemulihan dan pengubatan secara fizikal digunakan tetapi tidak ada apa-apa kesan dan tidak ada hasilnya.


Kemurungan dan kesedihan, kemiskinan dan masalahsosio ekonomi ..
yang dirasakan sebagai punca itu mungkin ada benarnya tetapi ia bukan punca yang pokok yang belum ditemui. Ada punca sebenar yang masih diluar kajian, analisis, andaian dan jangkauan mereka. "PUNCA YANG TERSEMBUNYI."  Sebenarnya pihak yang buat kajian tidak tahu tidak faham apakah perasaan, tekanan, kekeliruan dan masalah dalaman yang menyebabkan orang menagih dadah atau orang terjebak dengan maksiat dan gejala-gejala sosial yang lain. Mereka tidak mengalami dan tidak melaluinya. Oleh itu mereka tidak tahu. Paling baik, mereka hanya boleh nampak sebab-sebab yang lahir sahaja. Inilah yang menjadi tumpuan kajian mereka.


Para penagih dadah atau kesemua gejala sosial dan penyakit masyarakat yang lain pula adalah orang-orang yang keliru dan yang hilang pedoman. Mereka bertindak mengikut kemahuan dan nafsu mereka sahaja. Sebab mengapa mereka berkemahuan sebegitu, mereka sendiri pun tidak tahu. Mereka tidak kenal diri mereka sendiri. Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang pergolakkan yang berlaku dalam diri dan jiwa mereka. Mereka tidak faham tentang penyakit rohani dan masalah spiritual yang mereka hadapi.


Jawapan yang sebenarnya terkandung didalam wahyu dan yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW Iaitu segala sesuatu penyakit masyarakat berpunca dari cinta dunia. Cinta dunia ibu segala kesalahan. Hendaknya kita siap siaga dan waspada serta tidak membiarkan penyakit Wahn ini menjangkiti diri kita dan umat Islam. Maka, alangkah baiknya kita ketahui ubat dari penyakit Wahn ini guna menyembuhkan bagi siapa saja yang sudah terinfeksi penyakit ruhani ini dan membentengi kaum muslimin supaya lebih boleh mengantisipasi penyebarannya. 


Untuk mengubatinya dan untuk mengembalikan semula keadaan, kita hanya perlu membalikkan semula keadaan, kita hanya perlu terbalikkan sahaja apa yang Rasulullah telah sabdakan iaitu:"Cintakan Tuhan adalah  ibu segala kebaikkan."  Banyak ingat mati adalah penawar paling berkesan menghilangkan penyakit masyarakat.Apakah yang paling dekat dengan manusia?
Menurut Imam Ghazali: jawapan yang paling benar itu ialah kematian.Kerana yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati 

Maksud firman Tuhan: 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 
(Ali-Imran,3:185).

Maksud firman Tuhan:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Al-Jumuah,62:8).









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N