Langkau ke kandungan utama

KEPERLUAN MANUSIA BANYAK.

KEPERLUAN MANUSIA BANYAK.


Keperluan manusia memang banyak. Oleh kerana banyak manusia tidak tahun mana satu yang lebih utama. Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen? Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah.


Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi dan paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan, kemudian diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidup kenabian. Rupanya "siratol mustaqim" itu adalah kunci bagi seluruh Al Quran. Jadi ini yang kita perlu beri perhatian. Supaya fokus atau hala tuju manusia itu bukan lagi belajar tinggi-tinggi untuk dapat sijil agar dapat jawatan semata-mata. Belajar tinggi itu tidak salah tetapi bukan untuk dijadikan matlamat. Itu salah.


Manusia mesti menetapkan dasar atau matlamat hidupnya adalah untuk "siratolmustaqim" yakni untuk sampai kepada Tuhan. Jadi fokus kita dalam sembahyang, yang dimaksudkan jalan itu ialah untuk kita jadi sabar, redha, takut dengan Tuhan dan lain-lain lagi. Itu jalan yang hendak kita cari. Supaya dengan itu melalui seluruh kegiatan hidup ini kita benar-benar dapat Tuhan. Ertinya bila seseorang itu sudah dapat Tuhan, ertinya orang itu sudah menjadi orang yang sabar. 

Firman Allah:
                                    ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ
Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Al Ankabut 29:45).


Orang Yang benar-benar sembahyang ialah orang yang tidak membuat perbuatan keji. Orang yang benar-benar Sembahyang Erinya orang yang tidak membuat mungkar. Begitulah hakikat orang yang benar-benar sembahyang. Ertinya dia bersembahyang dan faham benar apa yang dituntut dalam sembahyang. Dalam Islam Tuhan didik kita bahawa solat dapat membina syaksiah seseorang. Dari seorang muslim dengan solat yang tepat dapat menjadikan seorang mukmin sejati. Melalui solat dari seorang yang jahat dapat berubah menjadi seorang yang baik. Solat dapat membentuk masyarakat yang harmoni.


Bagaimana solat boleh membina kepimpinan? Pemimpin lahir melalui didikan. Dalam hal ini, Abuya Ashaari At-Tamimi lebih tekankan didikan tidak formal daripada didikan formal. Didikan formal sekadar untuk memberi ilmu dan kelayakan asas tapi ia tidak mencukupi. 
Untuk benar-benar mendidik dan menyuburkan potensi sifat kepimpinan yang ada pada seseorang, didikan tidak formal paling berkesan. Antara cara yang dilakukan oleh Abuya Ashaari At Tamimi untuk melahirkan barisan pemimpin ialah dengan disiplin solat berjamaah. Solat atau sembahyang itu Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. la bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia.


Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu hebat. Kita akan dapat rasa bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan macam mana wujudnya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kuasa-Nya. Terasa kita kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya. 


Solat atau sembahyang  itu adalah satu modul yang Iengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat , ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung . Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai dan dihayati. 


Firman Allah:
              وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ . 

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah,2:45).


Berikut adalah beberapa contoh bagaimana solat dapat membina sifat-sifat yang positif: 

1. Rajin 
Sifat yang berlawanan dengan rajin ialah pemalas. Pemalas sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin tidak boleh dilakon-lakon atau dibuat-buat. Mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah. Dalam sembahyang kita memuja dan memuji Tuhan. Kita kata Tuhan Maha Besar. Kita akui Tuhan Maha Suci. Kita akui Tuhan pentadbir dunia dan Akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. 


Kita juga membuat janji dan ikrar bahawa semua solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. Solat dan ibadah dipisahkan walhal solat pun ibadah juga. Itulah tandanya solat itu ibadah yang penting, utama dan pertama dari ibadah-ibadah yang lain sama ada yang wajib atau yang sunat. Kita bertungkus-lumus membuat semua ibadah. Hidup dan mati itu Pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Boleh jadi ianya perkara ibadah, boleh jadi tidak. Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadah ataupun tidak. Kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita jadikan ibadah. Jadi mana boleh rehat-rehat. Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Inilah dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Segala macam perkara yang jadi ibadah kita buat. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadah. Maknanya solat itu membunuh kemalasan. 


Kalau sesuatu kelompok itu ibadahnya banyak, baca Quran banyak, wirid dan zikir banyak, kita kata mereka hebat. Itu sebenarnya satu salah tafsir. Kita sangka mereka baik sebab mereka tidak tegur orang dan hanya beriktikaf sahaja. Tapi mereka tidak rajin dan tidak berkhidmat kepada masyarakat. Di sini konsep ibadah itu sudah silap. Itu menunjukkan mereka hanya ada ilmu tetapi tidak faham dan ilmu itu tidak dihayati. Pada orang ramai, mereka orang baik. lni satu kesalahan yang besar. Orang yang baik itu bukan setakat boleh beribadah dan tidak mengganggu orang. Orang yang baik itu, selepas ibadah mesti aktif dan mesti berkhidmat kepada orang lain dengan tenaganya, nasihat dan wang ringgit. 

Firman Tuhan:

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.(Thoha, 20:14).

Ada Hadis yang bermaksud: "Yang paling baik di antara kamu ialah kamu yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain." 

Sebab itu para salafussoleh, kerana ibadah mereka dihayati dan berperanan pada diri mereka, kalau selepas waktu Subuh, walaupun mereka tidak ada kerja yang khusus, mereka sengaja keluar cari-cari pasal (untuk buat kebaikan) dan cari-cari kerja. Mereka pergi tolong petik gandum, tolong mencangkul tanpa disuruh atau diminta. Kalau mereka melihat ada rumah yang bumbungnya bocor, mereka minta izin tuan rumah untuk membaikinya. Inilah solat yang melahirkan orang yang aktif. 


Tapi hari ini, orang banyak solat, banyak ibadah, tetapi mereka jadi beku dan jumud. Bahkan nasib mereka pun ditentukan oleh orang lain. Bukankah ini satu kesilapan yang besar. Hanya kerana mereka itu nampak lembut, tidak ganggu orang, kuat ibadah, maka orang anggap itu baik dan bagus. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, dia mesti banyak berhubung dengan manusia. Orang yang banyak berkhidmat dengan Tuhan mesti banyak berkhidmat dengan manusia . Kalau betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia . Itulah sepatutnya natijah atau hasil dari solat.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N