Langkau ke kandungan utama

GENERASI TIMUR PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM.

GENERASI TIMUR PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM.




Mereka lahir di era model Islam yang telah Abuya cetuskan. Mereka hidup dalam kemajuan perjuangan yang Abuya bina. Mereka membesar di tengah suasana yang telah di bentuk sekian lama. Yakni suasana Islam yang di cetuskan Abuya sejak 1968 lagi. Model kehidupan Islam yang Abuya cetuskan hampir lima puluh tahun lalu. Mereka punya persiapan jiwa, akal jiwa dan fizikal yang cukup untuk tampil mengisi kemenangan yang dijanjikan untuk kebangkitan Islam di Timur ini. Raut wajah mereka yang lembut, tenang, riang dan membayangkan kepuasan, adalah ciri-ciri satu generasi yang punya potensi masa depan yang cerah. 


Merekalah generasi ketiga yang Abuya persiapkan. Generasi baru dari satu "Bangsa Baru". Generasi yang Abuya persiapkan bakal membina dan mencorak empayer dunia baru Islam. Kelahiran mereka ditengah-tengah suasana model Islam yang telah Abuya cetuskan. Suasana perjuangan, memungkinkan mereka muncul sebagai generasi pejuangan agama yang punya ketahanan mental, jiwa dan fizikal yang luar biasa. Fikiran dan jiwa mereka telah dicorak dengan Islam yang tulin. Islam yang tulin tidak dicemari isme-isme dan ideologi ciptaan otak.


Mereka adalah produk dari penghayatan Islam dan pelaksanaan minda Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Mereka membesar dalam lingkungan model sistem hidup Islam yang Abuya cetuskan. Identiti mereka terserlah dalam sudut apa pun. Akhlak, sikap, tindak tanduk, pakaian, corak hidup dan amalan seharian. Mereka memilki nama-nama yang unik, indah dan bermakna. Sejak kecil, mereka dipanggil dengan nama para Sahabat, Wali-wali dan orang-orang soleh. Mereka dididik dan diasuh untuk menyalin peribadi nama yang mereka ambil.


Jiwa mereka lembut, dilembutkan oleh doa, wirid, zikir dan selawat, sebelum dan selepas sembahyang. Jiwa mereka juga lunak dilunakkan oleh irama-irama lunak dari nasyid-nasyid penyubur jiwa.
Rasa hati mereka tidak akan tenteram jika diperdengarkan irama-irama muzik yang mengkhayalkan. Justeru itu hati mereka bersih dari pengaruh muzik yang kasar, rancak dan kegila-gilaan. Sejak dalam buaian mereka telah didodoikan dengan nasyid-nasyid berirama lembut, bersenikata indah dan mendidik. Bacaan Al Quran juga menjadi halwa telinga dan memberi kesan kepada Jiwa mereka yang masih murni.


Nama-nama yang mereka ambil adalah generasi kebangkitan pertama. Iaitu generasi SALAFUSSOLEH.  Mengambil berkat nama-nama mereka moga lahirlah salinan mereka di era kebangkitan kedua ini. Generasi ini mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas. Sejak kecil mereka dididik mengenal, mencintai dan Membesarkan Allah. Kalimah Allah selalu bermain dibibir mereka. Mereka sering mendengar dari ibu bapa mereka. Mereka dilatih hidup untuk dan kerana Allah. Mereka membesar ditengah kepesatan kemajuan sains dan teknologi. Mereka tidak canggung dan tahu gunakan untuk Islam.


Mereka tahu untuk mengatur hidup Islam dengan kemudahan teknologi yang ada. Dalam masa yang sama mereka tidak membiarkan diri mereka menjadi hamba kepada teknologi yang ada.
Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan saians dan teknologi untuk menegakkan agama Allah. Mereka adalah generasi sufi berteknologi. Pendidikan yang mereka terima sangat menekanan jiwa sufi. Mereka telah dibimbing sejak kecil dengan jiwa merdeka. Sering dididik mengikis mazmumah dan menyuburkan mahmudah. Mereka dilatih mengambil dunia sebagai jambatan ke Akhirat. 


Ambil sebanyak mana dunia yang perlu, gunakan apa saja kemudahan teknologi yang perlu untuk agama Allah. Kemudahan beribadah kepada-Nya. Jadikan ianya alat, bukan matlamat. Abuya berpesan dalam madahnya: "Letakkan dunia ditangan, Akhirat dihati. Supaya dunia ini senang dibagi-bagi, dan Akhirat dibawa mati." Generasi baru ini punya jiwa yang bersih. Memiliki hati yang murni. Mereka juga berjiwa lasak dan merdeka. Akal mereka cerah, dicerahkan oleh Al Quran dan Sunnah dan dihuraikan dan disuluh dengan minda Guru Mursyid mereka.


Generasi Timur ini, merdeka jiwa mereka kerana tidak pernah ditakut-takutkan dengan soal rezeki, tidak dibimbangkan dengan soal masa depan. Bagi mereka, rezeki sudah ditentukan oleh Allah. Begitu juga nasib masa depan mereka semuanya ditangan Allah. Manusia hanya berusaha, hasilnya serah kepada Tuhan. Oleh itu mereka akan gigih berusaha untuk agama Allah. Hasilnya diserahkan kepada ketentuan Allah. Mereka juga tidak ditakut-takutkan dengan makhluk. Mereka hanya ditakut-takutkan kepada Allah dan pada seksa Neraka Allah. 


Bagi mereka, rezeki sudah ditentukan oleh Allah. Begitu juga nasib kepada Allah. Oleh itu mereka akan gigih berusaha untuk agama Allah. Mereka menyerahkan hasilnya kepada ketentuan Allah. 
Mereka tidak ditakut-takutkan dengan makhluk. Mereka hanya ditakut-takutkan kepada Allah dan seksa Neraka-Nya. Bagi mereka, hanya Allah yang layak ditakuti. Dan bagi mereka, masa depan sebenar adalah di Akhirat. Kehidupan dunia hanya sementara. Setengah mereka kadang-kadang dilihat seperti anak-anak degil dan nakal. Ini disebabkan sifat nakal mereka. Oleh kerana mereka lahir dalam suasana perjuangan, mereka dilatih berjiwa lasak. 


Mereka berani, berjiwa kental dan mampu berdikari. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tahu kerja-kerja ringan.
Di rumah dilatih kerja-kerja ringan dan bagi perempuan menolong didapur memasak. Di sekolah, mereka diprogramkan dengan kerja-kerja mengemas bilik darjah. Mereka juga dilatih berdepan dengan masyarakat. Seperti mengedar dan menjual secara langsung majalah yang mereka keluarkan. Menziarahi penduduk kampung. Dilatih mengepalai bacaan tahlil, melaungkan azan dan menjadi imam bila bersolat dikalangan mereka. Pengalaman-pengalaman tersebut menjadikan mereka berjiwa cergas. Mereka berani berdepan dengan sesiapa sahaja. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N