Langkau ke kandungan utama

YAHUDI TAHU RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM.


YAHUDI TAHU RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM.

(Masjid Aqsa).

(Kubah berwarna emas dipanggil Kubah Syakhrah).
Manusia yang tidak mahu menyembah dan menyuburkan rasa-rasa yang sepatutnya kepada Allah. Ertinya manusia itu tidak mahu menyembah Allah. Tidak mahu mengagungkan Allah. Jadi kalau manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Ertinya manusia itu melawan dirinya sndiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jawatannya  tinggi dan hartanya banyak. 


Buktinya banyak. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya kecewa. Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mahu menyembah Allah. Mereka menentang dirinya sendiri sehingga tak dapat kebahagiaan. Kerana itulah kita mesti mengenal dan menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan akhirat.


Di era kebangkitan Islam sekali lagi, Islam berkembang keseluruh dunia. Sehingga kehari ini umat Islam tidak henti menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu fahaman atau aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar. Sama ada akibat kejahilan umat Islam sendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus. Menyedari hal tersebut, Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi muncul dengan membawa aqidah ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) yang jelas dan mampu diimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan. Sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat.


Kehadiran beliau tepat pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Agar terbina benteng yang kukuh dalam diri umat Islam. Supaya setiap orang dapat membetulkan aqidah yang salah yang menjadi pegangan selama ini. Tanpa kekuatan aqidah, umat Islam pasti akan terjebak dengan aqidah jabariah, qadariah, bahai, qadiani, wahabi, syiah dan sebagainya. Aqidah mereka juga boleh rosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikaikan dengan agama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Pegangan tersebut telah meluas keseluruh dunia termasuk Malaysia.


Ustaz Ashaari telah menyalurkan fikrah-fikrah beliau dalam kuliah-kuliah fardhu ain, ceramah-ceramah umum dan tarbiah, serta menerusi buku-bukunya yang berjumlah lebih 50 buah setakat ini.Karangan beliau tidak terlepas dari menyentuh persoalan iman dan aqidah. Dan khusus serangan kepada golongan syiah dan wahabi, beliau telah mengarang buku BAHAYA SYIAH dan BERHATI-HATI MEMBUAT TUDUHAN.


Ustaz Ashaari telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli sunnah wal jamaah merata dunia termasuk di Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga bertemu ulama-ulama wahabi dan syiah di Iran,Kuwait dan Arab Saudi. Beliau telah banyak menjelajah ke negara Barat tempat berkembangnya berbagai-bagai aliran fikiran dan isme yang sesat. Seperti Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, Itali, Yugoslavia dan lain-lain. Dari situlah beliau dapat gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai segala macam gambaran fahaman dan aliran aqidah yang ada di dunia hari ini.


Minda Abuya yang menarik, dalam membicarakan persoalan aqidah, Ustaz Ashaari tidak memisahkannya dari persoalan tasawuf dan syariat. Beliau mahu menekankan bahawa ilmu Usuluddin (aqidah) tasawuf (akhlak) dan feqah (syariat) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam. Ilmu tersebut tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan orang mukmin. Minda Abuya adalah hasil kuliah-kuliah yang pernah Abuya sampaikan di masjid-masjid dan surau di Malaysia. Kemuadian minda Abuya tersebut dibukukan.


Kuliah Tauhid atau usuluddin berdasarkan tokoh terkenal ahli sunnah wal jamaah iaitu Abu Hasan Al Ashaari. Pegangan ini telah menjadi ikutan para ulama dari mazhab Sunni iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafei dan Imam Hambali, sejak ribuan tahun yang lalu hinggalah sekarang ini. Bahkan ia menjadi pegangan aqidah umat Islam di Malaysia. Usuluddin mengikut kaedah Abu Hasan Al Ashaari ini telah menjadi pegangan semua negeri-negeri di Malaysia kecuali Perlis dan beberapa individu yang telah terpengaruh dengan ajran wahabi dari Saudi. Sejak tertegaknya kerajaan Ibnu Saud semenjak 80 tahun yang lalu.


Yahudi sangat faham, kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan rohnya yakni rohnya sangat kenal, cinta dan takut kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, umat Islam mesti dipisahkan dari Allah. Yahudi sangat faham, bahawa kehebatan umat Islam kerana berjaya menghubungkan kekuatan roh dan kehidupan lahir. Maka keyakinan adanya kuasa roh dalam kehidupan lahir itu mesti dihapuskan. 
Yahudi sangat faham, bahawa kunci kemenangan umat Islam adalah kerana adanya bantuan ghaib dari Allah SWT, maka Yahudi menghapuskan keyakinan umat Islam kepada perkara ghaib itu. Ulama sufi dan tarikat yang mempunyai karomah dikatakan sesat dan syirik.


Yahudi tahu, bahawa kekuatan Islam adalah kepada kecintaan umat kepada Rasulullah SAW, ahlulbait, dan para Sahabat baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan boleh menyuburkan kecintaan itu dimusnahkan dengan alasan bida’ah, khurafat, dan syirik serta lain-lain alasan yang diada-adakan. Yahudi sangat faham selemah-lemah umat Islam, mereka sangat fanatik agama para ulama. Oleh kerana itu, ulama baru dan Islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan agenda Yahudi itu. Untuk menguasai kota suci umat Islam Haramain, Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain kerana ditakuti umat Islam sedunia akan bangkit menentang Yahudi. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N